Ultraman ialah siri televisyen fiksyen sains Jepun yang dicipta oleh Eiji Tsuburaya. Ia adalah susulan kepada Ultra Q, walaupun secara teknikalnya bukan sekuel atau spin-off daripada Ultra-Q. Tidak keterlaluan untuk kita katakan bahawa Ultraman merupakan antara adiwira terhebat dan popular dalam sejarah Jepun.

Walaupun Ultraman ialah siri pertama yang menampilkan watak Ultraman, ia merupakan siri kedua dalam Siri Ultra, selepas Ultra Q. Kali ini, mari lihat 5 siri Ultraman terawal yang pernah ditayangkan sejak tahun 1966.

5. Ultraman Ace (1972)

ultraman ace

Ultraman Ace ditayangkan pada tahun 1972 dan  merangkumi 52 episod. Dalam siri ini, Bumi diserang oleh tentera asing yang jahat diketuai oleh Yapool, seorang penjahat dan komander yang mahir.

Datang untuk membantu penduduk Bumi tidak lain dan tidak bukan adalah Ultraman Ace, salah satu daripada beberapa Ultra dari planet M-78. Seperti Ultra yang lain, Ace  memberi akses kepada beberapa individu terpilih untuk menjadi penyelamat Bumi dengan memberi mereka kuasa luar biasa dimiliknya.

Dalam kes ini, rancangan ini memfokuskan kepada Seiji Hokuto dan Yuko Minami, yang menggunakan cincin Ultra untuk menjadi Ultra dan mengalahkan kejahatan.

4. Return of Ultraman (1971)

the return of ultraman

Eiji Tsuburaya pada asalnya berhasrat untuk menamatkan watak Ultra berakhir dengan siri 1967 dalam Ultraseven, tetapi watak Ultra terbukti menjadi watak yang terlalu popular untuk diketepikan.

Selepas Eiji Tsuburaya meninggal dunia pada tahun 1970, anaknya Hajime meneruskan legasi yang dibina bapanya dengan mencadangkan siri baharu yang akan mengembalikan kehebatan Ultra. Maka lahirlah Return of Ultraman, sebuah rancangan yang membezakan dirinya daripada Ultraseven dengan menambahkan elemen tindakan dan bukannya skizofrenia paranoid.

Kisah dalam Return of Ultraman masih dikaitkan dengan watak Ultra terdahulu dengan apabila watak Ultraman dan Ultraseven turut membuat penampilan untuk membantu apabila khidmat kedua-dua watak Ultr ini diperlukan.

3. Ultraseven (1967 - 1968)

ultraseven 568

Seperti siri terdahulunya, siri ini berlaku pada masa hadapan dan mengikuti sekumpulan pahlawan elit yang dipanggil Ultra Guard ketika mereka melindungi Bumi daripada ancaman luar angkasa.

Salah seorang daripada mereka bagaimanapun menyembunyikan satu rahsia rahsia. Dia adalah makhluk asing dari planet M-78 yang dikenali sebagai Ultraseven. Sama seperti Ultraman pertama, Ultra ini menggunakan kuasanya untuk mempertahankan manusia daripada raksasa di seluruh galaksi.

Untuk menyembunyikan identitinya, Ultraseven menyamar sebagai manusia bernama Dan Moroboshi. Siri Ultraseven ini ditayangnakn pada tahun 1971 dan mempunyai sebanyak 49 episod keseluruhannya.

2. Ultraman (1966–1967)

ultraman 653

Siri Ultraman kedua ini adalah susulan kepada siri Ultraman yang asal, sekali gus memulakan watak adiwira Jepun yang paling ikonik. Tayangan perdananya seminggu selepas Ultra Q berakhir.

Siri Ultraman ini memaparkan berlangsung 30 tahun akan datang apabila seorang juruterbang telah ditembak jatuh oleh makhluk antara galaksi.

Dalam watak seperti Venom atau Shazam, iaitu sejenis makhluk asing, Utraman telah bergabung dengan juruterbang untuk menyelamatkan nyawanya. Setiap kali berada dalam keadaan bahaya, juruterbang akan berubah menjadi Ultraman untuk melawan raksasa jahat itu.

1. Ultra-Q (1966)

ultra q

Walaupun ia adalah siri pertama dan tertua dalam alam sinematik Ultraman, Ultra Q tidak menampilkan sebarang watak Ultra. Sebaliknya, tiga watak utama pada dasarnya adalah detektif yang menyiasat raksasa yang berbeza setiap minggu.

Studio produksi Toho, yang menjalankan siri itu, juga menawarkan penciptanya akses kepada raksasa dan prop daripada filem terdahulu mereka. Akibatnya, peminat filem raksasa Jepun mungkin melihat beberapa wajah yang dikenali dalam siri ini.

"Q" dalam tajuk siri ini bermaksud "Question". Dihasilkan dalam warna hitam dan putih oleh Tsuburaya Productions, ianya telah disiarkan dari 2 Januari hingga 3 Julai 1966 dengan jumlah 28 episod. 

Kredit:

  1. Den of Geek
  2. Wikipedia
  3. Fandom


Hakcipta iluminasi.com (2017)