Surat khabar telah menjadi cara untuk seluruh dunia berhubung dan mengikuti perkembangan terkini tentang peristiwa semasa di seluruh dunia. Walaupun hari ini aplikasi telefon mudah alih dan laman web sudah banyak menggantikan surat khabar yang dicetak, berita bercetak masih diterbitkan setiap hari.

Tahukah anda sejak bilakah surat khabar mula diterbitkan? Kali ini, pihak Iluminasi ingin kongsikan senarai 10 surat khabar tertua yang pernah diterbitkan. Malangnya, tidak kesemuanya masih diterbitkan dengan keluaran baru pada masa kini dan ada yang sudah diterbitkan secara dalam talian sahaja, selari dengan peredaran zaman. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

7. Post- och Inrikes Tidningar (1645)

sejarah akhbar

Dikenali juga sebagai PoIT yang diterjemahkan kepada "Waktu Pos dan Domestik",  akhbar ini ialah warta kerajaan negara Sweden. Ia adalah akhbar tertua yang masih diterbitkan sehingga hari ini walaupun ia bertukar kepada penerbitan dalam talian sahaja pada tahun 2007.

Akhbar ini bermula sebagai Ordinari Post Tijdender, yang diterjemahkan kepada "Akhbar Biasa" dan merupakan penerbitan mingguan. Pada tahun 1821, ia bergabung dengan akhbar lain, Inrikes Tidningar (yang diterjemahkan kepada "Domestic Times") dan mewujudkan akhbar PoIT sehingga ke hari ini. 

6. Gazeta (1641)

surat khabar terawal 235

Gazeta adalah entri unik dalam senarai ini kerana tidak banyak yang diketahui mengenainya dan ia hampir tidak memenuhi definisi akhbar kerana jangka hayatnya yang singkat. Ia adalah akhbar berbahasa Catalan pertama dan majalah berkala pertama di Semenanjung Iberia.

Gazeta tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, hanya mempunyai dua terbitan yang diterbitkan sebelum menghentikan semua penerbitan. Surat khabar in dIterbitkan pada tahun 1941 namun tiada maklumat lanjut yang diperolehi mengenai syarikat atau pihak yang menerbitkannya. 

5. La Gazette (1631)

surat khabar terawal 581

Bukan sahaja La Gazette akhbar Perancis pertama, ia juga majalah mingguan pertama yang diterbitkan di Perancis. Ia dengan pantas tersebar ke banyak tempat, menjadikannya alat yang berguna untuk mengawal maklumat yang dipermudahkan kepada orang ramai.

Akhbar ini tidak lama kemudian menjadi lidah suara golongan Legitimis iaitu golongan penyokong Diraja dan melihat sumbangan tetap daripada individu berprofil tinggi seperti Kardinal Richelieu dan Louis XIII. Pembacanya kebanyakannya adalah golongan atasan elit.

4. Nieuwe Tijdinghen (1618)

cetakan srat khabar

Diterjemah sebagai Antwerp Gazette, tidak ada nama sebenar untuk akhbar ini, yang merupakan akhbar Flemish pertama yang pernah diterbitkan. Nama "Nieuwe Tijdinghen" yang digunakan ialah nama yang diberikan oleh katalog. Akhbar ini pertama kali diterbitkan pada tahu 1618 di mana  penerbitnya adalah Abraham Verhoeven.

Berita yang dipaparkan dalam Warta Antwerp diperoleh dari Eropah Barat dan Tengah dan merangkumi pelbagai jenis berita umum, selalunya termasuk ruangan satira, doa, berita selebriti, lagu dan pantun. Setiap kertas membawa sekurang-kurangnya satu ilustrasi.

3. Courante uyt Italien, Duytslandt, &c. (1618)

sejarah surat khabar

The Courante ialah akhbar Belanda yang pertama dan juga akhbar lembaran lebar pertama di dunia, surat khabar paling awal diterbitkan dalam saiz folio yang lebih besar. Tajuk akhbat itu yang tajuknya diterjemahkan kepada "Kisah semasa dari Itali, Jerman, dll", memaparkan berita dari Venice, Cologne dan Prague.

The Courante diterbitkan setiap minggu. Tiada tarikh rasmi ditemui pada kertas itu, mahupun maklumat rasmi tentang pencetak atau penerbitnya, tetapi disebabkan kandungan halamannya, dianggarkan akhbar itu diterbitkan antara 14 dan 18 Jun 1618. Akhbar itu berhenti diterbitkan pada 1664 .

2. Avisa Relation oder Zeitung (1609)

surat khabar lama

'Avisa ialah terbitan berkala baharu yang pertama yang pernah diterbitkan. Dalam keluaran pertamanya, halamannya mengandungi berita dari pelbagai negara di seluruh dunia.Isu itu mengatakan semua berita di dalamnya diperolehi sehingga tarikh 15 Januari 1609.

Oleh itu, kebanyakan pakar menetapkan tarikh terbitan pertama Avisa yang diterbitkan kepada 15 Januari, walaupun tiada tarikh penerbitan rasmi mengenai isu itu.

1. Relation aller Fürnemmen und gedenckwürdigen Historien (1605)

surat khabar tertua

Surat khabar ini diiktiraf secara rasmi sebagai akhbar tertua di dunia yang pernah dicetak. Penghormatan ini bukan sahaja diberikan oleh ramai pihak penerbit, tetapi juga pengiktirafan daripada Persatuan Akhbar Dunia juga. Akhbar ini pertama kali diterbitkan pada 1609 dimana penerbitnya adalah Johann Carolus.

Jika diterjemahkan, tajuk akhbar ini adalah "Himpunan semua berita terkenal dan diingati". Pada asalnya, akhbar ini dianggap pertama kali diterbitkan pada tahun 1609, tetapi penemuan petisyen Carolus (ditemui pada tahun 1980-an di Arkib Perbandaran Strasbourg) mendedahkan tarikh penerbitannya adalahh tahun 1605.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. The Culture Trip
  3. Gizmodo
  4. Guinnness World Records

https://www.oldest.org/artliterature/newspapers/




Hakcipta iluminasi.com (2017)