Sesebuah peperangan boleh terjadi atas pelbagai sebab. Namun yang pasti kos untuk setiap peperangan adalah sangat mahal dan lebih menyedihkan perbelanjaan untuk peperangan biasanya menggunakan duit cukai yang dikutip daripada rakyat.

Apabila bajet negara dibentangkan (tidak kira mana-mana negara sekalipun), kebiasaannya orang ramai akan mengadu tentang bajet besar yang diperuntukkan untuk pertahanan kerana jumlahnya agak besar. Negara seperti Amerika Syarikat dan Russia misalnya membelanjakan berjuta-juta dolar hanya untuk membuat satu kepala peledak nuklear dan kedua negara ini mempunyai ratusan senjata ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Satu ketika dahulu kami pernah menulis mengenai 10 peperangan dengan angka korban paling besar dan kali ini kami ingin kongsikan pula senarai 7 peperangan yang menelan perbelanjaan paling besar di dunia. Kos yang dinyatakan sudah diselaraskan dengan nilai matawang kini termasuklah mengambil kira kadar inflasi.

7. Perang Korea

perang korea

Perang Korea ialah perang yang berlaku antara Korea Utara dan Korea Selatan dari 25 Jun 1950 hingga 27 Julai 1953. Peperangan bermula pada 25 Jun 1950 apabila Korea Utara menyerang Korea Selatan berikutan pertempuran di sepanjang sempadan dan pemberontakan di Korea Selatan.

Apabila berakhir pada tahun 1953, jumlah kos dalam perang in dianggarkan sekitar $30 bilion. Dilaraskan untuk inflasi, jumlah ini bersamaan dengan lebih $308 bilion denngan nilai wang masa kini. Perang ini berlangsung selama tiga tahun dan mengorbankan 36,000 nyawa tentera Amerika serta lebih satu juta orang awam Korea Selatan dan 200,000 orang awam Korea Utara.

6. Perang Vietnam

perang vietnam 401

Walaupun perang bermula pada 1959, AS terlibat di Vietnam pada 1965 dan tinggal di sana sehingga 1973. Sepanjang lapan tahun itu, lebih $168 bilion telah dibelanjakan termasuk $28.5 bilion yang telah diberikan sebagai bantuan kepada rakyat Vietnam Selatan.

Jumlah itu jika diambil kira kadar inflasi berjumlah lebih satu trilion. Ia kira-kira $1.25 trilion jika anda mengambilnya dari tahun 1969. Kos perang di Vietnam masih berterusan sehingga ke hari ini kerana veteran dan keluarga mereka diberi pampasan pada kadar tahunan $22 bilion. Sejak 1970, faedah yang telah dibayar berjumlah kira-kira $270 bilion.

5. Perang di Iraq

perang di iraq

AS terlibat dalam perang di Iraq dari 2003 hingga 2011. Tentera mereka telah tinggal di negara itu tanpa henti sejak perang. Kos perbelanjaan dianggarkan sekitar $1.9 trilion. Angka ini meliputi pelbagai perbelanjaan, sebahagian besarnya digunakan untuk perbelanjaan harian perang.

Namun, dianggarkan satu pertiga daripada jumlah yang diperuntukkan untuk kontrak dibelanjakan untuk tuntutan palsu oleh kontraktor terlibat membekalkan segala peralatan untuk keraaan.

4. Perang di Afghanistan

perang di afghanistan 623

Perang di Afghanistan yang tidak menampak kesudahannya dikatakan telah menelan belanja sekitar $2.3 trilion. Jumlah ini bersamaan sekitar $300 juta setiap hari selama bertahun-tahun. Sejumlah $800 bilion digunakan untuk kos langsung, perkara seperti gaji untuk askar dan peralatan.

$85 bilion lagi dibelanjakan untuk melatih tentera Afghanistan. $750 juta lagi digunakan untuk membayar gaji tentera Afghanistan. Kos lain termasuk wang yang dibelanjakan untuk membantu veteran yang cedera serta faedah bunga ke atas semua wang yang dibelanjakan.

3. Perang 1812

perang 1812

Salah satu peperangan terawal dalam sejarah Amerika, Perang 1812 terbukti menjadi kemelut kewangan sejak sekian lama dan yang mengambil masa hampir 20 tahun untuk membuahkan hasil. Menjelang akhir perang, kerajaan telah membelankan sekitar $158 juta. Lebih daripada $90 juta daripada itu digunakan untuk membayar Tentera dan Tentera Laut.

Apabila jumlah ini diambil kira kadar inflasi, jumlahnya sekitar $2.8 trilion pada nilai masa kini. Kerajaan AS ketika itu tidak mampu membayar gaji askar dan kerajaan terpaksa menawarkan tanah kepada askar sebagai pertukaran untuk perkhidmatan mereka, menjanjikan sehingga 320 ekar untuk mana-mana askar yang bertahan sehingga tamat perang,

2. Perang Dunia Pertama

perang dunia pertama 237

Walaupun tidak semahal Perang Dunia Kedua, kos Perang Dunia Pertama adalah antara $185 bilion dan $208 bilion. Namun apabila mengambil kira kadar inflasi d tahun 1918, jumlah itu kini sekitar $3.3 trilion. Negara Jerman membelanjakan paling banyak wang sekitar $686 billion pada nilai masa kini.

AS pula membelanjakan sekitar $414 bilion manakala British pula sekitar $641 bilion. Akibat Perang Dunia Pertama kini, Jerman mengalami hiperinflasi dan revolusi membangunkan kembali ekonomi Jerman inilah telah membuka jalan kepada Adolf Hitler untuk menjadi hero membangunkan kembali ekonomi Jerman. 2

1. Perang Dunia Kedua

perang dunia kedua

Sekiranya diambil kira kadar inflasi, diandaikan bahawa Perang Dunia Kedua telah menelan kos se $4.7 bilion. Pada tahun terakhir perang, wang yang dibelanjakan adalah 40% daripada jumlah KDNK Amerika Syarikat.

Sebahagian daripadanya datang dari skala Perang Dunia II yang cuku besar. Tentera hari ini mungkin mempunyai 2.5 juta anggota berbanding Perang Dunia I apabila 12.2 juta dikerahkan. Untuk membantu mengekalkan lelaki dalam tentera, prebet dibayar $50 sebulan dan jumlah itu lebih banyak daripada kebanyakan gaji profesional ketika itu.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)