Oleh pada 14 Nov 2017 kategori

Ini adalah sambungan kepada sejarah zaman kejatuhan Empayar Islam

kebangkitan eropah 2

Setelah berlakunya kejatuhan umat Islam secara berperingkat, kerajaan Islam telah hilang sebahagian daripada ilmu-ilmu yang selama ini dikumpul oleh kerajaan tersebut. Musnahnya Baitulhikmah yang diserang oleh orang Mongol menyebabkan masalah ini berlaku kerana hampir semua buku-buku ilmiah telah musnah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sementara itu, di Eropah telah berlaku Zaman Renaissance iaitu zaman kebangkitan Eropah yang amat terkenal bagi para sejarawan. Renaissance pada kata dasar bermaksud kelahiran semula dan ia gelaran ini diberi selaras dengan apa yang berlaku di Eropah pada ketika itu.

Zaman Gelap Pemangkin Renaissance

sijil indulgences

Zaman kebangkitan Eropah bermula pada kurun ke-14 sehingga kurun ke-17 sebelum berlakunya Revolusi Perindustrian. Pada awal kurun ke-14, pihak gereja yang diketuai oleh pope telah banyak menyalahgunakan kuasa mereka untuk mengaut keuntungan. Ketika zaman pertengahan ini, minda orang awam ketika itu dikawal oleh golongan gereja kerana mereka menakut-nakutkan awam dengan menceritakan tentang dosa-dosa yang telah mereka lakukan.

Oleh itu, golongan gereja "menawarkan" jalan penyelesaian kepada masalah dosa itu dengan menjual sijil indulgence. Mereka mengatakan jika anda telah melakukan dosa, anda harus membeli sijil ini supaya dosa anda diampunkan. Orang awam yang takut akan dosa yang telah mereka lakukan dengan secara tidak rela membeli sijil ini.

Pihak gereja sangat rapat dengan golongan pemerintah dan ini memberi kuasa kepada pihak gereja untuk bertindak sesuka hati. Ini telah menyebabkan sebahagian pihak sangat marah kerana kuasa telah disalah guna oleh pihak gereja. Antaranya yang menentang penjualan sijil indulgence ialah Martin Luther dan dari sinilah bermulanya titik kelahiran semula Eropah.

martin luther

Martin Luther menentang ajaran gereja katolik lalu dia menubuhkan Gerakan Reformasi. Gerakan ini telah menyebabkan satu aliran baru tertubuh dalam ajaran agama Kristian iaitu golongan Protestant. Nama Protestant itu bersesuaian dengan gerakan ini yang diambil daripada perkataan "protes"

Pada zaman ini juga, Eropah mengalami kemerosotan ilmu pengetahuan, perdagangan dan perbandaran selain tiada pusat pentadbiran yang berkesan. Ketika ini, empayar Islam sangat kukuh menyebabkan ramai orang Eropah datang ke negara Islam untuk mendapatkan ilmu-ilmu.

Perdagangan mereka disukarkan lagi dengan serangan orang Viking dan Magyar manakala Laut Mediterranean dan bahagian timur pula dikuasai oleh orang Islam. Selain itu, status sosial ditentukan melalui pemilikan tanah dan kebanyakkannya golongan pemerintah sahaja yang mendapat status ini.

Zaman Pertengahan Menjadi Perantaraan Renaissance

zaman pertengahan

Apabila gereja ditentang ketika zaman gelap, banyak pertelingkahan yang berlaku pada waktu sehingga wujudnya gerakan Reformasi dan counter-Reformation. Namun setelah berakhirnya zaman gelap, gereja telah berubah daripada sebuah institusi yang menyekat pemikiran orang awam kepada sebuah ejen penyatuan.

Pada ketika ini, gereja menjadi sebuah institusi universal menjadi rujukan semua orang dan gereja memainkan peranan sebagai sebuah institusi yang menyatukan orang awam. Penyatuan ini telah membawa kepada perkembangan kepada orang Eropah seperti bertambahnya penduduk orang Eropah ketika itu.

Selain itu, pertambahan penduduk ini juga menjadi pemangkin kepada kemajuan daripada segi pertanian, perdagangan dan banyak lagi. Status sosial juga berubah ia tidak lagi diukur berdasarkan pemilikan tanah sebaliknya ia diukur berdasarkan kekayaan seseorang iaitu jumlah harta yang mereka peroleh.

Zaman pertengahan menjadi perantaraan antara orang Eropah kerana di sini bermulanya kelahiran artisan-artisan dan pedagang-pedangan. Mereka ini dikategorikan sebagai golongan pertengahan dan zaman ini juga menyebabkan orang awam menghargai nilai seni itu sendiri jika dibandingkan dengan zaman gelap yang tidak langsung mementingkan seni.

Bermulanya Zaman Renaissance 

florence

Bandar Florence Hasil Zaman Renaissance

Sebelum kedatangan Islam dan Eropah lagi telah wujud tamadun hebat seperti Tamadun Yunani dan Rom tetapi tamadun-tamadun ini telah hilang ditenggelamkan Zaman Gelap. Namun setelah berakhirnya Zaman Gelap dan berkembangnya Zaman Pertengahan, telah wujud golongan-golongan yang mementingkan ilmu.

Manusia pada zaman Renaissance amat menitikberatkan ilmu dan mereka mempunyai satu sifat ingin tahu atau disebutkan sebagai semangat inkuiri. Perasaan ingin tahu itu sangat kuat menyebabkan mereka mencari ilmu dan membuat kajian tentang pelbagai ilmu terutamanya ilmu sains dan teknologi. 

nicholo machiavelli 297

Pada zaman ini muncul tokoh-tokoh hebat seperti tokoh politik Nicholoco Machiavelli, tokoh seni dan arkitek Leonardo Da Vinci dan ramai lagi. Leonardo Da Vinci bukan sahaja pakar dalam seni tapi pakar juga dalam bidang kejuruteraan, anatomi, astronomi, matematik, sains, arkitek dan macam-macam lagi.

Kelahiran zaman Renaissance telah mengubah orang Eropah selama-lamanya kerana pada zaman ini wujudnya pembaharuan dalam segala bentuk ilmu. Kemajuan ilmu pada ketika itu menyebabkan ada di antara mereka yang pergi menjelajah dunia. Sejarah zaman Renaissance boleh dilihat di bandar-bandar hebat seperti Rom, Florence dan Venice. Bentuk struktur bangunan mereka mempunyai keunikan mereka tersendiri hasil seni zaman Renaissance.

Ilmu-ilmu ini yang bermula di Itali telah tersebar ke seluruh Eropah seperti Sepanyol, Portugal, Jerman, Peransics, dan England. Ilmu-ilmu ini kemudiannya berkembang sehingga mereka berjaya menghasilkan teknologi-teknologi baru untuk memajukan empayar mereka seperti pembuatan kapal layar.

Kebangkitan Eropah Menjajah Dunia (Revolusi Perindustrian)

pelayaran eropah 735

Kemajuan zaman Renaissance telah menyebabkan perkembangan pelayaran ke seluruh dunia. Orang Eropah mula belayar menjelajah dunia dan melukis peta untuk mengetahui keseluruhan peta dunia. Tokoh-tokoh penjelajahan seperti Christopher Columbus yang menemui Amerika dan juga Ferdinand Magellan yang berjaya menjelajah seluruh dunia.

Setelah negara-negara berkembang dan terus berkembang, mereka telah menemui berbagai-bagai jenis teknologi contohnya seperti pembuatan kereta. Namun disebabkan kekurangan bahan mentah yang diperlukan oleh negara Eropah ini, mereka telah berhasrat untuk mendapatkan bahan mentah daripada negara-negara lain. Bahan mentah ini adalah seperti rempah ratus, getah, kopi dan banyak lagi.

kereta british 44

Pada ketika itu, telah berkembangnya industri automotif secara pesat dan banyak kereta yang dikeluarkan oleh orang Eropah. Kekurangan getah untuk membuat tayar kereta dan beberapa faktor lain menyebabkan negara-negara Eropah berhasrat untuk menawan negara-negara di Asia dan benua lain.

Dari sini bermulalah kebangkitan Eropah kerana hampir semua negara Asia dijajah oleh negara Eropah. Malaysia dijajah oleh Portugal dan British, Indonesia oleh Belanda, Filipina oleh Sepanyol dan Amerika Syarikat dan banyak lagi negara-negara Asia yang dijajah. Zaman penjajahan ini dikenali sebagai zaman Imperialisme di mana penjajahan besar-besar dibuat oleh negara Eropah.

sumber:

  1.  Perkembangan Eropah
  2. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)