Oleh pada 30 Jun 2018 kategori

Kerabat atau keluarga diraja merupakan ketua nominal bagi negara yang diwakili mereka. Sejak dilahirkan, mereka diajar untuk hidup mengikut peraturan yang sangat berbeza daripada orang kebanyakan.

Hampir segalanya yang dilalui mereka adalah berbeza, dan biasanya kerabat diraja hidup dalam keadaan yang mewah dan serba lengkap. Malah, ada yang hidup dalam keadaan yang tersangat mewah sehingga membuatkan kita ternganga.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, tak kurang juga terdapat kerabat diraja yang mengamalkan kehidupan sederhana dan iluminasi.com ingin berkongsi dengan pembaca 7 keluarga diraja yang tidak hidup dalam keadaan mewah.

8. Kate Middleton - British

kate middleton 8 ahli keluarga diraja yang menjalani kehidupan sederhana

Setelah berkahwin dengan keluarga diraja British pada tahun 2011, Kate Middleton terpaksa meninggalkan kehidupan lamanya dan telah menjadi antara salah seorang wanita yang paling terkenal di dunia.

Dan walaupun sangat terkenal, terdapat pelbagai tabiat berjimat yang diteruskan dalam kehidupan The Duchess ini, termasuklah memakai semula pakaiannya. Kate boleh dengan mudah mengambil mereka yang bertaraf profesional untuk memberikan perkhidmatan solehkan setiap hari namun beliau memutuskan untuk melakukannya sendiri.

Malah, Kate juga pernah dilihat memakai sejumlah daripada pakaiannya lebih daripada sekali, yang mana sesuatu yang tidak dilakukan oleh keluarga diraja.

7. Puteri Mahkota Marie Chantal - Greece

puteri mahkota marie chantal 8 ahli keluarga diraja yang menjalani kehidupan sederhana

Marie Chantal adalah seorang lagi wanita yang mendapat gelaran puteri selepas berkahwin dengan keluarga diraja, yang mana beliau sudah mempunyai rancangan sendiri sebelum memutuskan untuk menyertai keluarga diraja Greece pada tahun 1995.

Pada tahun 2001, Marie memulakan perniagaan dengan menghasilkan jenama pakaian kanak-kanak beliau sendiri dan sepanjang 17 tahun yang lalu, idea ini telah berkembang dan kini dijual oleh beberapa butik terkemuka dunia serta dianggap sebagai jenama pakaian kanak-kanak yang mewah.

Dan walaupun bergelar keluarga diraja, Marie Chantal masih dapat mengekalkan kehidupan awam yang normal dan sederhana serta tidak pernah dipaksa untuk melepaskan pekerjaannya seperti banyak puteri-puteri lain yang berada di posisi yang sama.

6. Puteri Martha Louise - Norway

puteri martha louise 8 ahli keluarga diraja yang menjalani kehidupan sederhana

Anak perempuan kepada Raja Harald dan Ratu Sonja dari Norway ini telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang contoh terbesar dalam keluarga diraja sejak kebelakangan ini. 

Walaupun beliau merupakan antara salah seorang keluarga diraja Norway yang paling terkenal, Pueri Martha Louise memilih untuk memberikan tumpuan kepada kerjayanya dan bukannya tugas diraja.

Beliau kini merupakan seorang penulis buku kanak-kanak dan buku pertama yang diterbitkannya bertajuk "Why Kings and Queens Don’t Wear Crowns. ".

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Puteri Martha juga menumpukan perhatian pada kerjayanya sebagai seorang ahli terapi malah telah membuka pusat terapi alternatif yang dinamakan Astarte Education, sesuatu yang mendapat banyak perhatian negatif daripada orang ramai.

5. Zara Phillips - British

zara phillips 8 ahli keluarga diraja yang menjalani kehidupan sederhana

Walaupun merupakan anak kepada Puteri Anne dan juga cucu kepada Ratu Elizabeth II dari keluarga diraja British, namun Zara Phillips tidak mempunyai gelaran diraja.

Ia disebabkan oleh keputusan yang dibuat oleh ibu bapanya supaya dia dan abangnya, Peter Phillips dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

Tidak mempunyai gelaran diraja tidak mematahkan semangat beliau yang mana beliau merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik dalam acara ekuestrian dan juga pereka pakaian ekuestrian untuk jenama Musto.

Zara telah menjalani kehidupan normal yang sederhana walaupun keluarganya mendapat perhatian masyarakat, yang membenarkan beliau untuk mengambil peluang akan kecintaannya terhadap kuda dan menjadikannya sebagai satu karier yang berjaya.

4. Puteri Charlene - Monaco

puteri charlene 8 ahli keluarga diraja yang menjalani kehidupan sederhana

Puteri Charlene adalah lagi seorang wanita yang telah berkahwin dengan keluarga diraja dan kali ini, keluarga diraja Monaco.

Sebelum berkahwin dengan Putera Albert yang merupakan anak kepada Putera Rainier III dan pelakon Amerika Syarikat Grace Kelly, Charlene menjalani kehidupan yang sangat biasa, walaupun beliau merupakan bekas atlet renang Olimpik bagi Afrika Selatan.

Charlene bertanding dalam Sukan Olimpik Sydney pada tahun 2000 dan walaupun telah bersara, beliau masih terikat dengan dunia Olimpik dan dilihat sebagai duta global serta salah seorang ahli keluarga diraja Monaco yang paling bergaya.

3. Ratu Letizia - Sepanyol

ratu letizia 8 ahli keluarga diraja yang menjalani kehidupan sederhana

Ratu Letizia adalah seseorang yang dicari-cari oleh pihak media ketika ini kerana beliau merupakan antara ahli keluarga diraja Sepanyol yang paling terkenal.

Namun Letizia merupakan seorang yang dilahirkan dengan prinsip dan sebelum beliau diberikan takhta ini, Ratu Letizia mempunyai pekerjaan biasa.

Beliau merupakan bekas wartawan dan telah bekerja untuk beberapa akhbar Mexico dan Sepanyol, serta cawangan lain seperti CNN dan Bloomberg.

Beliau mempunyai reputasi yang baik sebelum dipaksa untuk berhenti. Menurut laporan, masa yang diluangkan oleh Letizia dengan membantu masyarakat dan golongan bawahan membolehkan beliau kekal sebagai seorang ratu.

2. Peter Phillips - British

peter phillips 8 ahli keluarga diraja yang menjalani kehidupan sederhana

Peter Phillips, sama seperti adiknya Zara Phillips, adalah anak kepada Puteri Anne dari Great Britain. Ini bermakna walaupun beliau tidak disebut sebagai seorang putera, namun beliau adalah seorang putera.

Keputusan ibu bapanya untuk beliau tidak dikenali sebagai seorang putera telah memberikan banyak kelebihan dalam kehidupan beliau.

Hidup seperti orang kebanyakan, Peter pernah melalukan banyak pekerjaan sepanjang hidupnya, termasuk bekerja di syarikat seperti Jaguar iaitu sebagai pengurus hospitaliti korporat dan pasukan lumba WilliamsF1 sebagai pengurus akaun penajaan.

Yang terbaru, beliau telah mengambil alih peranan sebagai pengarah urusan di SEL UK, yang mana beliau bekerja bersama-sama orang awam selama 3 tahun yang lalu.

1. Ratu Maxima - Belanda

ratu maxima 8 ahli keluarga diraja yang menjalani kehidupan sederhana

Ratu Maxima bukanlah seorang daripada keluarga diraja sehinggalah beliau berkahwin dengan Wilem-Alexander yang merupakan Raja Belanda.

Maxima pernah bekerja di sebuah bank dan dilaporkan merupakan seorang wanita yang fokus dalam kerjayanya. Jelas sekali beliau terpaksa melepaskan pekerjaannya sebagai rakyat biasa disebabkan oleh tugasnya dalam memerintah negara.

Dan walaupun kehidupan biasa beliau telah lama ditinggalkan namun nampaknya beliau masih hidup dengan kehidupan yang agak berjimat cermat jika dibaningkan dengan banyak keturunan diraja di seluruh dunia.

Ratu Maxima bukanlah seseorang yang suka menikmati kehidupan mewah yang biasanya dikaitkan dengan seorang Ratu dan disebabkan pernah hidup sebagai orang biasa, ia membuatkan beliau bijak membawa diri dan rendah diri.




Hakcipta iluminasi.com (2017)