Apabila hubungan sudah bermasalah, adalah sangat mudah untuk kita menyalahkan pasangan. Namun sering kali, andalah yang sebenarnya bermasalah.

Antara punca keretakan hubungan adalah disebabkan seseorang itu tidak menyedari bahawa kebanyakan masalah berpunca dari diri sendiri.

iluminasi.com kongsikan 7 tanda-tanda anda individu bermasalah dalam perhubungan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Anda membiarkan pasangan yang melakukan semuanya

pasangan lakukan segalanya

Hubungan yang baik adalah perkongsian yang saksama. Oleh itu, tanggungjawab hendaklah dibahagikan sama rata.

Sekiranya anda membenarkan pasangan anda untuk melakukan semua perkara berat seperti membuat rancangan sosial atau menguruskan bil, kemarahan akan terbina secara tidak sedar dalam diri pasangan.

Kerap kali kebanyakan orang mahukan pasangan mereka melakukan sesuatu terlebih dahulu, tetapi langsung mereka tidak membantu dalam perhubungan.

Jika anda rasa anda bersalah kerana membebankan pasangan anda dengan perkara-perkara yang berat, cuba untuk memberi, berkongsi, menghayati dan mempelajari bahasa cinta pasangan anda bagi membuktikan bahawa anda masih serius dalam perhubungan.

2. Anda tak gembira dengan diri sendiri

tak gembira dengan diri sendiri

Bunyinya agak cliche, tapi adalah penting untuk anda menyayangi dan mencintai diri sendiri terlebih dahulu sebelum melakukannya terhadap pasangan.

Jika anda tak bahagia sepanjang hidup atau tak selesa dengan diri sendiri, ia sudah pasti akan memberikan kesan kepada perhubungan.

Semua ini berkait, di mana jika anda tertekan atau marah dengan perkara lain dalam kehidupan, ia akan mempengaruhi hubungan dengan cara negatif. 

Amalkan penjagaan diri sendiri dan berusaha memperbaiki kehidupan anda.

Dan jika anda hanya jenis yang pesimis (fikir negatif), cuba fikir dan bayangkan bagaimana pasangan anda melihat anda setiap hari. 

3. Suka mengelak selepas bertengkar

silent treatment

Adalah amat meletihkan emosi jika berhadapan dengan seseorang yang suka mengelak selepas sesuatu pertengkaran.

Sekiranya anda bertengkar dengan pasangan anda tentang siapa yang basuh baju paling kerap atau apa masalah sekalipun, cuba untuk berhenti seketika.

Setelah anda tenang, cari jalan penyelesaian yang masuk akal dan dipersetujui oleh kedua-duanya. Jangan sesekali berdiam diri atau mengelak, yang mana lebih dikenali sebagai "silent treatment".

Terlalu kerap pasangan mendiamkan diri untuk berjam-jam malah berhari-hari, hanya disebabkan satu pertengkaran. 

4. Bersangka buruk terhadap pasangan

bersangka buruk terhadap pasangan

Apabila anda dan pasangan sedang berusaha untuk cuba selesaikan masalah, cuba untuk bersangka baik.

Dia mungkin tidak berhujah dan dia tidak mahu menyakiti anda. Malah, pasangan anda pasti mahu menyelesaikan masalah tersebut dengan lebih pantas.

Sebelum bertindak terhadap sesuatu yang telah dilakukan oleh pasangan atau berkata sesuatu yang menyakitkan, cuba untuk pertimbangkan niatnya terlebih dahulu.

Adakah dia cuba untuk menyakitkan perasaan anda dan tidak bertimbang rasa? Kerap kali jawapannya adalah "tidak" dan masalah yang timbul hanyalah hasil daripada kecuaian atau tidak memahami jangkaan sendiri. 

5. Anda tak boleh mengaku kesalahan

tak mengaku salah

Anda seorang dewasa dan anda mungkin mahu hubungan anda tidak berakhir. Untuk ini berlaku, hentikan menuding jari dan cuba bertanggungjawab ke atas kesilapan yang anda lakukan dengan pasangan anda.

Ia adalah petanda buruk jika anda cenderung untuk menyalahkan dan bukannya bertanggungjawab terhadap masalah sendiri. Individu yang sering menyalahkan kerap kali percaya bahawa masalah timbul dan datang dari pasangan mereka.

Daripada fokus kepada siapa yang salah, adalah lebih baik untuk fokus kepada bagaimana anda boleh selesaikan masalah dan kembali menjadi pasangan bahagia seperti sebelum ini.

Anda perlu singkirkan perkataan "salah" daripada hubungan apabila melihat kepada masalah dalam hubungan.

6. Anda tidak kekal dalam topik apabila berhujah

pasangan bergaduh

Adalah menjadi satu masalah serius jika anda merupakan seseorang yang jika berlakunya pertengkaran hangat dengan pasangan, lalu anda mengungkit sesuatu yang menyakit yang berlaku lama dahulu.

Jika anda seperti ini, sudah pastinya anda penyebab hubungan anda tidak dapat diselesaikan dengan baik.

Walaupun anda bertengkar, cuba untuk fokus kepada apa yang dipertengkarkan dan bukannya mengaitkan dengan masalah lain. Ini tidak akan menyelesaikan masalah malah memburukkannya lagi.

7. Anda menganggap anda bukan sebahagian daripada masalah yang berlaku

pasangan bermasalah

Jika anda berfikiran bahawa anda tidak patut disalahkan dalam perhubungan, kerap kali anda lah yang menjadi masalah. Tiada siapa yang benar-benar terlepas daripada menjadi penyebab dalam masalah perhubungan.

Mengaku kesalahan anda adalah sesuatu perkara yang sangat sihat dan ia akan membuatkan hubungan menjadi lebih baik.

Jika hubungan dalam keadaan baik, ia disebabkan oleh usaha kedua-dua belah pihak. Dan jika bermasalah, ia adalah tanggungjawab bersama untuk menyelesaikannya.

Rujukan:

1. Huffpost

2. RD

3. Elite Daily




Hakcipta iluminasi.com (2017)