Jika di Malaysia, kita seringkali berasa ngilu dan seram sejuk melihat komuniti Hindu menyambut perayaan Thaipusam dengan menyucuk-nyucuk muka dan badan mereka dengan benda-benda tajam.

perayaan berbahaya di dunia

Tapi tahukah anda ada lagi perayaan lain yang lebih membahayakan sehingga boleh menyebabkan maut? Malah, ia lebih berbahaya kerana melibatkan orang ramai. Kami kongsikan 7 perayaan paling berbahaya dalam dunia untuk anda yang sukakan cabaran:

#7 Peru : Takanakuy

Bagi rakyat Peru, apabila tiba perayaan Takanakuy yang diadakan pada setiap kali Krismas iaitu pada 25 Disember, semua orang akan menyelesaikan pertelingkahan atau rasa tidak puas hati dengan bertumbuk.

takanakuy peru s christmas fighting festival

Peserta perlawanan dan juga pemerhati datang lengkap dengan memakai kostum budaya rakyat. Mereka akan bertumbuk di dalam bulatan gelanggang sambil disorak oleh penonton. Untuk mengelakkan keadaan menjadi tidak terkawal, pengadil akan membawa cemeti untuk memukul peserta yang engkar dengan peraturan.

#6 Greece : Rouketopolemos

Setiap tahun semasa perayaan Easter, penduduk perkampungan Greek di Vrontados terlibat dalam satu perayaan yang pelik dan membahayakan.

Dua gereja yang bersaing antara satu sama lain iaitu Agios Markos dan Panagia Erithiani akan berperang secara olok-olok dengan menembak 60,000 roket kecil ke arah menara loceng gereja masing-masing. Acara tembak-menembak ini dibuat semasa ada upacara yang sedang berlangsung di dalam gereja.

perayaan berbahaya di dunia greece perang roket

Walaupun pemandangan langit amat menakjubkan terutama sekali pada waktu malam, namun ada sesetengah roket yang tersasar sehingga menyebabkan kecederaan, kerosakan harta benda dan juga kematian.

#5 Sepanyol : El Colacho

Sejak abad ke-17, sebuah perkampungan di Sepanyol iaitu Castrillo de Murcia telah mengadakan satu ritual tahunan di mana mereka membaringkan bayi di atas tilam yang disusun di tengah-tengah jalan raya.

perayaan berbahaya di dunia el colacho melompat melepasi bayi

Kemudian akan datang "syaitan" yang melompat melepasi bayi-bayi ini. Upacara ini dikatakan menghalau dosa-dosa asal bayi tersebut.

Belum ada kematian bayi yang dilaporkan berpunca daripada perayaan ini, namun kita yang tengok dari jauh pun boleh rasa hampir putus nafas menahan takut sambil ketap gigi.

#4 England: Larian Golek Keju

Selama lebih seabad lamanya, perayaan dua hari yang diadakan di Gloucestershire, England ini mengenengahkan pertandingan yang amat pelik sebagai tarikan utama. Seketul keju Double Gloucester seberat 8 paun (3.63kg) dibiarkan bergolek menuruni cerun bukit yang curam sejauh 183 meter sambil dikejar sekumpulan peserta.

perayaan berbahaya di dunia england cheese rolling

Bunyi seperti mudah. Akan tetapi bukit itu adalah sangat curam sehinggakan sukar bagi seorang manusia walaupun untuk berdiri tegak. Jadi, kebanyakan pelari ini terus jatuh selepas beberapa langkah dan cuma bergolek menuruni bukit.

Secara teorinya, peserta yang berjaya menangkap keju itu akan diangkat sebagai pemenang. Walau bagaimanapun, memandangkan seketul keju berbentuk roda bergerak lebih pantas daripada tubuh manusia yang bersegi-segi, hadiah diberikan kepada peserta yang pertama sekali tiba di kaki bukit.

perayaan berbahaya di dunia england cheese rolling 2

Hampir kesemua peserta mengalami benjolan, luka-luka dan lebam di seluruh badan. Kadangkala kecederaan yang lebih serius juga biasa terjadi. 

Pihak berkuasa tempatan tidak menggalakkan perayaan ini dan telah cuba menghalang penganjur dan pembuat keju dengan mengingatkan pihak-pihak tersebut yang mereka boleh dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

#3 Itali : Perang Buah Oren

Anda rasa buah oren tidak berbahaya? Mungkin anda belum pernah terkena das lontaran buah itu tepat ke muka atau kepala anda.

perayaan berbahaya di dunia itali baling oren

Setiap tahun pada bulan Februari, penduduk pekan Ivrea di Itali mengadakan peperangan buah sitrus sambil menghidupkan semula kegemilangan semasa Zaman Pertengahan di mana pekan itu berjaya menggulingkan seorang pemerintah kejam.

Lakonan semula itu bermula dengan seekor kuda yang menarik sebuah kereta tolak berisi buah oren dan "konco" pemerintah yang kejam. Kemudian penduduk akan mengerumuni mereka sambil membaling buah oren.

perayaan berbahaya di dunia itali baling oren 2

Konco di dalam kereta tolak memakai pakaian perlindungan lengkap seperti bermain hoki. Luka akibat das 'tembakan' bertubi-tubi buah oren ini sudah menjadi perkara biasa bagi kesemua peserta. Apatah lagi dengan lelehan jus berasid yang masuk ke bahagian luka. Wow, tak mampu nak bayangkan rasa pedihnya bagaimana.

Pertempuran ini meninggalkan kesan oren yang sangat kacau-bilau di sekitar kawasan. Anda nak baling pada siapa-siapa pun, silalah. Tapi ada satu saja syarat yang perlu dipatuhi - mereka tidak sesekali dibenarkan membaling oren pada kuda.

#2 Sepanyol : Fiesta de San Fermín

Sekiranya anda berjalan-jalan ke Sepanyol dan mahukan percutian yang mencabar, anda bolehlah sertai perayaan Fiesta de San Fermín yang diadakan di Pamplona.

perayaan berbahaya di dunia fiesta de san ferm n sepanyol dikejar lembu jantan

Sepanjang festival berlangsung, pada setiap pagi, kira-kira 2,000 orang akan beratur di garisan permulaan trek larian sepanjang 875 meter di tengah-tengah bandar. Keseronokan bermula pada jam 8:00 pagi apabila enam ekor lembu jantan dilepaskan untuk mengejar sambil menyondol peserta.

perayaan berbahaya di dunia fiesta de san ferm n sepanyol dikejar lembu jantan 2

Kecederaan jarang dilaporkan, tapi apabila ia terjadi, anda boleh bayangkan sendiri kesan pijakan lembu dan juga tusukan tanduk yang tajam menembusi kulit.

#1 Jepun : Onbashira

Setiap enam tahun, perayaan Onbashira diadakan di Tasik Suwa di Wilayah Nagano di Jepun. Tujuan festival ini diadakan adalah untuk menggantikan 16 tiang kayu balak yang berdiri tegak di penjuru empat buah bangunan Suwa Grand Shrine.

perayaan berbahaya di dunia onbashira jepun 2

Perayaan bermula di kawasan pergununangan sekitar bulan April apabila 16 batang pokok fir ditebang menggunakan peralatan pembalakan secara tradisional. Lebih menarik lagi, batang-batang pokok ini akan diheret ke tokong tanpa sebarang alat bantuan mekanisme.

Setiap batang pokok itu berukuran kira-kira 20 meter panjang dan mempunyai berat sekitar 20 tan setiap satu. Jadi, kesemua peserta perlu bekerjasama sebagai kumpulan yang besar untuk membawa kayu-kayu ini merentasi sungai dan memanjat gunung.

output iyxc55

Keseluruhan perjalanan sejauh 10 km itu amat berliku dan berbahaya. Bahagian paling membahayakan tiba apabila kayu-kayu balak ini perlu dibawa menuruni curam. Untuk membuktikan keberanian mereka, lelaki-lelaki Jepun ini akan "menunggang" kayu balak ini sambil meluru jatuh menuruni kawasan gunung. Perbuatan mereka ini amat membahayakan dan boleh menyebabkan maut dengan mudah.

Anda sanggup tak sertai mana-mana perayaan ini?


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)