Dari segi saiz, semut kelihatan sangat tidak mampu menggugat kehidupan mana-mana haiwan apatah lagi manusia. Namun, haiwan kenit ini mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu menyebabkan makhluk lain hidup dalam ketakutan.

Malah, terdapat spesis semut yang mampu menyebabkan kematian manusia melalui gigitan berbisa mereka. iluminasi.com ingin berkongsi dengan para pembaca 7 semut paling berbahaya di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

7. Semut Bullhorn Acacia (Bullhorn Acacia Ant)

bullhorn acacia ant semut paling berbahaya di dunia

Dari segi rupaa, semut Bullhorn Acacia menyerupai tebuan, hanya berbeza kerana tidak mempunyai sayap seperti tebuan. Panjang badan dan warna semut ini hampir sama dengan tebuan. 

Semut ini tersangat berbahaya terhadap manusia kerana sengatannya mampu menghasilkan kesan berdenyut yang sangat memeritkan pada kulit manusia.

bullhorn acacia ant semut paling berbahaya di dunia 2

Semut yang biasanya dijumpai di negara-negara Afrika ini walaubagaimanapun mempunyai kelebihan dari segi perubatan yang boleh digunakan dalam merawati penyakit seperti asma dan kemurungan yang teruk.

6. Semut Florida Harvester (Florida Harvester Ant)

florida harvester ant semut paling berbahaya di dunia 2

Semut Florida Harvester biasanya dijumpai di kawasan padang pasir Amerika Utara, Tengah dan Selatan. Semut ini mempunyai struktur seperi janggut bagi semua jenis spesisnya, dari segi penampilan.

Struktur enyerupai janggut ini membantu semut ini dalam mencapai atau mengambil butiran kecil di permukaan pasir yang licin. Jangan pandang remeh terhadap semut ini kerana mereka mempunyai racun sama seperti yang dimiliki oleh ular tedung dan lebah madu barat.

Selain itu, racun ini digunakan sebagai sebahagian daripada mekanisma pertahanan untuk membunuh haiwan seperti horned lizard (cicak bertanduk).

5. Semut Api (Fire Ant)

semut api semut paling berbahaya di dunia 2

Terdapat lebih daripada 200 spesis semut api dalam keluarga Solenopsis. Sama seperti namanya, semut api menyebabkan kesan yang sama seperti kulit manusia yang terbakar. Semut api adalah antara semut yang paling agresif di dunia.

Sesetengah daripada spesis semut ini juga dikenali sebagai "semut halia", yang mana sengatannya sangat menyakitkan dan memerlukan perhatian perubatan dengan segera. Jika semut ini menggigit dalam kumpulan, ia sangatlah berbahaya kerana racunnya terdiri terdiri daripada alkaloid.

semut api semut paling berbahaya di dunia

Reaksi alahan terhadap kulit manusia boleh menyebabkan bengkak dan kerengsaan. Gejala-gejala lain yang boleh disebabkan oleh gigitan semut ini termasuklah sukar untuk bernafas dan percakapan tidak jelas, yang boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan cepat.

Kekuatan semut api cukup untuk membunuh haiwan yang kecil.

4. Semut Siafu (Siafu Ant)

semut siafu semut paling berbahaya di dunia 2

Semut Siafu juga dikenali sebagai "semut pemandu". Ia biasanya dijumpai di Afrika tengah dan timur, yang diiktiraf antara semut paling bahaya di dunia bagi manusia. Setiap sarang semut ini biasanya mempunyai lebih daripada 20 juta ekor semut Siafu.

Semut ini mempunya rahang yang sangat kuat dan mampu mengoyakkan mangsa hanya dalam beberapa saat, jika menyerang secara berkumpulan. Malah, semua pekerja biasanya lebih berbahaya daripada semut buasa.

semut siafu semut paling berbahaya di dunia

Semut Saifu berpangkat semut pekerja ini mempunyai rahang yang bersaiz lebih besar, kuat dan keupayaan menyengat yang lebih berbahaya. Sengatan semut ini tidak sesakit gigitannya.

3. Semut Askar (Army Ant)

semut askar semut paling berbahaya di dunia 2

Juga dikenali sebagai "Raids", semua askar sangat berpotensi tinggi dalam mencetuskan bahaya bagi manusia. Namanya diberikan oleh cara semut ini menyerang, iaitu dalam kumpulan dan tersangat agresif.

Tinggal di satu lokasi dengan membina sarang adalah bukan satu kebiasaan bagi semut ini kerana ia biasanya berpindah dari satu tempat ke tempat lain.

semut askar semut paling berbahaya di dunia

Kumpulan semut ini tidak boleh dipandang remeh kerana apabila mereka menyerang dalam kumpulan, kumpulannya terdiri daripada lebih 100,000 ekor dan mampu melenyapkan mangsa dengan begitu mudah.

Malah, ketika menyerang, tujuan penggemblengan tenaga oleh semut-semut ini adalah untuk membunuh mangsa.

2. Semut Peluru (Bullet Ant)

semut peluru semut paling berbahaya di dunia 2

Semut peluru tidak kurang bahayanya daripada semut Bulldog. Daripada namanya sahaja "peluru" anda sudah mampu menjangkakan betapa bahayanya semut ini. Namanya diberi disebabkan oleh rasa sengatannya yang dirasai oleh mangsa.

Ia seolah-olah semut ini dapat menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat seperti seseorang itu ditembak. Semut ini biasanya ditemui di Honduras dan Paraguay, dan merupakan antara semut yang mempunyai sengatan paling sakit di dunia.

semut peluru semut paling berbahaya di dunia

Malah, semut ini juga digelar sebagai "semut 24 jam" kerana rasa sakit disebabkan sengatan semut peluru boleh dirasai sehingga lebih daripada 24 jam. Kandungan racun ini memberikan kesan repulsif yang yang menyekat penghantaran sinaptik dalam sistem saraf pusat.

1. Semut Bulldog (Bulldog Ant)

semut bulldog semut paling berbahaya di dunia 2

Guinness World Record mengiktiraf semut Bulldog sebagai semut paling berbahaya di dunia. Majoriti daripada semut ini tinggal di kawasan pantai di Australia. Sejak tahun 1988, terdapat kira-kira 3 kes kematian disebabkan oleh semut ini.

Sengatannya tersangat kuat sehingga dikatakan menyebabkan kesakitan kedua paling sakit di dunia. Rasa sakit akibat sengat itu boleh berlangsung selama beberapa minit yang digambarkan sebagai "rasa sakit yang tajam tanpa rasa panas".

semut bulldog semut paling berbahaya di dunia

Interaksi dengan manusia dilihatkan sebagai sangat agresif dan semut ini mampu untuk melompat sejauh beberapa inci jika terdapat gangguan atau sarangnya diganggu. Bukti menunjukkan bahawa racun yang disuntik oleh semut ini menyebabkan rasa tidak peka terhadap tisu untuk jangka masa yang lama.

Burung-burung dan haiwan lain juga harus dijauhkan daripada semut ini kerana mampu menyuntik racunnya yang mampu menyebabkan kegagalan buah pinggang. Racun yang disuntik melalui sengatan mampu membunuh orang dewasa dalam masa 15 minit.

semut bulldog carnage 61




Hakcipta iluminasi.com (2017)