Dalam memberikan nama kepada sesuatu tempat, binaan atau bangunan ada kalanya nama individu tertentu telah diabadikan padanya sebagai satu penghormatan atau penghargaan tertinggi.

Namun, tahukah anda terdapat juga beberapa perkataan popular sebenarnya berasal daripada nama beberapa manusia dalam sejarah? Perkataan sebegini dikenali sebagai eponim. Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 7 perkataan popular yang sebenarnya diambil daripada nama individu tertentu dalam sejarah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1.  Nicotine (Nikotin)

sejarah nikotin 250

Nikotin merupakan bahan utama dalam rokok yang menyebabkan ketagihan terhadap rokok. Namun, tahukah anda perkataan nikotin itu sebenarnya diinspirasikan daripada nama seorang pegawai Perancis bernama Jean Nicot?

Ketika beliau kembali ke Perancis pada tahun 1561 daripada tugasnya sebagai duta di Portugal, beliau telah membawa pulang bersamanya sejenis tumbuhan tembakau yang didakwa boleh menyebabkan ketagihan. Tumbuhan unik ini mendapat perhatian daripada pihak Istana Perancis.

Nicot telah diperkenalkan kepada tembakau semasa beliau di Lisbon di mana ia telah dihancurkan dan digunakan sebagai ubat untuk merawat pelbagai penyakit. Selepas membuktikan keberkesanannya kepada Permaisuri Catherine de Medici sebagai cara untuk menyembuhkan sakit kepalanya, aktiviti pengambilan nikotin menjadi aktiviti popular di Paris.

Pada 1753, pakar tumbuh-tumbuhan Sweden, Carl Linnaeus menamakan spesis tembakau tersebut sebagai "Nicotiana" sebagai penghormatan kepada Jean Nicot. Bahan aktif dalam tembakau yang menyebabkan ketagihan ini juga dinamakan "nikotin" sebagai penghargaan kepada Jean Nicot. 

2. Boycott (Boikot)

asal usul perkataan boycott 567

Charles Boycott bukanlah seorang individu popular di Ireland pada tahun 1880-an. Selepas menamatkan perkhidmatan sebagai Kapten dalam pasukan tentera British, beliau berkhidmat sebagai Pengurus sebuah estet di County Mayo dan menguruskan tanah-tanah milik Lord Erne.

Lord Erne merupakan orang kaya yang hidup mewah dengan mengenakan kadar sewa yang tinggi kepada para penyewa tanahnya. Charles Boycott adalah individu yang ditugaskan untuk mengutip bayaran sewa dan mengusir keluar sesiapa sahaja yang gagal membayar sewa.

Sebuah organisasi yang membela hak pekerja Ireland, Irish National Land League, telah mengarahkan Charles Boycott menurunkan kadar bayaran sewa. Beliau menolak tuntutan tersebut sehingga menyebabkan kesatuan pekerja ini bertindak memprotesnya.

Akibatnya, pekerja tempatan enggan menuai tanamannya. Kedai-kedai tidak akan memberikan khidmat jual beli kepadanya. Jiran-jiran tidak mengendahkannya. Penghantar surat enggan memberikan surat kepadanya. Charles Boycott terpaksa mengupah pengawal bersenjata untuk melindungi pekerja yang diimport dari utara Ireland untuk menuai tanamannya dan namanya menjadi sinonim dengan taktik protes yang digunakan terhadapnya.

3. Silhoutte (Siluet)

perkataan siluet 549

Dalam dunia fotografi, siluet boleh dedefinasikan seperti teknik subjek dalam bentuk bayang-bayang berwarna hitam. Bagi yang tidak tahu, perkataan Silhoutte (Siluet) ini diambil daripada nama seorang Menteri Kewangan Perancis yang bernama Étienne de Silhouette.

Teknik siluet sebenarnya berasal daripada gambar profil bayang-bayang yang dipotong dari kertas hitam yang menjadi bentuk seni yang popular pada tahun 1700-an dan 1800-an.

Perlantikan Étienne de Silhouette pada tahun 1759 oleh Madame de Pompadour, seorang gundik King Louis XV ketika Perancis pada masa itu mengalami defisit kewangan yang teruk. Walaupun tempoh pentadbirannya tidak lama, beliau sering dihina kerana langkah-langkah penjimatan yang dilakukannya untuk mengembalikan ekonomi Perancis.

Ungkapan "a la Silhouette" digunakan secara meluas ketika itu untuk menggambarkan melakukan sesuatu yang murah, dan nama pembiaya ditulis ke atas keratan kertas dan dipandang rendah oleh para elit sebagai alternatif yang murah untuk lukisan dan patung.

4. Cardigan (Kardigan)

baju sejuk kardigan 609

Kardigan merupakan sejenis kain yang biasanya digunakan untuk menghasilkan jaket atau pakaian musim sejuk. Kita mungkin jarang melihat rakyat Malaysia memakainya kerana cuaca negara kita yang sudah sedia panas sepanjang tahun.

Perkataan kardigan itu sebenarnya berasal daripada James Brudenell yang memegang gelaran 7th Earl of Cardigan. Beliau dianggap sebagai hero British dalam peperangan dan beliau juga terkenal sebagai individu yang mempunyai citarasa fesyen pakaian yang tinggi.

Pakaian yang dipakainya telah dicipta khas baginya dan pegawai-pegawai atasannya bagi membezakan mereka dengan askar-askar yang lain. Populariti James Brudenell menyebabkan jaket dan baju sejuk kardigan menjadi begitu popular serata dunia terutamanya di kawasan beriklim sejuk.

5. Decibel (desibel)

alexander graham bell

Decibel adalah unit logaritma yang digunakan untuk menyatakan nisbah antara dua nilai kuantiti fizikal, yang biasanya digunakan untuk mengukur "kekuatan" bunyi. Satu desibel adalah bersamaan satu persepuluh dari satu bel.

"Bel" merupakan unit ukuran yang dinamakan sempena Alexander Graham Bell, seorang saintis Scotland yang terkenal, pencipta dan jurutera yang dikreditkan dengan mencipta telefon praktikal pertama.

6. Casanova (Kasanova)

maksud kasanova

Perkataan kasanova merujuk kepada lelaki yang sangat mencintai wanita. Ianya juga mungkin bermaksud lelaki yang meminati ramai wanita sehingga tidak keterlaluan dianggap sebagai buaya darat.

Tahukah anda, perkataan kasanova ini sebenarnya diinspirasikan daripada seorang  individu bernama Giacomo Casanova. Beliau merupakan seorang pengembara dari Itali dan seorang bangsawan pada abad ke 8. Beliau juga dikenali sebagai individu yang menjalinkan hubungan dengan ramai wanita.

7. Sandwich

sejarah sandwich

Sesiapa sahaja passti tahu apa itu sandwich, sejenis hidangan berasaskan roti yang biasanya dihidangkan ketika sarapan bagi. Namun, tahukah anda daripada mana asalnya nama hidangan ini?

Sekitar tahu 1762, seorang bangsawan British bernama John Montagu sedang berjudi. Namun kerana kelaparan, beliau telah mengarahkan orang suruhannya untuk menyediakan hidangan untuknya. Kerana tidak mahu mengotorkan tangannya, beliau menyuruh pembantunya itu meletakkan kepingan daging diantara 2 keping roti.

John Montagu turut memegang gelaran Earl of Sandwich. Akibat daripada hidangan yang unik ini, ianya telah diberikan nama sandwich sempena gelaran yang dimilikinya.

Kredit:

  1. History
  2. Wikipedia
  3. Britannica Encyclopaedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)