kate middleton dan queen elizabeth duduk silang kaki

Hidup ini sentiasa ada peraturan. Bukan saja bagi golongan orang biasa, malah ahli masyarakat yang berpangkat tinggi juga perlu mematuhi pelbagai peraturan. Keluarga diraja British misalnya, perlu mengikut segala protokol yang telah ditetapkan. Daripada cara makan sehinggalah cara menuruni anak tangga, berikut 13 etiket dan protokol yang perlu dijadikan amalan mereka sepanjang masa:

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Duduk sopan seperti seorang kerabat diraja

etika dan peraturan keluarga diraja british yang perlu dipatuhi

Bagi seorang kerabat wanita, mereka tidak boleh menyilangkan kaki di bahagian lutut. Lutut dan betis perlu dirapatkan dan hanya dibenarkan menyilang kaki di bahagian buku lali sahaja.

Kate Middleton dan Puteri Diana sering dilihat duduk dalam posisi "condongan duchess" yang memberikan postur badan sederhana dan membuatkan kaki nampak lebih panjang.

2. Merendahkan diri sececah dengan lembut

2 etika dan peraturan keluarga diraja british yang perlu dipatuhi

Tunduk hormat bagi kerabat diraja tidak perlu mencecah lantai. Apa yang perlu dilakukan hanyalah membongkokkan lutut dan menundukkan kepala sedikit sahaja. Walau bagaimanapun, merendahkan diri sececah yang lebih rendah dan lama melambangkan tanda hormat dan keformalan terutama apabila berjumpa dengan Ratu Elizabeth II.

3. Berpakaian sesuai

3 etika dan peraturan keluarga diraja british yang perlu dipatuhi

Kerabat diraja British memang berbakat dalam menggayakan fesyen. Mendiang Puteri Diana sering mengenakan busana yang praktikal namun masih ada kelas tersendiri sehinggakan menjadi idola ramai wanita hari ini. Ratu England sendiri gemar mengenakan pakaian berwarna neon terang semasa menghadiri pelbagai acara dan keraian. Kate Middleton pula sukakan pelbagai corak dan tekstur kain. Walaupun fesyen yang digayakan berbeza, namun kesemua mereka sentiasa berpakaian sederhana dan sesuai dengan majlis.

4. Tidak berpakaian menjolok mata

4 etika dan peraturan keluarga diraja british yang perlu dipatuhi

Semua orang melihat keluarga diraja Britain sebagai pelopor dalam fesyen dengan pakaian anggun dan sofistikated. Oleh itu, mereka tidak dibenarkan memakai pakaian yang mampu memberikan mesej tidak sepatutnya kepada orang ramai. Bagi golongan wanita, mereka tidak boleh memakai baju yang terlalu seksi atau mendedahkan dada.

5. Mengikut protokol mahkota

5 etika dan peraturan keluarga diraja british yang perlu dipatuhi

Fesyen mahkota diraja sering berubah mengikut peredaran zaman. Pada zaman dahulu, ia sering dipasang di hadapan kepala, namun gaya moden kini sering menunjukkan tiara yang diletakkan sedikit ke belakang. Walau bagaimanapun, ia perlulah dipasang 45 darjah jika dilihat dari pandangan sisi. Selain itu, mahkota ini juga diwajibkan untuk dipakai semasa hari perkahwinan.

6. Diharamkan bermain Monopoly

6 etika dan peraturan keluarga diraja british yang perlu dipatuhi

Pada tahun 2008, Persatuan Bangunan Leeds telah menghadiahkan Putera Andrew permainan Monopoly, namun beliau menjawab yang mereka tidak dibenarkan bermain permainan itu di rumah kerana ia boleh menjadi ganas. Membuatkan kita tertanya-tanya, bagaimanakah cara mereka bermain Monopoly sehingga menjadi begitu kejam.

7. Masuk dan duduk mengikut susunan pangkat

7 etika dan peraturan keluarga diraja british yang perlu dipatuhi

Apabila keluarga diraja ini sedang berarak ke dalam bangunan, mereka perlu masuk dan duduk mengikut susunan keutamaan iaitu menurut pangkat siapakah yang akan menaiki takhta. Susunannya adalah Ratu Elizabeth II, the Duke of Edinburgh (Putera Philip iaitu suami kepada Ratu Elizabeth), the Prince of Wales dan the Duchess of Cornwall (Putera Charles dan isterinya Camilla), the Prince and Duchess of Cambridge (Putera William dan Kate Middleton) dan seterusnya.

8. Perlu memegang cawan teh dengan betul

8 etika dan peraturan keluarga diraja british yang perlu dipatuhi

Seperti yang kita ketahui, rakyat Britain amat gemarkan minuman teh pada waktu petang. Begitu juga dengan keluarga diraja British. Jadi, ia merupakan satu hal penting bagi mereka memegang cawan teh dengan betul. Mereka perlu menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk memegang bahagian atas pemegang cawan manakala jari tengah pula akan menyokong cawan di bahagian bawah pemegang. Selain itu, mereka juga akan menghirup teh dari tempat yang sama untuk mengelakkan gincu melekat di sekeliling bibir cawan. Jangan sesekali menaikkan jari kelingking ketika minum.

9. Memegang perkakas makan menggunakan tangan yang betul

9 etika dan peraturan keluarga diraja british yang perlu dipatuhi

Bagi orang kebanyakan, kita makan menggunakan kutleri tanpa benar-benar mengambil kira etiket yang sebenar. Asalkan tidak bising menghentam pinggan, dikira sudah okey. Namun, bagi keluarga diraja British, mereka memandang serius akan hal ini. Apabila makan, serampang garfu perlu dihadapkan ke bawah apabila memotong makanan. Mereka juga tidak 'menikam' makanan menggunakan garfu, sebaliknya mereka mengimbangkan potongan itu di bahagian belakang garfu sambil dibawa ke mulut.

10. Tidak membuat kecoh jika mahu beredar

10 etika dan peraturan keluarga diraja british yang perlu dipatuhi

Jika seorang kerabat perlu ke tandas semasa makan, mereka tidak akan memberitahu sesiapa. Sebaliknya, mereka hanya akan berkata "Maafkan saya," dan terus beredar perlahan-lahan. Jika mereka masih belum selesai makan, mereka akan menyilangkan kutleri jadi pekerja istana tahu untuk tidak mengangkat pinggan tersebut. Usai menjamah makanan, mereka akan meletakkan peralatan makan di satu sudut pinggan dengan kedudukan pemegang kutleri menghala pada jam 4:20.

11. Berjabat tangan

12 etika dan peraturan keluarga diraja british yang perlu dipatuhi

Orang kata, cara anda berjabat tangan mendedahkan banyak perkara tentang personaliti anda. Bagi seorang kerabat diraja, mereka akan mempunyai hubungan mata secara terus dengan sesiapa sahaja yang berdiri di hadapan mereka, menggenggam erat tangan dan menggoyangkan tangan sebanyak satu atau dua kali sahaja, tidak lebih daripada itu. Semua ini dilakukan sambil melontarkan senyuman yang paling manis.

12. Menuruni tangga dengan anggun

13 etika dan peraturan keluarga diraja british yang perlu dipatuhi

Golongan lelaki akan menghulurkan tangan apabila pasangan mereka ingin menuruni anak tangga, terutama sekali pada upacara rasmi. Kerabat wanita pula akan berjalan dengan dagu selari dengan tanah dan tangan di sisi. Jika ada susur tangga, mereka hanya akan meletakkan tangan di atasnya dan tidak memegang dengan terlalu kuat. Apabila berjalan, kaki mestilah menghala ke arah susur tersebut.

13. Tidak memakan kerang-kerangan

14 etika dan peraturan keluarga diraja british yang perlu dipatuhi 112

Ini merupakan tradisi zaman-berzaman yang diikuti untuk mengelakkan alahan dan keracunan makanan. Ratu Elizabeth dilaporkan masih memegang teguh kepada peraturan ini namun kaum kerabat lain tidak diwajibkan untuk patuh kepada peraturan ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)