Oleh pada 24 Oct 2017 kategori

Disebabkan kecantikan sesuatu yang subjektif, agak sukar untuk penulis membuat keputusan dalam memilih bandar-bandar tercantik di dunia bagi menghasilkan senarai yang terbaik buat pembaca. Hari ini penulis ingin berkongsi senarai bandar tercantik yang berada di serata dunia.

Senarai ini tidak tertakluk kepada mana-mana ranking dan hanya mencatatkan bandar-bandar cantik yang wujud di dunia. Pembaca mungkin mempunyai berbeza dengan penulis jadi amat disarankan kepada pembaca supaya melihat dan menilai kecantikan bandar-bandar ini sendiri.

Untuk memudahkan pemahaman dalam membaca seluruh artikel, penulis ingin menerangkan sedikit sebanyak tentang zaman Renaissance. Zaman Renaissance ialah zaman pembaharuan berlaku di Eropah yang melihatkan kemajuan untuk penduduk-penduduk Eropah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Zaman ini telah melahirkan artis-artis atau pelukis-pelukis terkenal seperti Raphael dan Donatello. Zaman ini juga melihatkan kebangkitan penduduk Eropah yang mana majoritinya beragama Kristian dan berlakunya penyebaran agama Kristian secara ketara di Eropah.

8. Bruges, Belgium

Bandar yang juga dikenali sebagai "Venice Utara" ini terletak di barat laut Belgium. Bruges juga merupakan bandar terbesar yang dalam wilayah penduduk Flanders Barat. Untuk pengetahuan umum, Flanders ialah kawasan di utara Belgium yang dipenuhi dengan orang yang bercakap dalam bahasa Belanda.

Antara bangunan popular di Bruges ialah Gereja Virgin Mary iaitu salah satu karya hebat oleh artis terkenal pada zaman Renaissance, Michelangelo. Selain itu, tarikan popular di Bruges ialah menara loceng yang dihasilkan pada abad ke-13 di mana menara ini mengandungi sehingga 48 loceng kesemuanya.

Di bandar ini, banyak akticiti yang boleh dilakukan ketika anda melancong. Antaranya ialah anda boleh menghadiri konsert percuma yang diadakan dari masa ke semasa selain melawat muzium, teater dan galeri seni untuk melihat karya seni dan sejarah yang pernah wujud dari zaman Renaissance lagi.

Jika anda berpeluang melancong ke Bruges, anda dapat budaya dan latar belakang penduduk Belgium.

7. Paris, Perancis

paris perancis

Bandar Paris banyak dikaitkan dengan bandar cinta dan romantik. Ibu kota Perancis ini merupakan pusat bagi banyak muzium dan galeri seni yang ada di negara tersebut. Antara tarikan utama sudah semestinya menara Eiffel iaitu menjadi tempat utama untuk pasangan bercinta mengambil gambar kenangan mereka.

Jika berkesempatan bercuti di Paris, jangan lepaskan peluang untuk merasakan keju buatan Perancis ini kerana kenikmatan keju Perancis ini mempunyai keunikannya tersendiri. Selain itu, Paris juga terkenal dengan makanannya yang dihasilkan dengan resepi tersendiri serta minyak wangi yang menjadi buah tangan utama bagi mereka yang mengunjung.

Muzium seni terbesar di dunia terletak di Paris iaitu Muzium Louvre. Lukisan terkenal Mona Lisa yang dilukis oleh Leonardo Da Vinci tersimpan di sini. Selain lukisan Mona Lisa, banyak lagi lukisan menarik dan unik disimpan di muzium ini yang dibuka kepada orang awam.

6. Amsterdam, Belanda

  amsterdam belanda

Ibu kota Belanda ini merupakan bandar pelabuhan utama di Eropah dan juga dunia. Nama Amsterdam berasal daripada gabungan perkataan Amstel iaitu sungai di Belanda dan "dam" yang bermaksud empangan. Bandar ini dahulunya terkenal kerana banyak proses perdagangan berlian yang berlaku di kota pelabuhan ini.

Selain itu, sesiapa yang mengunjung ke Amsterdam pasti akan mengambil peluang untuk bergambar dengan papan tanda "I amsterdam". Bandar ini juga terkenal dengan muzium-muzium tempatannya yang menyimpan karya-karya hebat oleh artis-artis terkemuka seperti Rijksmuseum dan Muzium Van Gogh.

Amsterdam mempunyai makanan-makanan yang unik dan juga terkenal kerana ia merupakan tempat kelahiran makanan donat. Di bandar ini anda dapat melawat bangunan tertua dan bangunan kayu tertua di Amsterdam iaitu Oude Kurk yang ditubuhkan pada 1306 dan Het Huoten Hughes pada 1425.

5. Prague, Republik Czech

prague republik czech

Prague merupakan bandar terbesar negara Republik Czech dan merupakan bandar ke-14 terbesar di Eropah. Ibu kota Republik Czech ini mempunyai bangunan arkitek yang cantik daripada zaman Renaissance. Banyak bangunan bersejarah yang masih lagi dipelihara ada di Prague kerana umurnya yang sudah mencecah 1100 tahun.

Antara tarikan di Prague ialah Jambatan Charles yang menggabungkan bandar lama dan bandar baru di Prague dan mercu tanda ini merupakan jambatan batu yang mempunyai reka bentuk arkitek yang menarik. Jambatan yang pernah termusnah akibat banjir ini dipenuhi dengan penghibur jalanan yang berbakat.

4. Rom, Itali

rom itali

Tidak lengkap senarai ini tanpa bandar bersejarah Rom merupakan antara mercu tanda utama bagi penggemar-penggemar sejarah kerana banyak kisah sejarah yang berlaku di Rom. Rom juga merupakan antara tamadun terawal dunia yang diasaskan pada 753 BC.

Antara tarikan menarik di Rom ialah bangunan bersejarah Colosseum yang merupakan arena pertarungan gladiator zaman Rom. Bangunan ini mempunyai reka bentuk arkitek yang sangat unik. Selain itu, Rom juga merupakan bandar utama ketika zaman Renaissance. Air Pancut Trevi, Roman Forum dan MuziumVatican kesemuanya merupakan tarikan utama di Rom.

Air Pancut Trevi merupakan air pancut awam dan mempunyai reka bentuk yang menarik selain sejarahnya yang hebat. Roman Forum pula merupakan tapak sejarah di mana banyak kuil dan bangunan bersejarah ada di sini. Muzium Vatican pula menyimpan banyak karya seni daripada zaman Renaissance.

3. Budapest, Hungary

  budapest hungary

Bandar Budapest merupakan antara bandar terbesar di Eropah yang menjadi pusat politik dan budaya bagi negara Hungary. Ibu kota Hungary ini juga popular dengan sukan dan ia mempunyai 7 pasukan bola sepak profressional. Setiap tahun hampir 4.3 million pelancong yang datang mengunjungi Budapest kerana kecantikkan bandarnya.

Antara tarikan bandar ini ialah Budapest Metro iaitu sistem kereta api elektrik bawah tanah kedua tertua di Eropah selepas kereta api bawah tanah London. Bagi yang hendak melawat bandar Budapest, adalah amat disarankan untuk melawat Istana Buda kerana ia menyimpan karya seni terhebat di Hungary.

2. Venice, Itali

venice itali

Bandar terapung ini terletak di utara Itali yang terkenal kerana bandarnya dikelilingi dengan air. Selain Paris, Venice juga dikenali sebagai bandar romantik buat pasangan bercinta yang ingin bercuti. Reka bentuk arkitek bandar ini banyak dipengaruhi artis-artis daripada zaman Renaissance.

Pelancong yang bercuti di Venice dapat menikmati keindahan pemandangan sambil menaiki bot dengan atmosfera yang tenang. Venice juga terkenal dengan jambatannya seperti Rialto Bridge dan Bridge of Sighs kerana reka bentuknya yang sangat menarik selain sejarah jambatan itu sendiri yang dibina pada abad ke-16.

1. Florence, Itali

florence itali

Itali sangat terkenal dengan bandar-bandar yang cantik kerana ramai artis-artis terkenal dilahirkan di negara ini. Florence merupakan bandar kelahiran Renaissance dan juga bandar kelahiran tokoh Renaissance yang paling terkenal, Leonadro Da Vinci. Sumbangan beliau banyak tidak terhingga daripada lukisan Mona Lisa sehinggalah kemajuan bandar Florence.

Percutian ke Florence tidak lengkap tanpa melawati beberapa tempat tarikan seperti Katedral Florence. Mercu tanda yang mula dibina pada abad ke-12 ini terkenal dengan sejarah dan reka bentuk seni binanya. Selain itu, Galeri Uffizi juga patut dikunjungi kerana galeri ini amat terkenal disebabkan lukisan yang dipapar di galeri ini sangat menakjubkan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)