Oleh pada 30 Aug 2017 kategori

Sehingga hari ini, penduduk Malaysia dianggarkan seramai 31,632,000 orang. Dan jumlah ini dipecah-pecahkan kepada kelompok di setiap negeri, bandar, pekan dan juga perkampungan. Namun, kemungkinan besar tiada siapa yang tinggal berseorangan di sesebuah kawasan atau pekan tanpa teman. 

Walaubagaimanapun, perkara itu masih wujud di beberapa buah kawasan atau bandar kecil di serata dunia. Iluminasi.com ingin berkongsi 4 bandar yang mempunyai hanya seorang penduduk.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Monowi, Nebraska - Amerika Syarikat

monowi 1908

Monowi adalah sebuah perkampungan di Nebraska, Amerika Syarikat. Penduduk terbanyak di Monowi adalah pada tahun 1930an iaitu sebanyak 150 orang. Seperti bandar-bandar kecil yang lain, kebanyakan penduduk-penduduk muda di Monowi telah berpindah ke bandar yang berkembang dan menawarkan pekerjaan yang lebih baik.

monowi

elsie 2

elsie

Menurut sumber 2000 Census (banci di Amerika pada tahun 2000), hanya terdapat 2 penduduk di Monowi pada tahun 2000, iaitu Elsie Eiler dan suaminya. Namun, selepas kematian suami Elsie pada tahun 2004, menjadikan beliau adalah satu-satunya yang tinggal di kampung seluas 0.54 kilometer persegi itu.

2. Tomioka, Fukushima - Jepun

naoto

Bandar Tomioka, Jepun adalah "ghost town" yang terletak berdekatan dengan loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi. Pada 11 Mac 2011, satu gempa bumi dan tsunami susulan telah meranapkan bahagian utara-timur Jepun. Bencana alam itu juga telah menyebabkan loji janakuasa Fukushima Daiichi telah musnah dan mencemarkan kawasan sekitar seluas 20 kilometer jejari.

naoto m 266

noto 863

Kejadian ini dikatakan sebagai pencemaran nuklear terburuk selepas tragedi Chernobyl pada tahun 1986. Seramai 16,000 penduduk terpaksa dipindahkan dan bandar Tomioka dikosongkan.

naoto 2

Naoto Matsumura, 54, yang pada mulanya berpindah keluar dari bandar itu bersama-sama yang lain, akhirnya pulang semula ke kawasan tersebut, dan tinggal di situ. Bunyi macam pelik, tapi beliau adalah satu-satunya penduduk di Tomioka yang dulunya merupakan rumah kepada 16,000 penduduk. Lebih menarik, Naoto tinggal tanpa bekalan air dan tenaga elektrik. 

Untuk kisah lanjut mengenai Naoto Matsumura, baca disini.

3. Cass, Canterbury - New Zealand

cass new zealand

Cass adalah antara lokasi penempatan di dunia yang mempunyai seorang sahaja penduduk, yang terletek di daerah Selwyn, di Canterbury, New Zealand. Satu-satunya penduduk di Cass adalah Barrie Drummond, 65, yang merupakan pekerja KiwiRail yang bertanggungjawab menjaga landasan dari Christchurch ke Greymouth. 

cass

Ketika ditawarkan bekerja di Cass selama dua tahun, beliau tak sangka akan bertahan, tetapi berakhir dengan tinggal di situ selama 25 tahun walaupun merupakan satu-satunya penduduk di situ. Beliau yang tak ada perancangan untuk meninggalkan tempat tersebut, tidak pernah berasa keseorangan dan tak memikirkan hal lain termasuk wanita kerana beliau tidak pernah berkahwin.

4. Villa Epecuen, Buenos Aires - Argentina

argentina

Sebuah perkampungan pelancong telah dibina pada tahun 1920 yang diberi nama Villa Epecuen di Buenos Aires, Argentina. Penduduk mula membanjiri kawasan tersebut pada tahun 1970an dengan jumlah lebih daripada 5,000 orang. Penempatan itu mula berkembang dan mempunyai hampir 300 perniagaan termasuklah hotel, spa, kedai dan muzium.

bandar tenggelam

terbiar

Namun pada 10 November 1985, sebuah empangan berdekatan telah pecah dan membanjiri bandar itu secara perlahan-lahan. Pada tahun 1993, kawasan itu ditenggelami air setinggi 10 meter. Semua penduduk berpindah dari kawasan itu kerana risaukan keselamatan mereka.

pablo novak 936

Namun pada tahun 2009, air mula surut dan Villa Epecuen mula menampakkan wajahnya kembali. Tiada siapa yang kembali ke bandar ini, kecuali seorang warga emas, Pablo Novak yang berusia 81 tahun. Kini, beliau adalah satu-satunya penduduk di situ.

Sumber :




Hakcipta iluminasi.com (2017)