Apabila kita bercakap tentang tanggungjawab alam sekitar, China bukanlah negara yang akan muncul di minda.

Ini disebabkan oleh negara paling ramai penduduk di dunia ini kehilangan 1.6 juta rakyatnya setiap tahun akibat toksin dalam udara mereka.

Akan tetapi, tiada negara yang memahami bahaya pencemaran lebih daripada China, dan ini mempunyai kesan.

Ketika negara-negara lain dilihatkan malas dalam komitmen mereka terhadap pakatan iklim dunia, China sebenarnya sedang menerajui dan berada dalam landasan untuk menjadi pemimpin dunia dalam memerangi perubahan iklim.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 7 sebab mengapa China adalah harapan terakhir untuk masa depan yang lebih hijau.

1. Permintaan rakyat China

pencemaran di china 634

Pada tahun 2008, Kedutaan Amerika Syarikat di Beijing memasang pemantau udara berkualiti rendah di bahagian atas bangunan mereka dan peranti itu menghantar tweet automatik melaporkan tahap pencemaran udara harian.

Mereka bukanlah mahu merendah-rendahkan pihak kerajan, tetapi secara tidak sengaja mendedahkan masalah utama.

Tahap pencemaran yang dilaporkan oleh kedutaan AS ini adalah jauh lebih tinggi daripada yang dilaporkan kerajaan China. Ini bermaksud bahawa kerajaan China tidak mendedahkan perkara sebenar.

Selepas itu, warga China mula merujuk kepada laporan kedutaan AS dan bukan kerajaan.

Kerajaan cuba menapisnya, mengumumkan bahawa "bacaan tersebut adalah haram", tetapi kedutaan AS meneruskan tindakan mereka.

Orang ramai mula bimbang dan mengadu tentang "rahsia kerajaan" berkenaan tahap pencemaran alam sekitar.

Biasanya, aduan seperti ini boelh membahayakan namun kerajaan China lebih bertolak ansur, membuatkan aduan semakin menjadi-jadi.

Tidak lama kemudian, kerajaan mula memberikan angka sebenar di mana mereka terpaksa menukar pendekatan mereka disebabkan oleh rakyat menuntutnya.

90% daripada rakyat China bersedia dalam mengorbankan ekonomi mereka untuk alam sekitar, dan kerajaan China terpaksa menurutinya. 

2. China lebih tegas tentang pelepasan gas rumah hijau berbanding PBB

china lebih tegas tentang pelepasan gas rumah hijau

Pada tahun 2011, China berdiri di hadapan PBB dan mengisytiharkan bahawa setiap negara ekonomi utama termasuk mereka sendiri, harus dipaksa secara sah untuk membendung pelepasan gas rumah hijau menjelang 2020.

Mereka mencadangkan untuk mengenakan tindakan kepada negara-negara yang tidak memenuhi sasaran mereka dan China secara sukarela untuk mendaftar terlebih dahulu.

Disebabkan ini, semua menjadi keliru disebabkan oleh China dianggap sebagai pusat pencemaran dunia.

Kebanyakan pemimpin dunia yang lain hanya ingin mengetahui apa yang telah dicapai oleh China. Tetapi ternyata, China sebenarnya telah melaksanakan apa yang mereka cadangkan.

Mereka mempunyai rancangan untuk mengurangkan pergantungan terhadap arang batu dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan komited untuk memuncakkan pelepasan karbon dioksida menjelang 2030, dan kemudiannya tahap pelepasan akan menurut selepas itu.

Dan rancangan ini sememangnya berhasil.

Berdasarkan kemajuan mereka setakat ini, para pakar sebenarnya percaya mereka akan melakukan lebih baik daripada yang dijanjikan.

3. China bukan pencemar alam sekitar yang paling teruk

china mungkin bukan pencemar alam sekitar paling teruk 73

Biasanya, kita dan seluruh dunia beranggapan bahawa China adalah pencemar terbesar di dunia, namun orang ramai mula mengalihkan perhatian ke Amerika Syarikat.

Secara teknikal, China mengeluarkan gas rumah hijau yang paling banyak dalam setahun, tetapi dari perspektif sejarah, mereka jauh dari yang paling teruk.

Antara tahun 1850 dan 2011, Amerika Syarikat adalah sumber 27% daripada semua pelepasan karbon dioksida, manakala China hanya menyebabkan 11% sahaja.

Malah hari ini, Amerika Syarikat mungkin sebenarnya menghasilkan lebih banyak pencemaran berbanding China.

China mengeluarkan 8.5 bilion tan gas rumah hijau setiap tahun, tetapi ini hanya kerana ekonomi mereka bergantung kepada industri.

20% daripada gas tersebut berasal dari kilang-kilang yang menghasilkan barang-barang untuk Amerika Syarikat. Syarikat-syarikat Amerika membayar kilang-kilang ini, tetapi mereka meletakkannya di China dan bukan AS untuk mengurangkan kos mereka.

Namun, pencemaran itu sebenarnya berasal dari kegiatan dan kepentingan Amerika Syarikat.

Sekiranya kita mengalihkan tanggungjawab terhadap pencemaran itu ke Amerika, jumlah 6.9 bilion tan gas rumah hijau yang dihasilkan oleh AS ketika ini akan bertambah, jauh meninggalkan angka oleh China. 

4. Inisiatif penghutanan semula

penghutanan semula di china

Salah satu sebab mengapa cuacu menjadi semakin panas dengan cepat adalah kerana kita kehilangan banyak hutan hujan.

Anda mungkin sudah mendengar bahawa hutan hujan menyerap sejumlah besar karbon dioksida, dan tanpanya kita kehilangan pertahanan semula jadi yang utama.

Dan China telah banyak melakukan usaha ke arah memperbaiki semua ini.

Sejak tahun 1981, setiap pelajar Cina berusia lebih dari 11 tahun dikehendaki untuk menanam sekurang-kurangnya satu pokok setiap tahun untuk menggalakkan peranan mereka dalam menjaga alam sekitar.

Dan tindakan ini telah melihatkan perbezaan. Pada tahun 2008 sahaja, China meningkatkan jumlah hutannya sebanyak 4.77 juta hektar.

Namun, kesan pemulihan terbesar adalah dari Tembok Besar Hijau yang mereka tanam di padang pasir Gobi.

China merancang untuk merangkumi kawasan seluas 4,500 kilometer gurun dengan 100 bilion pokok dan kesannya pasti akan menjadi luar biasa.

Dan projek Tembok Besar Hijau telah mengimbangi kehilangan karbon biomas di atas tanah sebanyak 81% akibat penebangan hutan hujan tropika sejak tahun 2003.

Sehingga kini, mereka masih belum selesai menanam pokok-pokok tersebut.

5. Bandar-bandar bebas kereta

china bakal buka bandar bebas kereta

Umum tahu bahawa kereta adalah salah satu sumber pencemaran udara terbesar di dunia.

Hari ini, kenderaan di jalan China bertanggungjawab untuk hampir satu pertiga daripada toksin di udara, namun mereka melakukan sesuatu mengenai masalah ini.

China kini sedang merancang untuk mengurangkan 5 juta yang semakin berusia dari jalan sebagai sebahagian daripada komitmen yang lebih besar untuk mengurangkan pelepasan sebanyak 17%.

Sebagai pertukaran, semakin ramai orang beralih kepada kereta elektrik. Malah, jualan kereta elektrik Tesla meningkat tiga kali ganda pada tahun lepas.

Walau bagaimanapun, idea yang paling menarik adalah Bandar Raya Besar, rancangan China untuk mewujudkan sebuah bandar yang tidak mempunyai kereta langsung.

Bandar ini bakal menempatkan 80,000 dan akan dikelilingi oleh penampan ruang hijau yang merangkumi 60% kawasan tersebut.

Ia akan mengambil masa 20 minit berjalan kaki ke seluruh bandar dan orang ramai perlu menggunakan transit awam untuk masuk dan keluar dari bandar berkenaan.

6. China mengharamkan setiap bahan pencemar

kurang beg plastik di china

China masih belum lagi mengharamkan sup sirip jerung, tetapi mereka telah mengharamkan banyak lagi perkara lain.

China adalah sebuah negera yang boleh membatasi kebebasan rakyat mereka yang mana tidak boleh dilakukan oleh negara demokratik, dan mereka menggunakan peluang ini sebaik-baiknya.

Mereka adalah negara terbesar di dunia yang mengharamkan beg plastik dan disebabkan itu, pasar raya di China telah mengurangkan penggunaan beg plastik sebanyak 66%.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah satu permulaan. Mereka juga menetapkan had ke atas bunga api yang kedengaran seperti idea bodoh, tetapi sebenarnya masuk akal.

Bunga api menghasilkan lebih banyak pencemaran daripada yang kita sedar. Dalam eksperimen, saintis menyalakan 3 bunga api dalam bilik 30 meter padu dan pencemaran naik 40 kali daripada tahap yang selamat.

Di China, di mana Tahun Baru melihatkan bunga api dinyalakan di setiap sudut, ia menambah kesan yang serius.

Segala-galanya yang boleh menambah pencemaran udara diharamkan dari kehidupan Cina.

Merokok diharamkan di Beijing kerana menyumbang kepada pencemaran udara. Malah, di beberapa tempat, China mengharamkan bacon kerana membuatkan udara terlalu banyak toksin.

7. China korbankan KDNK untuk selamatkan alam sekitar

china korbankan kdnk untuk selamatkan alam sekitar

China komited terhadap imej barunya.

Mereka telah mengakui bahawa, pada masa lalu, "Pertumbuhan KDNK China telah mengorbankan persekitarannya," tetapi rancangan mereka telah berubah di mana kini mereka telah berjanji untuk meletakkan alam sekitar di hadapan.

Negara itu telah mengetepikan RM27 trilion untuk memenuhi matlamat pengurangan gas rumah hijau mereka.

Mereka bercadang untuk pergi lebih jauh lagi, di mana mereka komited untuk sentiasa memeriksa kemajuan dan meningkatkan matlamat mereka sebaik mungkin.

Ketika Amerika Syarikat mula bercakap tentang menarik diri dari Perjanjian Paris, China tidak mengubah rancangan mereka.

Sebaliknya, mereka mengisi jurang itu dengan membelanjakan RM12.8 bilion dalam membantu program iklim negara-negara membangun yang lain.

Hari ini, China mengkritik Amerika Syarikat kerana tidak cukup berusaha untuk melindungi alam sekitar.

Rujukan:

1. Reuters

2. Next Big Future

3. Mongabay




Hakcipta iluminasi.com (2017)