Oleh pada 18 Jul 2018 kategori

Kejohanan Piala Dunia 2018 menutup tirai dengan melihatkan Perancis dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan pasukan underdog Croatia dengan jaringan 4-2.

Sememangnya Perancis adalah salah satu pasukan pilihan untuk menjulang kejohanan 4 tahun sekali kerana terdiri daripada barisan pemain handalan dunia.

Badan pengawalseliaan bola sepak, FIFA, membenarkan atlet untuk bermain bagi pasukan yang mempunyai pertalian jelas dengan diri mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

fifa benarkan pemain bermain untuk negara yang berkaitan dengan mereka 876

Selain daripada negara kelahiran, seseorang itu boleh mewakili negara kelahiran bagi ibu bapa serta datuk dan nenek mereka.

Dan dalam Piala Dunia 2018 ini, daripada jumlah 736 pemain, 82 daripadanya bermain untuk negara bukan kelahiran mereka. Jadi, dari mana mereka ini datang. Jika kita plotkan ke atas peta, kita dapat melihat satu negara yang paling terserlah, iaitu Perancis.

Perancis adalah negara paling ramai pemain bola sepak Piala Dunia 2018 dilahirkan. Seramai 50 orang pemain dilahirkan di Perancis, iaitu 21 orang daripada pasukan Perancis dan baki 29 orang bermain untuk negara lain.

pemain piala dunia 2018 kelahiran brazil dan perancis 689

Berada di tempat kedua negara yang melahirkan pemain paling banyak dalam Piala Dunia 2018 adalah juara 4 kali iaitu Brazil, tetapi jauh ketinggalan seramai 28 orang. 23 pemain bermain untuk pasukan Brazil dan 5 lagi untuk pasukan lain.

Perancis mempunyai pemain dan jurulatih asli paling ramai dalam empat Piala Dunia terakhir dan penguasaan mereka ini dilihatkan semakin meningkat .

Jadi persoalannya, apa yang membuatkan Perancis sedemikian?

Pembinaan semula Perancis selepas WW2

kesan daripada ww2 di perancis

Di penghujung Perang Dunia Kedua, sebahagian besar daripada kawasan di Perancis musnah teruk.

Kerajaan Perancis mula merekrut pekerja buruh dari barat dan timur Eropah termasulkah tanah jajahan di bahagian utara Afrika untuk membina semula negara pada penghujung tahun 1940an dan tahun 1950an.

Antara negara terlibat adalah Jerman, Poland, Itali, Portugal, Sepanyol dan Algeria. Ini menjadikan Perancis adalah negara Eropah yang paling banyak membawa masuk imigran iaitu seramai 2.7 juta orang.

Pada tahun 1960an dan awal tahun 1970an, ekonomi Perancis berkembang dengan pesat sekali dan kekurangan pekerja buruh membawa kepada gelombang kemasukan imigran sekali lagi.

asal imigran yang datang ke perancis 349

imigran dibawa masuk untuk membina semula perancis

perumahan berdekatan bandar besar di perancis

Kemasukan lebih banyak berlaku terutamanya daripada tanah jajahan Perancis seperti Afrika Barat, tanah Arab dan Caribbean.

Kebanyakan daripada mereka menetap di kawasan pembangunan perumahan utama, berdekatan dengan bandar-bandar utama seperti Paris, Lyon dan Marseille.

Krisis sukan Perancis

Pada masa yang sama, Perancis juga berhadapan dengan krisis sukan terutamanya pasukan bola sepak kebangsaan. Di antara tahun 1960 dan 1974, Perancis gagal untuk layak dalam 3 Piala Dunia dan 3 Kejohanan Eropah.

Persektuan Bola Sepak Perancis memutuskan bahawa cara untuk memulihkan adalah dengan mewujudkan struktur nasional untuk bandar-bandar membangun membawa kepada pembinaan salah satu sistem akademi bola sepak pertama di Eropah.

france mengalami krisis sukan

pembinaan strutkur nasional di bandar membangun

Pada tahun 1972, pusat latihan kebangsaan telah dibuka iaitu Institut National du Football di Vichy.

4 tahun kemudian, FFF bekerjasama dengan kelab-kelab bola sepak ternama Perancis untuk menubuhkan rangkaian akademi yang lebih luas dalam merekrut dan melatih belia tempatan.

Pada tahun 1988, pusat latihan kebangsaan dipindahkan ke luar bandar barat daya Paris, iaitu Clainrefontaine.

Dan menjelang awal 1990an, sistem bola sepak adalah antara yang terbaik di dunia dengan menghasilkan pemain-pemain handalan di seluruh Perancis.

zinedine zidane 93

perancis juara piala dunia 1998

Dan sistem mereka ini membuahkan hasil apabila Perancis menjadi juara Piala Dunia 1998 mengalahkan Brazil dengan jaringan 3-0.

Ia juga seolah menjadi satu kejayaan bagi kepelbagaian budaya di Perancis kerana beberapa pemain sama ada mereka sendiri adalah imigran, atau anak kepada imigran yang datang ke Perancis pada abad ke-20.

Black, Blanc, Beur

Pasukan Perancis dipanggil sebagai "Black, Blanc, Beur" yang bermaksud "Hitam, Putih, Arab" yang disimbolkan dalam 3 jalur warna bendera Perancis.

Namun, tak semua menyokong kepelbagaian ini terutamanya golongan ahli politik nasionalis seperti Jean-Marie Le Pen.

skuad perancis 1998

black blanc beur 890

Dalam satu temubual, Jean-Marie berkata:

"Saya mendapati ia agak palsu untuk menjadikan pemain-pemain ini datang dari luar negara dan membaptis mereka sebagai pasukan Perancis.

Saya perasan bahawa pemain pasukan lain menyanyikan lagu kebangsaan mereka dengan penuh semangat namun saya melihat majoriti pemain dalam pasukan Perancis tidak menyanyi, atau kelihatan seperti tidak tahu".

Meskipun mendapat kritikan perkauman, pemain-pemain daripada keluarga imigran terus melahirkan pemain terbaik Perancis. Dan ramai yang datang daripada satu kawasan tertentu.

Banlieues melahirkan pemain handalan Perancis

Ketika gelombang kemasukan imigran, 38% daripada mereka menetap di Greater Paris dan yang paling banyak adalah di kawasan yang dikenali seabgai "Banlieues".

banlieues kawasan imigran yang menghasilkan pemain bola sepak dunia

Banlieues adalah perkataan Perancis yang bermaksud "luar bandar" tetapi juga digunakan bagi menggambarkan kawasan yang didominasi oleh imigran.

Untuk bertahun-tahun, kawasan ini kerap berlaku kekecohan. Ia mempunyai kadar pengangguran, jenayah dan kemiskinan yang tinggi.

Namun, Banlieues terus melahirkan sejumlah pemain yang paling berbakat di dunia kerana ini adalah tempat di mana sejarah imigresen Perancis bertemu dengan sistem bola sepak.

Dan inilah sebabnya mengapa bandar ini menjadi "lubuk" bakat bola sepak nombor satu di dunia.

Sejak tahun 2002, jumlah pemain yang lahir di Paris dan bermain untuk Piala Dunia terus meningkat.

pemain perancis dari greater paris

Daripada 20 pemain Perancis yang beraksi di Piala Dunia 2018, 16 daripadanya dilahirkan atau dibesarkan di Greater Paris.

Pasukan kebangsaan Perancis terdiri daripada 8 orang pemain dari Banlieues iaitu Benjamin Mendy, Paul Pogba, Alphonse Areola, Blaise Matuidi, Kylian Mbappe, N'golo Kante, Steven Nzonzi dan Presnel Kimpembe.

Lebih menarik, kesemua 8 pemain ini adalah anak kepada imigran.

Pemain yang menarik perhatian dunia, Kylian Mbappe yang baru berusia 19 tahun, merupakan anak kepada imigran Cameroon dan Algeria serta dilatih di bawah sistem bola sepak Perancis di Clairefontaine.

kylian mbappe pemain muda berbakat besar

Tetapi pemain dari Perancis tidak hanya bermain untuk pasukan Perancis dan sistem FIFA membolehkan mereka bermain untuk pasukan seperti:

  1. Ivory Coast - Nicolas Pépé, Giovanni Sio, Yakou Méïte, Axel Kacou
  2. Morocco - Youssef Aït Bennasser, Manuel da Costa, Medhi Benatia, Romain Saïss, Amine Harit, Fayçal Fajr, Younès Belhanda, Khalid Boutaïb,
  3. Algeria - Ryad Boudebouz, Sofiane Hanni, Adam Ounas, Ismaël Bennacer, Mehdi Abeid, Yacine Brahimi, Nabil Bentaleb, Sofiane Feghouli, Riyad Mahrez, Mohamed Fares, Ilias Hassani, Samuel Gigot, Faouzi Ghoulam, Aïssa Mandi, Raïs M'Bolhi, Alexandre Oukidja,
  4. Portugal - Adrien Silva, Raphaël Guerreiro, Anthony Lopes

Ia juga termasuk pasukan Senegal yang terdiri daripada 4 pemain Perancis dari Greater Paris iaitu Moussa Sow, M'baye Niang, Youssouf Sabaly dan Alfred N'Diaye.

Ini lah yang membuatkan bola sepak Perancis begitu istimewa. Kombinasi antara sistem bola sepak yang berkualiti dan juga sejarah imigran yang unik melahirkan bakat-bakat yang luar biasa.




Hakcipta iluminasi.com (2017)