China kini telah membangun pesat menjadi antara kuasa dunia yang paling kuat dalam pelbagai sektor.

Antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan ini termasuklah populasi yang menghampiri 1.4 bilion orang.

Namun begitu, negara ini masih tergolong dalam negara berstatus membangun. KDNK per kapita China pada tahun 2017 hanyalah 80% daripada purata KDNK dunia, dan berada di kedudukan ke-71 dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ia agak mengejutkan memandangkan ekonomi China adalah yang kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. iluminasi.com kongsikan 10 fakta mengejutkan mengenai China yang ramai tak tahu.

1. Pencemaran yang dahsyat

pencemaran udara yang sangat teruk di china

Pencemaran udara di China telah sampai di tahap yang sangat buruk sehinggakan ia dikaitkan dengan 33% daripada kematian di negara ini.

Masalah ini membuatkan sesetengah rakyat China mula membeli udara bersih dalam bekas daripada negara seperti Kanada dan United Kingdom.

Sekitar 80% daripada air bawah tanah di China telah tercemar.

2. Tembok Besar China

tembok besar china 978

Kebanyakan peninggalan Tembok Besar China yang kita lihat pada hari ini adalah berasal dari Dinasti Ming dengan panjang 8,851 km. Jumlah panjang keseluruhan Tembok Besar China adalah 21,196 kilometer.

Beberapa bahagian tembok ini dibina seawal abad ke-7 SM. Dan apa yang paling menakjubkan adalah sesetengah daripada bata-bata yang membina tembok ini dilekatkan dengan campuran beras dan tepung.

3. Masalah daripada populasi

rumah gua di china

Populasi yang tersangat ramai sudah tentu mencetuskan pelbagai masalah sosial. Antaranya termasuklah kemiskinan, tiada tempat tinggal dan banyak lagi.

Di China, lebih daripada 30 juta rakyat tinggal di dalam "rumah gua", yang diukir ke dalam batu. Selain itu, lebih daripada 82 juta rakyat China hidup dengan belanja kurang daripada RM4 sehari.

4. Kebaikan daripada populasi

bandar stokin di datang china

Dan kebaikan yang datang daripada populasi tertinggi di dunia sudah tentunya dari segi pengeluaran. China merangkumi 25% daripada pengeluaran produk dunia.

Sebagai contoh, negara ini menghasilkan 70% telefon pintar dan 60% kasut yang ada di dunia. Dan yang terbaru, 1 daripada 3 pasang stokin di dunia di hasilkan di Datang, di wilayah Zhejiang yang mana telah diberikan nama gelaran "Bandar Stokin".

5. Peneraju infrastruktur

pencakar langit di china

Selain daripada pengeluaran, populasi tinggi juga menyumbang kepada kepesatan pembinaan infrastruktur.

Dalam hanya masa 3 tahun di antara tahun 2011 dan 2013, China telah menggunakan lebih banyak simen berbanding jumlah yang digunakan oleh Amerika Syarikat sepanjang abad ke-20.

China juga menerajui dunia dalam pembinaan pencakar langit. Pada tahun 2017 sahaja, China telah membina 76 pencakar langit, diikuti oleh tempat kedua iaitu Amerika Syarikat dengan 10 pencakar langit.

6. Penyepit kayu dan "ketchup"

penyepit kayu

Penyepit kayu adalah alatan yang sangat sinonim dengan orang Cina. Mereka menggunakan alatan ini untuk memakan apa sahaja daripada mi sehinggalah kepada nasi dan lauk pauk.

Disebabkan penggunaan yang meluas, hampir 20 juta pokok ditebang setiap tahun hanya untuk menghasilkan 80 bilion penyepit pakai buang di China.

Selain daripada digunakan sendiri, China juga mengeksport penyepit pakai buang ini, menjelaskan mengapa terlalu banyak pokok perlu ditebang.

Perkataan "ketchup" bukanlah berasal daripada bahasa Inggeris yang memberikan makna "sos tomato" dalam Bahasa Melayu. "Ketchup" berasal dari China yang iaitu "ke-tsiap" yang bermaksud sos ikan.

7. Bandar mega

penduduk china yang ramai

Di Malaysia, hanya terdapat 1 bandar yang mempunyai penduduk melebihi 1 juta iaitu tak lain dak tak bukan adalah bandar Kuala Lumpur.

Namun, ia sangat berbeza dengan negara berpopulasi 1.4 bilion orang ini di mana ia mempunyai 102 bandar dengan populasi melebihi 1 juta orang.

Tak cukup dengan itu, China mempunyai 16 bandar mega dengan populasi melebihi 10 juta penduduk. Bandar dengan penduduk tertinggi iaitu lebih daripada 44 juta penduduk adalah Guangzhou.

Bayangkan, hanya populasi sebuah bandar melebihi populasi rakyat Malaysia.

7. Populasi khinzir tertinggi

populasi khinzir di china adalah tertinggi di dunia

Selain daripada populasi manusia tertinggi, China juga merupakan negara dengan populasi khinzir tertinggi. Separuh daripada populasi khinzir di dunia tinggal dan mati di China.

Rakyat China memakan sekitar 52 juta tan daging khinzir setiap tahun, dengan purata sebanyak 34 kilogram bagi setiap penduduk.

8. Sejarah layang-layang

sejarah layang layang

Pasti ramai di antara pembaca iluminasi.com yang sempat mempunyai pengalaman bermain layang-layang sebelum kewujudan teknologi telefon pintar.

Layang-layang sebenarnya berasal dari China seawal tahun 475 SM. Pada mulanya, ia bukanlah untuk digunakan bagi tujuan rekreasi tetapi digunakan dalam komunikasi tentera.

9. Kereta api laju

fuxing hao

Jika disebutkan mengenai kereta api laju "bullet train", pastinya Jepun bermain di minda. Namun, China adalah negara yang memiliki sistem kereta api bullet terpantas di dunia.

Kereta api Fuxing Hao mampu mencapai kelajuan 400 kilometer sejam, meninggalkan kereta api Jepun iaitu Shinkansen dengan kelajuan 360 kilometer sejam.

10. Bendera China

bendera china

Jika dilihatkan pada reka bentuk bendera China ketika ini yang sangat ringkas, pasti anda sendiri berasa anda boleh menghasilkannya.

Namun, bendera yang digunakapakai sejak pada tahun 1949 ini dipilih daripada satu pertandingan yang terdiri daripada hampir 3,000 penyertaan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)