membaca akhbar

Di dalam dunia ini, terdapat banyak perkara kecil yang kita tak pernah ambil tahu atau peduli untuk bertanya.

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa kita perlu mengambil tahu tentang perkara kecil sedangkan banyak lagi perkara besar yang berlaku dalam kehidupan.

Terutamanya ketika anda membaca akhbar. Walaupun ia kini tidak lagi popular, namun pembacaan akhbar itu sendiri sudah membuatkan pembacanya sibuk sehingga mata tidak akan melihat butiran terperinci pada setiap helaian.

Tetapi jika anda telah membaca akhbar untuk tempoh yang agak lama anda pastu pernah ternampak bahawa semua akhbar mempunyai 4 titik berwarna di bahagian bawah atau di tepi.

tanda cmyk pada suratkhabar

Walaupun ia tidak begitu penting atau memberikan kesan kepada pembaca, tetapi tak salah jika kita mengambil tahu untuk menambahkan pengetahuan am kan?

Lebih-lebih lagi kerana ia dicetak pada sumber maklumat yang anda terima setiap hari. Jadi, mengapa 4 titik ini ada pada akhbar?

Warna-warna tersebut dikenali sebagai CMYK (cyan, magenta, yellow dan black), warna asas untuk semua warna yang digunakan dalam percetakan.

pencetakan akhbar

Pada dasarnya mana-mana warna boleh diperoleh dengan menggunakan 4 warna ini dalam bahagian yang betul. Plat-plat  semua warna ini dibentangkan pada halaman secara berasingan dan berbaris di tempat yang sama semasa mencetak.

Ini adalah perlu untuk mencetak imej warna penuh dengan tepat. Jika imej menjadi kabur dan tidak cukup tajam, anda akan mendapati warna-warna ini bertindih atau tidak berada dalam barisan yang sama.

Ini lebih mudah untuk dikenal pasti melalui apa yang dikenali oleh pencetak sebagai "tanda pendaftaran", yang kelihatan seperti ini:

cmyk

Jika plat-plat warna yang berbeza ini tidak selaras antara satu sama lain, anda tahu bahawa imej tersebut tidak didaftarkan dengan betul.

Penanda ini juga digunakan untuk mengenal pasti ketumpatan warna dan pembentukan titik.

Anda mungkin tidak tahu berapa bilangan akhbar yang dicetak setiap hari, tetapi semua orang tahu bahawa ia dicetak dengan begitu banyak.

Dan untuk memeriksa setiap halaman kertas secara fizikal adalah sesuatu yang sangat mustahil. Bagi pencetak yang mana telah melakukannya untuk tempoh bertahun-tahun, ia tahu bagaimana rupabentuk CYMK.

Dan jika ada apa-apa kesilapan berlaku, ia boleh mengenalpasti dengan mudah. Pendek kata, 4 titik ini berfungsi sebagai penanda kepada pencetak akhbar.

kilang suratkhabar

Perkara yang sama juga digunakan dalam pencetakan buku, tetapi ianya telah dibuang ketika buku diikat. Oleh kerana jumlah kuantiti akhbar lebih banyak, tanda CYMK ini dibiarkan begitu sahaja dan tidak memberikan apa-apa kesan sampingan.

Jadi, jika anda ternampak imej yang kabur selepas ini, pasti mata anda akan mencari tanda CYMK ini di bahagian tepi atau bawah bagi memastikan kebenaran fakta ini.


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)