Oleh pada 10 Sep 2017 kategori

serangga pelik

Kredit gambar : Javier Raznar

Serangga sememangnya dikenali sebagai hidupan yang agak berbahaya walaupun bersaiz kecil. Seperti nyamuk, walaupun bersaiz kecil namun mampu menumbangkan seekor gajah.

Semua pula dengan koloni yang sangat ramai, mampu melenyapkan bangkai haiwan dalam sekelip mata.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 serangga yang paling berbahaya atas muka bumi.

5. Lebah Afrika

lebah afrika

Lebah pembunuh. Namanya pun sudah tahu betapa bahayanya serangga ini. Lebah ini dikenali sebagai Lebah Afrika. Ia merupakan hasil gabungan atau hibrid 2 spesis lebah madu Afrika dan Eropah, yang dihasilkan di makmal di Brazil pada tahun 1956. Tujuannya adalah untuk menghasilkan spesis lebah baru yang mampu menggandakan penghasilan madu serta tahan terhadap iklim tropika.

Saintis-saintis tersebut mungkin berjaya, namun mereka juga telah menghasilkan satu spesis baru yang sangat berbahaya. Lebah yang dihasilkan disimpan di dalam makmal, dan sejumlah lebih ini, malangnya, telah terlepas dan mula menuju ke utara. Pada tahun 1990an, Lebah Afrika telah wujud di negeri di selatan Amerika Syarikat.

beza lebah madu

Dari segi sengatan dan saiz, ia sama seperti lebah-lebah madu biasa. Namun apa yang membezakannya adalah sifat mempertahankan diri yang sangat hebat. Ia mudah berasa terancam, dan jika itu berlaku, ia akan berkumpul dengan jumlah yang sangat banyak. Jika Lebah Eropah merekrut 10% daripada jumlah yang terdapat di sarang, Lebah Afrika pula akan merekrut kesemua yang ada. 

Daripada kemungkinan berpuluh yang menyerang, ia menjadi beratus-ratus oleh Lebah Afrika ini, yang mampu mengakibatkan kematian.

Lebih buruk, Lebah Afrika juga akan mengejar mangsa dengan lebih jauh berbanding lebah biasa. Jika anda rasa anda terjun dalam air dan selamat, anda salah. Mereka akan tunggu sehingga anda muncul.

4. Tebuan Gergasi Jepun

tebuan gergasi jepun

Dengan kebolehan membesar sehingga 5 sentimeter, Tebuan Jepun Gergasi adalah merupakan spesis tebuan paling besar di dunia. Berdasarkan namanya, sudah tentulah tebuan ini berasal dari Jepun yang dikenali sebagai ōsuzumebachi. Mereka memakan larva lebah madu, dan mampu membunuh 40 ekor lebah madu dalam masa seminit. Setiap koloni mempunyai kira-kira 700 ekor tebuan ini.

giant hornet

saiz yang sangat besar

Rupanya sudah menyeramkan, dan sengatannya berkali-kali ganda seram. Terdapat gabungan dua jenis toksin dalam setiap dalam sengatan tebuan ini iaitu sitotoksin dan neurotoksin. Sitotoksin akan menyebabkan rasa sakit teramat sangat dan mengakibatkan kerosakan pada tisu dengan sensasi yang diceritakan oleh seorang pengkaji, "sakit seperti paku panas dicucuk ke dalam kaki".

Neurotoksin yang diberi nama mandaratoksin, boleh menyebabkan kematian, walaupun kepada mereka yang tiada alahan kepada sengatan tebuan. Tebuan Gergasi Jepun ini bertanggungjawab terhadap kematian 30 nyawa setiap tahun di Jepun dan di wilayah Shaanxi, China sahaja, 40 nyawa melayang setiap tahun.

3. Semut Siafu

semut saifu 2

Semut pemandu, atau Semut Siafu adalah serangga yang mempunyai koloni terbesar di dunia. Jika Tebuan Gergasi Jepun mempunyai purata 700 ekor bagi setiap koloni, semut ini pula mempunyai sehingga 22 juta ekor bagi setiap koloni. Banyak mana 22 juta ekor itu? Bukan kata manusia, gajah pun akan lari kalau diserang dengan sebegitu banyak.

semut saifu

koloni yang sangat ramai

Walaupun ia tidak popular kerana membunuh manusia, namun semut ini biasanya membunuh beribu-ribu haiwan lain hanya dalam satu serbuan atau serangan. Mereka juga melakukan serangan terhadap sarang-sarang serangga lain untuk mendapatkan makanan, dan juga membunuh.

2. Lalat TseTse

lalat tsetse 458

Lalat TseTse ini mungkin tidak mempunyai sengatan atau gigitan berbisa seperti serangga lain. Namun ia sangat berbahaya. Biasanya dijumpai di tengah benua Afrika, serangga yang juga dikenali sebagai lalat "tik-tik" ini membawa bahan kimia yang dikenali sebagai trypanosoma.

lalat tsetse hisap darah

Mereka hidup dengan menghisap darah vertebrata, dan dalam setiap sedutan mereka akan melepaskan toksin trypanosoma ini yang akan menyebabkan mangsa mengalami masalah tidur yang serius pada awalnya. Dan jika ia tidak dirawat dengan betul, kematian boleh berlaku. 

Dianggarkan kira-kira 500,000 kematian disebabkan oleh serangan lalat TseTse ini di Afrika.

1. Nyamuk

nyamuk aedes 825

Seperti yang dijangkakan, nyamuk mengungguli carta serangga paling berbahaya di dunia. Pelbagai jenis penyakit serius yang boleh disebabkan oleh nyamuk termasuklah malaria, denggi, Zika, demam kuning, chikungunya, ensefalitis, virus West Nile dan banyak lagi. Bagi malaria sahaja, dianggarkan 1 juta kematian berlaku setiap tahun.

Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan seorang kanak-kanak mati setiap 30 saat, dan hampir 500 juta kes malaria dilaporkan setiap tahun.

nyamuk 899

Bukan setakat serangga paling bahaya di dunia, nyamuk juga merupakan serangga dan haiwan yang menyebabkan kematian manusia tertinggi. Jika jerung menyebabkan kematian 10 manusia setiap tahun, buaya menyebabkan 1,000 kematian, ular menyebabkan 50,000 kematian, dan manusia sendiri menyebabkan 475,000 kematian manusia setiap tahun, tetapi nyamuk, menyebabkan 725,000 nyawa manusia melayang setiap tahun.

Jangan main-main, kecil tapi berbisa.

Rujukan :

1. The Mysterious World

2. Planet Deadly


tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)