Oleh pada 21 Nov 2019 kategori

m daud kilau

Kredit foto: Perak Gazette

   

"Saya hanya mahu menghabiskan sisa hidup ini, berapa lama lagi Allah bagi saya," ujar penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau.

Menurut Perak Gazette, keadaan kesihatan penghibur yang mendapat jolokan Raja Gelek Malaysia itu dilaporkan semakin merosot selepas mengalami komplikasi membuang air kecil sejak tahun 2016. 

"Selepas itu saya masih mampu lagi memenuhi undangan membuat persembahan namun setahun kemudian, kesihatan saya semakin teruk," dedahnya.

Kata penyanyi yang cukup sinonim dengan lagu Cek Mek Molek itu, dia tidak lagi mampu bergelek di atas pentas kerana berhadapan masalah sakit pinggang yang teruk.

    

biodata m daud kilau

Kredit foto: Perak Gazette

   

"Sekarang saya membuat rawatan susulan dua atau tiga minggu sekali di klinik dan hospital.

"Saya menghidap sakit kencing manis, kebas kaki dan tangan serta pinggang yang rasanya sakit sangat.

"Saya dah tak larat nak berdiri dan bergelek di atas pentas lagi. Tak boleh nak buat persembahan lagi," katanya.

Rentetan itu, beliau juga tidak lagi dapat menjayakan persembahan walaupun hanya perlu duduk menyanyi sekalipun.

Kehidupannya di Kampung Sungai Balai, Perak, dihabiskan dengan mengusahakan tanaman kelapa matag dan koko, meskipun tidak berhasil.

"Namun tanaman yang saya usahakan tak menjadi sebab saya dah tak larat. Saya berharap peminat mendoakan kesihatan saya.

"Setiap kali kalau rindukan peminat, saya tatap koleksi baju labuci yang masih saya simpan dengan rapi," katanya.

   

Sumber berita:

1. M. Daud Kilau Lupakan Dunia Hiburan

2. Selamat Tinggal Dunia Hiburan... Ini Khabar Terkini M. Daud Kilau! - "Saya Dah Tak Larat Nak Berdiri & Bergelek"

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)