Memang tak dapat disangkal bahawa berniaga adalah cara yang paling hebat untuk mengumpul kekayaan dunia.

Jika anda lihat senarai manusia terkaya, boleh dikatakan kesemuanya kekayaan tersebut datang daripada hasil berniaga.

Hal ini berlaku di seluruh dunia termasuklah di Jepun. Jepun sememangnya terkenal sebagai salah sebuah negara yang memiliki teknologi paling canggih.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan antara 5 manusia terkaya di Jepun dan perniagaan yang dijalankan.

5. Masatoshi Ito - 7 Eleven

masatoshi ito manusia terkaya di jepun

Masatoshi Ito adalah pengerusi kehormat kumpulan runcit Seven & i Holdings, yang memiliki jenama kedai serbaneka 7-Eleven.

7-Eleven mempunyai kira-kira 20,000 cawangan di Jepun dan lebih daripada 66,000 buah cawangan di seluruh dunia.

Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang menjalankan rangkaian kedai runcit, Masatoshi menyertai syarikat keluarganya.

seven i holdings

Beliau kemudiannya mengambil alih perniagaan tersebut selepas kematian abangnya.

Syarikat tersebut kemudiannya dikembangkan yang kini dikenali sebagai Seven & i Holdings dan yang hari ini mengendalikan kedai-kedai Jepun seperti Sogo dan Seibu, pasaraya termasuklah Ito-Yokado dan dan jenama kedai serbaneka 7-Eleven yang diperolehi pada tahun 1991.

Kekayaan Masatoshi Ito dianggarkan bernilai RM13.8 bilion.

4. Masahiro Miki - ABC Mart

masahiro miki manusia terkaya di jepun

Masahiro Miki adalah pengasas dan pemegang saham terbesar ABC-Mart, peruncit kasut diskaun Tokyo. Beliau mengasaskan syarikat Kokusai Boeki Shoji pada tahun 1980-an ketika berusia 30 tahun.

Nama Kokusai Boeki Shoji kemudiannya ditukarkan pada tahun 1990 kepada ABC-Mart dan disenarai awam pada tahun 2002.

Jenama rangkaian kedai kasut ini kini mempunyai kedai di seluruh Jepun dan menjual kasut diskaun dari jenama sukan dan rekreasi popular seperti Vans, Under Armour, Champion, Timberland dan Adidas.

kedai kasut diskaun jepun abc mart

Jualannya telah mendapat manfaat daripada perkembangan dalam pelancongan di Jepun baru-baru ini.

ABC-Mart menjadikan Masahiro Miki sebagai antara manusia terkaya di Jepun dengan kekayaan mencecah RM16.3 bilion.

3. Hiroshi Mikitani - Rakuten

hiroshi mikitani manusia terkaya di jepun

Hiroshi Mikitani adalah seorang ahli perniagaan bergelar bilionaire Jepun dan pengasas, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Rakuten, Inc.

Beliau juga merupakan presiden Crimson Group, pengerusi kelab bola sepak Vissel Kobe, pengerusi Tokyo Philharmonic Orchestra, dan ahli lembaga Lyft.

Selepas menamatkan pelajaran dari Universiti Hitotsubashi dalam bidang perdagangan, beliau meneruskan pengajian ke peringkat sarjana di Harvard Business School, Massachusetts.

Hiroshi mula bekerja di Industrial Bank Japan dan menubuhkan syarikat perundingan iaitu Crimson Group. Pada tahun 1996, beliau mula melihat kepada pelbagai model perniagaan dan memutuskan untuk melancarkan pusat membeli-belah dalam talian.

syarikat jepun rakuten

Ketika itu Amazon.com baru sahaja dilancarkan dan Google masih belum wujud. Pada Februari 1997, Hiroshi menubuhkan syarikat e-dagang dikenali sebagai MDM Inc.

Syarikat itu dinamakan semula kepada Rakutan Inc pada tahun 1999.

Kini, Rakuten Ichiba adalah laman web e-dagang terbesar di Jepun dan di antara yang terbesar di dunia dari segi jualan.

Kekayaan Hiroshi Mikitani dianggarkan bernilai RM26.8 bilion.

2. Masayoshi Son - SoftBank

masayoshi son manusia kedua terkaya di jepun

Masayoshi Son adalah pengasas dan pemegang saham terbesar sebuah kumpulan telefon bimbit dan pelaburan Jepun iaitu SoftBank.

Syarikat yang berpangkalan di Tokyo ini mempunyai lebih daripada 1,000 perniagaan, termasuk Yahoo Japan dan Alibaba Group, konglomerat e-dagang China, yang merupakan pemilik South China Morning Post.

Masayoshi lahir dalam sebuah keluarga pendatang Korea Selatan di sebuah pulau Jepun iaitu Kyushu.

Ketika masih muda, beliau mencipta sebuah penterjemah berbilang bahasa, yang dia jual kepada syarikat elektrik multinasional, Sharp Corp, dengan harga sekitar RM4 juta.

softbank syarikat gergasi jepun

Beberapa tahun selepas menamatkan pelajaran dalam ijazah sains komputer dan ekonomi dari Universiti California, Masayoshi menghasilkan SoftBank, pada mulanya sebagai pengedar perisian dan penerbit majalah komputer.

Hari ini, syarikat konglomerat ini mempunyai kepentingan dalam pelbagai perniagaan seperti telekomunikasi, perkhidmatan internet, kuasa elektrik, kecerdasan buatan, robotik termasuk "Peppar", robot separuh manusia yang dapat mengesan emosi dan teknologi.

Bergelar manusia ke-2 terkaya di Jepun, kekayaan Masayoshi dianggarkan bernilai RM94 bilion.

1. Tadashi Yanai - Uniqlo

tadashi yanai manusia terkaya di jepun

Tadashi Yanai adalah pengerusi peruncit pakaian Fast Retailing, syarikat induk kepada Uniqlo.

Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Waseda dalam Ijazah Ekonomi dan Sains Politik pada tahun 1971, Tadashi menyertai perniagaan kedai pakaian bapanya.

Beliau kemudiannya memulakan syarikat pakaian Jepun, Unique Clothing Warehouse yang mana ditukarkan nama kepada Uniqlo pada tahun 1984 ketika beliau berusia 35 tahun.

Menjelang tahun 1991, Tadashi menukarkan nama Ogori Shoti, syarikat bapanya, kepada Fast Retailing.  

uniqlo

Kini, Fast Retailing adalah antara salah satu peruncit pakaian terbesar di Asia dengan anak syarikat termasuklah Uniqlo, jenama fesyen Perancis iaitu Comptoir des Cotonniers dan jenama pakaian Amerika Syarikat iaitu J Brand.

Sebelum berjaya, Uniqlo pernah gagal beberapa kali namun Tadashi tidak pernah berputus asa dengan perniagaannya.

Kekayaan Tadashi Yanai dianggarkan sebanyak RM117 bilion, menjadikannya manusia terkaya di Bumi Jepun.

Rujukan:

1. SCMP

2. Forbes

3. Caproasia




Hakcipta iluminasi.com (2017)