Pasti ada sebahagian daripada anda yang teringin nak belajar bahasa Arab kan? Tapi, ia tak semudah yang disangkakan malah merupakan antara salah satu bahasa paling sukar untuk dikuasai di dunia.

Sebagai contoh, terdapat lebih daripada 100 perkataan bagi "unta" dalam bahasa Arab dan lebih daripada 10 perkataan bagi "cinta".

Hal ini sebenarnya tidak menghairankan kerana ia datang dari bahasa yang sungguh berpuisi dan kaya sejarah sejak abad pertama.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 8 fakta menakjubkan tentang bahasa Arab yang ramai tak tahu.

1. Bahasa rasmi di 26 buah negara

mak kau hijau arab

Dengan lebih daripada 300 juta pengguna di seluruh dunia, bahasa Arab adalah bahasa rasmi di 26 buah negara.

Ia juga merupakan salah satu daripada 6 bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan PBB mengisytiharkan tanggal 18 Disember sebagai Hari Kebangsaan Arab apabila bahasa itu diluluskan secara rasmi pada tahun 2010.

Bahasa Arab adalah bahasa rasmi di Algeria, Bahrain, Komoros, Chad, Djibouti, Mesir, Eritrea, Iraq, Israel, Jordan, Kuwait, Lubnan, Libya, Mauritania, Maghribi, Oman, Qatar, Arab Saudi, Somalia, Sudan, Syria, Tunisia , Emiriah Arab Bersatu, Yaman, Palestin, dan Sahara Barat.

2. Berusia sekurang-kurangnya 1,500 tahun

kepentingan bahasa arab

Bahasa Arab klasik berasal dari abad ke-6, tetapi versi bahasa terdahulu sudah wujud terlebih dahulu termasuk dialek Safaitic.

Dialek Safaitik adalah sejenis dialek Arab lama yang digunakan oleh penduduk nomad pra-Islam di padang pasir Syro-Arab.

Sesetengah daripada penulisannya telah wujud sejak abad ke-1. 

3. Terdapat 3 "jenis" bahasa Arab

bahasa arab al quran

  • Arab klasik

Bahasa Arab klasik, atau dikenali sebagai Arab Quran (digunakan sebagai standard), berasal dari teks-teks sastera dari zaman Umayyad dan Abbasid.

Ia merupakan bahasa al-Quran. bahasa al-Quran.

  • Arab standard moden (MSA)

Bahasa Arab standard moden adalah bahasa Arab yang digunakan dalam akhbar, novel dan buku teks.

  • Bahasa Arab seharian (berbeza mengikut rantau dan negara)

Bayangkan terdapat orang di 26 buah negara di dunia ini dengan sempadan geografi, budaya, bandar, dan kumpulan yang berbeza, semuanya bercakap bahasa yang sama.

Pelbagai jenis bahasa Arab yang digunakan dalam negara atau sesuatu kawasan berbeza dengan ketara berbanding MSA dan Bahasa Arab Klasik.

Sebagai contoh, orang Syria, Palestin, Arab Saudi atau Mesir boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan mudah.

Tetapi, mereka akan mengalami kesulitan untuk berkomunikasi dengan orang Maghribi atau Algeria, yang mempunyai pengaruh yang lebih besar dari bahasa Perancis.

4. Bahasa Arab mempunyai sistem akar yang memudahkan 

sistem akar bahasa arab

Walaupun merupakan antara bahasa yang paling sukar, namun bahasa Arab sangat unik.

Setiap kata nama, kata sifat dan kata kerja dibina atas sistem 3 huruf utama, dengan perubahan dalam konsonan dan vokal.

5. Satu objek atau benda boleh diwakili oleh banyak perkataan

bahasa arab fakta menarik

Perkataan paling biasa bagi "cinta" dalam bahasa Arab adalah "hubb". Ia datang dari perkataan akar yang sama dengan perkataan "benih", yang mana mempunyai potensi untuk menumbuhkan sesuatu yang indah.

Ini membuktikan bahawa bahasa Arab adalah bahasa puisi. Juga, terdapat lebih daripada 100 perkataan untuk menggambarkan "unta".

Al-Jafool' bermaksud "unta yang takutkan semua benda". Dan bagi perkataan unta selebihnya, anda boleh terokai sendiri.

6. Anda mungkin guna bahasa Arab dalam kehidupan seharian

saffron adalah perkataan bahasa arab

Ramai yang tak sedar bahawa mereka sebenarnya tahu berbahasa Arab. Perkataan dari bahasa Arab dipinjam ke dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Inggeris.

Antara perkataan-perkataan yang berasal dari bahasa Arab termasuklah:

  • Algebra
  • Alchemy
  • Cotton
  • Caravan
  • Carat (emas)
  • Magazine
  • Safari,
  • Sofa,
  • Ghoul,
  • Mummy (mumia)
  • Sugar
  • Lemon
  • Orange
  • Saffron
  • Tarragon

7. Arab mengikut sistem "abjad" dan bukannya huruf individu

sistem abjad dalam bahasa arab

Salah satu sifat yang menjadikan bahasa Arab unik dan agak rumit sehingga anda mahir tentangnya adalah sistem penulisannya mengikuti abjad.

Abjad adalah sistem di mana setiap huruf bertindak sebagai konsonan dan bukan vokal. Ini memerlukan penggunanya menyediakan huruf vokal menggunakan penanda vokal. 

Rujukan:

1. Cudoo

2. Medium

3. British Council




Hakcipta iluminasi.com (2017)