O

Biasanya, pembinaan yang besar dan berteknologi tinggi menelan kos yang sangat besar. Jika anda menonton drama TV3 di mana terdapat babak CEO syarikat membincangkan projek RM100 juta dan anda rasa ia adalah sebuah projek yang besar, anda silap.

Kos-kos utama yang membuatkan sesebuah projek itu menelan belanja yang besar termasuklah bayaran kepada buruh kasar, bahan mentah, perancangan, penyelidikan, merekabentuk, dan banyak lagi. Kos akan semakin bertambah jika berlaku sebarang kesilapan, atau penundaan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi 10 binaan yang menelan kos paling mahal di dunia.

10. Burj Khalifa, UAE

burj khalifa 523

Dengan ketinggian hampir 830 meter, Burj Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia ketika ini. Kos untuk menyiapkan bangunan 136 tingkat dikatakan agak rendah iaitu RM6.31 billion, berbanding dengan masa yang diambil untuk menyiapkannya yang agak lama, iaitu 6 tahun.  

9. Heathrow Terminal 2, United Kingdom

terminal 2 heathrow 854

Dengan nama jolokan "The Queen's Terminal", Terminal 2 Heathrow merupakan bahagaina baru Lapangan Terbang Heathrow, London. Ia mula dibina pada tahun 2010, dan fasa pertama pembinaannya telah siap pada tahun 2014, manakala fasa ke-2 dijangka siap pada tahun 2020. Kebanyakan pembinaan bangunan ini dilakukan di kawasan lain bagi mengurangkan kos disebabkan lapangan ini sentiasa sibuk, antara yang tersibuk di dunia. 

Walaupun mahu berjimat, kos pembinaannya mencecah RM14.3 billion.

8. Large Hadron Collider, Switzerland

large hadro collider

Terletak 175 meter bawah tanah di antara sempadan Perancis dan Switzerland, Large Hadron Collider merupakan binaan ke-8 termahal di dunia. Ia dibina bertujuan mencari dan mengkaji zarah Higgs Boson. 

Infrastruktur ini dibina oleh Pertubuhan Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) pada tahun 1998, dan siap 10 tahun kemudian. Walaupun menelan kos belanja yang sangat mahal iaitu RM24.4 billion, hampir 4 kali ganda kos pembinaan Menara Berkembar Kuala Lumpur, namun para saintis bersetuju ia perbelanjaan yang berbaloi kerana ia merupakan pemecut zarah paling besar dan pantas di dunia.

7. Jambatan Oakland Bay, Amerika Syarikat

jambatan oakland bay

Oakland Bay Bridge dikatakan antara jambatan yang paling menakjubkan di dunia, dengan panjang 3,048 meter dan berketinggian 176 meter. Jambatan yang menyambungkan Oakland dan San Francisco ini mula dibina pada tahun 1933. Namun pada tahun 2002, bahagian timur jambatan ini dirobohkan dan dibina semula. 

Ia kemudiannya dibuka semula pada tahun 2013, yang mampu menampung 250,000 buah kenderaan setiap hari. Kos keseluruhan pembinaan jambatan ini adalah RM27 billion.

6. Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

lapangan terbang antarabangsa hong kong 647

Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong merupakan lapangan terbang termahal di dunia. Ia dibina menggantikan Lapangan Terbang Kai Tak yang dilihatkan tidak sesuai lagi menjadi lapangan terbang utama Hong Kong. Kerajaan Hong Kong kemudiannya membuat perancangan yang mengambil masa beberapa tahun untuk membina lapangan terbang, yang jauh daripada kawasan penempatan.

Akhirnya Pulau Chek Lap Kok dipilih sebagai lokasi baru dan lapangan terbang ini siap pada tahun 1998, sebagai lapangan terbang terbesar di dunia ketika itu. Lapangan terbang ini menelan kos belanja RM84 billion, hampir 6 kali ganda kos pembinaan KLIA 2.

5. London Crossrail, United Kingdom

london crossrail 320

Londos Crossrail adalah sistem landasan kereta api sepanjang 118 kilometer yang sedang dibina merentasi beberapa bahagian London dan daerah Berkshire, Buckinghamshire dan Essex. Kos pembinaannya dikatakan agak kecil berbanding dengan saiz kawasan yang dilalui landasan ini. 

Ia dibina sebagai perkhidmatan penumpang berkelajuan tinggi, bagi menggantikan beberapa sistem lama yang sedang beroperasi ketika ini. Kos keseluruhan dianggarkan sebanyak RM90.72 billion, dan akan dibuka kepada orang ramai pada Disember 2018.

4. Stesen Kuasa Nuklear Hinkley, United Kingdom

stesen kuasa nuklear hinkley

Disebabkan kos belanja yang sangat tinggi, tiada negara Eropah yang membina pusat janakuasa nuklear dalam jangka masa 10 tahun lepas. Namun, United Kingdom sedang dalam perancangan membina Stesen Kuasa Nuklear Hinkley, di Somerset, England.

Projek ini dicadangkan pada tahun 2010, dan diluluskan pada tahun 2016. Ia kini sedang dalam persiapan dan akan mula dibina pada tahun 2019. Ia dijangka siap menjelang tahun 2023, dengan kos belanja RM109.2 billion.

3. Loji Gas Chevron Gorgon, Australia

loji gas chevron gorgon 782

Dengan kos RM226.8 billion, Loji Gas Chevron Gorgon merupakan binaan ke-3 paling mahal dicatatkan dalam sejarah. Ia merupakan sebuah fasiliti gas semulajadi yang tersangat luas, terletak di Western Australia, Australia.

Ia dibina di Pulau Barrow, bagi mengambil kesempatan ke atas medan gas yang mempunyai gas asli cecair. Projek ini merupakan usaha sama beberapa syarikat termasuklah Chevron Australia (47% saham dan pengendali projek) , Shell Development Australia (25%), Mobil Australia Resources (25%), Osaka Gas (1.25%), Tokyo Gas (1%) dan Chubu Electric Power (0.417%). 

2. Masjidil Haram , Mekah

masjidil haram

Mekah merupakan antara tempat paling ramai dilawati di dunia, iaitu anggaran 15 juta pengunjung setiap tahun. Ia sentiasa ditambahbaik dan dinaiktaraf. Keluarga diraja Arab Saudi telah bersetuju untuk melengkapkan pengubahsuaian Masjidil Haram. Pengubahsuaian tersebut melibatkan pembinaan dan penaiktarafan beberapa bahagian termasuklah pembinaan jalan baru.

Anggaran kos keseluruhan pengubahsuaian Masjidil Haram mencecah RM420 billion.

1. Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)

stesen angkasa antarabangsa

Berada di tangga pertama binaan manusia paling mahal di dunia adalah Stesen Angkasa Antarabangsa atau International Space Station (ISS). Walaupun secara teknilak ia bukanlah bangunan, tetapi ia merupakan satu binaan. Prasarana menelan belanja sebanyak RM672 billion, dan dibiayai oleh beberapa negara. Amerika Syarikat merupakaan penyumbang terbesar iaitu lebih daripada RM420 billion, manakala selebihnya dibiayai oleh Kesatuan Eropah, Rusia, Jepun dan Kanada.

Projek ini merupakan respon kepada ucapan Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan pada tahun 1984, ketika itu yang berkata mereka akan membina stesen angkasa dalam masa 10 tahun.

Model pertama ISS iaitu Zarya, dilancarkan pada 20 November 1998 melalui sebuah roket Rusia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)