LEGO adalah antara mainan kanak-kanak paling popular di dunia. Permainan ini membolehkan kanak-kanak berimaginasi mencipta sesuatu dalam fikiran mereka. Ditubuhkan pada tahun 1932, syarikat LEGO mengukuhkan kedudukannya selaku pengeluar mainan kanak-kanak sehingga kini.

Namun, apa yang menghairankan, figura mini Lego tidak muncul sehingga 30 tahun selepas penubuhan syarikat, menandakan inovasi selanjutnya. Patung figura yang boleh disesuaikan ini telah membolehkan kanak-kanak dan orang dewasa sama-sama mencipta dunia baharu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebahagian patung figura ini telah menjadi koleksi peminatnya sehingga meningkatkan nilainya. Malah, kami juga pernah menulis mengenai Patung Figura LEGO Paling Mahal di Dunia. Kali ini, mari lihat beberapa patung figura LEGO ya dipercayai sebagai paling awal dicipta.

7. Set Istana - 1983

set lego istana

Seperti set Angkasa Lepas dan set Bandar, set Istana termasuk pelbagai watak, bangunan dan kenderaan yang disesuaikan dengan tema. Patung figura mini keluaran 1983 ialah dua jenis kesatria - sesuai untuk mengembangkan kisah pengembaraan dan pertempuran yang menarik.

Kesatria pertama menampilkan perisai hitam dan merah serta topi keledar dengan penutup muka yang boleh digerakkan. Kesatria yang lain mempunyai baju perisai perak dan merah, lengkap dengan perisai yang sepadan.

6. Set Patung Umum - 1981

set lego umum 655

Patung figura mini bagus untuk kanak-kanak yang memahami perbezaan antara mainan dan makanan, tetapi untuk kanak-kanak yang lebih muda, patung in menimbulkan bahaya tercekik yang serius - sesuatu yang benar bagi kebanyakan blok Lego.

Hasilnya, Lego membangunkan blok bangunan yang lebih besar yang dibuat untuk kanak-kanak kecil menikmati permainan ini tanpa risiko tercekik. Versi patung figura ini adalah contoh awal mainan kanak-kanak ini. Patung figura ini hanya mempunyai kepala yang dilekatkan pada badan tanpa lengan atau kaki yang masih boleh bersambung dengan blok Lego lain.

5. Tukang masak - 1980

patung lego chef

Patung figura mini chef ini adalah sebahagian daripada set patung mini yang lebih besar berfokus pada kerjaya, yang turut didatangka dengan patung figura seorang pegawai polis, doktor, pekerja binaan dan doktor.

Patung mini chef tahun 1980 ini menampilkan pakaian seragam putih, seluar hitam, tali leher merah dan topi chef yang boleh ditanggalkan. Set ini juga mempunyai cawan merah dan penyapu yang berfungsi sebagai aksesori yang sempurna untuk tukang masak.

4. Set bandar - 1980

set klasik lego bandar

Set keluaran tahun 1980 ini merupakan set kemaskini set Lego Town daripada versi terdahulu. Ia termasuk kenderaan dan bangunan yang lebih rumit dan juga memberi pegawai polis zip di bahagian depan kotnya.

Tokoh lain termasuk pekerja binaan, lengkap dengan topi keras, penduduk bandar, paramedik dan pemandu kereta lumba. Set ini membolehkan kanak-kanak mereka bentuk bandar impian mereka, menyesuaikan watak dan bergantung pada imaginasi mereka untuk mencipta pelbagai senario.

3. Angkasawan - 1979

lego angkasaawan

Pada zaman awal patung figura Lego sebelum Star Wars atau Batman bekerjasama, Lego menghasilkan set dengan konsep umum. Untuk ruang angkasa, mereka mencipta angkasawan yang datang dalam pakaian angkasa putih, merah, biru dan kuning.

Setiap angkasawan mempunyai lambang kapal angkasa, reka bentuk yang muncul pada tahun sebelumnya.

2. Pegawai polis - 1978

lego pegawai polis

Patung figura pegawai polis Lego ini merupakan patung figura yang telah direkabentuk daripada versi awal. Figura ini menampilkan tangan seperti pencakar, badan yang boleh disesuaikan dan ton kulit kuning klasik yang dilihat pada banyak figura Legi sehingga sekarang.

Patung figuraa ini memakai seragam polis hitam dengan butang putih, lencana putih dan topi putih boleh tanggal. Patung figura watak pegawai polis ini adalah sebahagian daripada set khas Lego yang didatangkan dengan kereta polis, stesen minyak dan helikopter penyelamat. 

1. Lego Family - 1974

patung lego tertua dunia

Walaupun secara teknikalnya figura Lego ini tidak dikenal seperti pada masa kini, Lego Family merupakan usaha pertama syarikat dalam mereka bentuk patung figura ini dan oleh itu, set Lego Family ini dianggap patung figura Lego tertu di dunia.

Dijual pada tahun 1974, set in terdiri daripada seorang ibu, bapa, anak lelaki, anak perempuan dan nenek. Mereka jauh lebih besar daripada saiz patung figura masa kini, tetapi elemen reka bentuk mereka dibawa sehingga hari ini. Kepala mereka boleh digerakkan, mereka diperbuat daripada blok dan gaya rambut mereka boleh ditukar.

Kredit:

  1. Lego Discovery Center
  2. Game of Bricks
  3. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)