Oleh pada 02 Nov 2017 kategori

Dengan populariti dan fenomena luar biasa K-Pop di seluruh dunia, tidak hairanlah bintang Korea mampu meraih pendapatan yang lumayan. Antara sumber pendapatan mereka adalah menerusi hasil jualan album, tiket konsert,  perniagaan dan tawaran menjadi duta jenama terkenal. Jom kita tengok senarai 10 selebriti Korea terkaya setakat ini.

10. Taeyang ($10 juta USD)

Sumber foto: allkpop.com

Ahli kumpulan popular BIGBANG ini telah menghasilkan beberapa album solo yang mendapat sambutan hangat. Atas kejayaan lagu hit secara konsisten dalam kerjayanya sebagai penyanyi solo mahupun berkumpulan, kekayaan Taeyang dianggarkan sebanyak $10 juta USD.

9. Suzy (+$10 juta USD)

suzy

Sumber foto: viki.com

Terkenal dengan jolokan "Nation's first love", Suzy menempa nama sebagai salah seorang ahli kumpulan wanita dibawah JYP Entertainment, miss A. Beliau kemudiannya beralih menjadi salah seorang duta jenama paling berpengaruh di Korea. Untuk tawaran sebagai duta produk sahaja, beliau meraih lebih pendapatan mencecah $8.8 juta USD.

8. Yoona ($11 juta USD)

yoona

Sumber foto: allkpop.com

Yoona dikenali sebagai ahli kumpulan Girls' Generation iaitu salah sebuah kumpulan K-Pop paling terkenal di dunia sejak tahun 2007. Beliau turut memperoleh pendapatan dari tawaran duta jenama terkemuka dan kerjaya lakonannya di Korea dan China. Kekayaan Yoona hasil kerja kerasnya dalam industri hiburan Korea setakat ini dikatakan bernilai sekitar $11 juta USD.

7. BoA ($14 juta USD)

boa

Sumber foto: Wikipedia

BoA merupakan bintang yang gah di negara Korea dan Jepun dan mampu bertahan selama 17 tahun sepanjang penglibatannya dalam industri muzik. Setelah berjaya sebagai seorang penyanyi, beliau kemudiannya beralih ke bidang lakonan menerusi beberapa watak dalam drama disiarkan di "k-Pop Star" dan sebagai juri dalam "Produce 101". Nilai bersih jumlah kekayaannya ialah kira-kira $14 juta USD.

6. IU ($15 juta USD)

iu

Sumber foto: SONY Korea

IU ialah penyanyi paling popular di Korea dan mengungguli carta lagu negara itu secara konsisten dengan setiap kemunculan semula sejak beliau muncul pertama kali pada umur 15 tahun. Digelar sebagai "Nation's little sister", IU telah menjadi salah seorang bintang Korea paling dicari-cari. Melalui kutipan jualan kesemua album dan drama yang mendapat sambutan hangat, serta tawaran duta jenama yang lumayan, IU telah memperoleh jumlah pendapatan sebanyak $15 juta USD.

5. Dara ($16 juta USD)

dara

Sumber foto: daraoneill.com

Dara telah menempa kejayaan sebelum muncul pertama kali di Korea, dimana beliau terlebih dahulu merupakan penyanyi dan pelakon yang disegani di Filipina. Namun, sebaik mencuba nasib dalam industri hiburan Korea, bakatnya lebih menyerlah.

Menjadi sebahagian daripada salah sebuah kumpulan K-Pop terlaris di dunia, 2NE1 dan tawaran yang mencurah-curah baik dari segi peranan dalam drama mahupun duta produk, niali bersih Dara telah melambung kepada $16 juta USD.

4. Rain ($20 juta USD)

rain

Sumber foto: koreaportal.com

Sebut sahaja Rain, popularitinya memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau juga menjadi bintang K-Pop pertama yang berjaya menempa nama di Hollywood dengan membintangi filem aksi, Ninja Assassin.

Namanya menjadi sebutan di negara Amerika Syarikat dan seluruh Asia, tuah Rain sepanjang 15 tahun yang lalu telah memberikannya sumber pendapatan berjumlah $20 juta USD.

3. G-Dragon ($21 juta USD)

g dragon

Sumber foto: asiantown.net

G-Dragon ialah ahli kumpulan BIGBANG dan penyanyi solo terkemuka Korea. Beliau juga merupakan ikon fesyen paling berjaya dan mengepalai perniagaannya sendiri iaitu PeaceMinusOne.

G-Dragon ialah kuasa besar budaya dan mempunyai pengaruh yang cukup besar sehingga membuahkan hasil pendapatan yang cukup memberangsangkan. Pendapatan beliau kini dianggarkan mencecah $21 juta USD.

2. Siwon (+$35 juta USD)

siwon

Sumber foto: soompi.com

Siwon merupakan ahli kumpulan Super Junior iaitu salah sebuah kumpulan K-Pop paling terkenal. Penyanyi, pelakon dan model berprofil tinggi yang telah bertapak lebih daripada 15 tahun ini dikatakan mempunyai pendapatan berjumlah $35 juta USD.

1. PSY ($45 juta USD)

psy

Sumber foto: billboard.com

Berada di tangga teratas bintang K-Pop paling kaya di muka bumi ialah tidak lain dan tidak bukan, PSY. Beliau juga memegang rekod artis dengan jumlah tontonan muzik video paling banyak di YouTube selama 5 tahun. 

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa artis dibawah naungan YG Entertainment ini sememangnya sudah terkenal di Korea sebelum lagu hit mereka berjudul "Gangnam Style" menjadi fenomena luar biasa di seluruh dunia. 

Setelah melancarkan album terbarunya berjudul "4×2=8", PSY berjaya meraih pendapatan setinggi $45 juta USD.

Rujukan:

1.    Koreaboo

2.    Celebrity Net Worth

3.    Korea Joong Ang Daily

4.    Trendrr




Hakcipta iluminasi.com (2017)