Saban hari, China semakin melonjak jauh sebagai negara industri terbesar dunia.

Dengan ini, negara ini menghasilkan jumlah jutawan dan bilionaire yang tersangat ramai dalam tempoh yang singkat.

Ketika ini, 8 warga China berada dalam senarai 50 manusia terkaya di dunia dengan jumlah gabungan kekayaan melebihi RM1 trilion. 

Malah, China mempunyai 338 bilionaire, yang kedua teramai di dunia selepas Amerika Syarikat dengan 680 orang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

billionaire china 2

Itu belum dikira jumlah rakyat China yang hanya bergelar jutawan.

Dan dengan kekayaan sebegini rupa ditambah dengan tabiat membeli yang tak masuk akal oleh warga China, iluminasi.com kongsikan 7 pembelian mewah dan termahal oleh jutawan China.

7. Anjing berdarah singa - RM8.4 juta

tibetan mastiffs

Orang-orang kaya di dunia ini cenderung untuk mempunyai teman berkaki empat, seperti Paris Hilton dan chihuahuanya, Tinkerbell. Namun biasanya harga untuk haiwan ini tidaklah mencecah RM8.4 juta.

Itulah harga bagi seekor anjing Tibetan Mastiff, mempunyai rupa seperti seekor singa dan bertubuh besar, yang dibeli oleh seorang pemaju hartanah China.

Anak anjing ini mempunyai berat kira-kira 90 kilogram dan dianggap oleh peternak mempunyai "darah singa" yang akan menjadikannya spesis mastiff yang paling hebat di dunia. "mastiff top-of-the-range stud ".

Walaupun pembelian bernilai RM8.4 juta pada awal 2014 ini mencipta rekod bagi pembelian haiwan peliharaan, namun Tibet Mastiffs telah lama diiktiraf sebagai simbol status untuk orang kaya Cina sejak 2011, apabila seekor anjing yang sama dijual dengan harga RM6.2 juta.

6. Apartment termahal di Australia - RM103 juta

apartment termahal di australia

Bangunan tertinggi di Melbourne, Australia masih sedang dibina tetapi dijangka akan siap pada 2019.

Terletak di tingkat teratas bangunan ini, sebuah penthouse megah dan mewah yang meliputi 750 kaki persegi, akan menjadi milik seorang ahli perniagaan China.

Digambarkan sebagai warga China yang tersangat kaya dan berprivasi tinggi serta keluarga yang menghabiskan masa di New York, London dan pelbagai bahagian di China, pembeli beruntung ini akan menikmati privasi dari tingkat 100 dengan pandangan 360 darjah bandar Melbourne.

Bersama dengan lif kaca untuk membawanya dari pintu masuk peribadi di tingkat 98, penthouse ini juga akan mempunyai tangga berpusing tiga tingkat dan halaman atas bumbung peribadi untuk melihat bintang malam.

Ahli perniagaan ini mungkin juga disertai oleh rakan senegaranya, kerana laporan menunjukkan bahawa pembeli China membeli sekitar 12% dari rumah baru ini di Australia.

5. Kereta termahal di China - RM3.3 juta

hongqi l5

Seorang ahli perniagaan China menjadi pemilik pertama kereta sedan mewah, Hongqi L5, apabila dia memesannya dengan harga RM3.3 juta dari China Auto Show 2014.

Walaupun ia bukanlah kereta paling mahal di dunia, Hongqi menduduki senarai kereta paling berharga yang pernah dikeluarkan oleh China.

Dengan "hongqi" yang membawa maksud "bendera merah", dan dengan model-model sebelumnya berkhidmat sebagai kereta rasmi Parti Komunis, pembelian kereta Hongqi moden ini seolah-olah satu pilihan patriotik.

Atau pembelian ini mungkin mempunyai kaitan kerajaan China yang mula mengharamkan beberapa jenama asing, termasuk Audi dan BMW pada tahun 2011, untuk menggalakkan lebih banyak pengeluaran domestik.

4. Cawan ayam - RM144 juta

cawan ayam berharga rm144 juta

Bagi sesetengah rakyat China yang tersangat kaya, mengumpul barangan antik dianggap sebagai satu pelaburan yang baik.

Di rantau ini, kemungkinan tiada pembelian antik yang mampu mengalahkan pembelian oleh Liu Yiquan pada tahun 2014, apabila dia membeli sebuah "cawan ayam" dengan harga RM144 juta.

Ia digelarkan cawan ayam kerana lukisan ayam yang terdapat di bahagian tepi.

Porselin yang jarang ditemui bersaiz sebesar tapak tangan ini berusia lebih daripada 500 tahun dan dianggap sebagai "cawan suci" dalam seni China.

liu yiqian

Liu menggunakan cawan antik itu untuk meminum teh ketika ia masih berada di tapak lelongan dan gambar tersebut menjadi viral yang mencetuskan kemarahan di seluruh China di atas paparan kekayaannya yang dianggap tidak wajar.

Pembelian ini juga membolehkan Liu menerima 422 juta mata American Express, selepas dia perlu meleretkan kad kreditnya sebanyak 24 kali untuk menyelesaikan transaksi.

3. Permaidani sutera - RM185 juta

thangka tibet permaidani sutera berharga rm185 juta

Liu Yiquan sekali lagi menjadi tumpuan pada tahun 2014 apabila membeli "thangka" Tibet, sebuah permaidani sutera yang terdapat seunit sahaja di dunia, dengan harga melebihi RM185 juta.

Pembelian ini mencipta rekod baru bagi item seni China yang dijual dalam lelongan antarabangsa.

Liu mengakui bahawa lelongan itu berlangsung dalam situasi yang sangat sukar dengan harga akhir yang berpatutan.

Kemenangan itu membolehkan jutawan ini menjadi tajuk utama akhbar dan menambah koleksi di muzium miliknya, Muzium Long.

2. Hotel paling mahal di dunia - RM8 bilion

hotel waldorf astroria dibeli jutawan cina dengan harga rm8 bilion

Jika penthouse di Australia bernilai RM103 juta masih belum cukup menakjubkan, mungkin pembelian Hotel Waldorf Astoria di New York City ini boleh buat anda terkesima.

Dengan harga lebih daripada RM8 bilion, sekumpulan ahli perniagaan China dan syarikat insurans telah mengambil alih bangunan bersejarah di kota metropolitan ini pada hujung tahun 2014, dengan deposit sebanyak RM420 juta.

Dahulu yang dimiliki oleh keluarga Hilton, hotel ini terletak di atas Stesen Grand Central dan terkenal dengan reka bentuk Art Deco serta salad terkenal termasuk apel, walnut, dan mayonis.

1. Majlis perkahwinan - melebihi RM130 juta

perkahwinan termahal di china

Kebanyakan ibu bapa berkemungkinan bersetuju bahawa perkahwinan anak mereka adalah satu peristiwa yang paling gembira untuk diraikan dan ramai ibu bapa juga yang sanggup menyumbangkan sejumlah wang bagi merealisasikan impian mereka.

Tetapi bagi Xing Libin, pengerusi syarikat lombong arang batu Shanxi, tiada perbelanjaan yang dianggap sebagai keterlaluan untuk hari bersejarah anak perempuannya yang dilangsungkan pada tahun 2012.

Dikabarkan bahawa majlis perkahwinan tersebut menelan kos lebih daripada RM45 juta telah menelan belanja lebih dari $ 11 juta.

perkahwinan termahal di china 3

Antara perkara yang dilakukan oleh Xing adalah menggunakan 3 jet peribadi untuk menerbangkan ahli keluarga dan rakannya ke majlis tersebut, serta bilik-bilik di hotel 5 bintang seperti Marriot, Ritz, dan Hilton.

Tak cukup dengan itu, mas kahwin anak perempuannya terdiri daripada 6 buah kereta Ferrari.

Walau bagaimanapun, acara mewah ini telah ditenggelamkan oleh satu lagi perkahwinan China yang juga bernilai jutaan ringgit, menampilkan sebuah Ferrari merah, namun diikuti dengan konvoi 30 buah Rolls-Royce Phantom dan armada motosikal mewah.

Dan kos bagi majlis ini, adalah 3 kali ganda yang dikeluarkan oleh Xing Libin.

Rujukan:

1. QZ

2. Wall Street Journal

3. News




Hakcipta iluminasi.com (2017)