Senarai ini adalah berdasarkan nilai kekayaan pada tahun 2016. 

10. Keluarga Cox (Amerika Syarikat)

Sumber Foto: wonderslist.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$41 bilion

James Middleton Cox telah berkhidmat sebagai Gabenor Ohio selama 2 penggal dan pernah berkempen bagi jawatan presiden Amerika Syarikat pada tahun 1920 namun gagal.

Selepas taman zaman politik, beliau telah mengambil alih beberapa syarikat surat khabar dan membina sebuah jenama media, dalam masa yang sama mengekalkan hubungan yang rapat dengan parti Demokratik dan Franklin D. Roosevelt (Presiden AS ke-32).

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sehingga tahun 2016, Cox Enterprises diambil alih oleh 2 orang cucu James. 

9. Keluarga Bettencourt (Perancis)

andre liliane bettencourt keluarga bettencourt

Sumber Foto: images.celebfamily.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$42.5 bilion

Pada tahun 1909, seorang ahli kimia berdarah Perancis-Jerman yang bernama Eugene Schueller telah berjaya menghasilkan formula pewarna rambut.

Memandangkan Paris menjadi tumpuan bagi peminat fesyen pada ketika itu, Eugene melihat peluang pasaran yang besar dalam kalangan penduduk Paris yang kaya dan mensasarkan salon rambut bagi menjual produk beliau. 

Mendapat sambutan yang menggalakkan, Eugene akhirnya menubuhkan sebuah syarikat kosmetik iaitu L'Oréal S.A.. Anak beliau, Liliane akhirnya mengambil alih syarikat tersebut bersama suami beliau selepas kematian Eugene.

Sehingga tahun 2016, Liliane Bettencourt adalah wanita paling kaya di dunia.

8. Keluarga Cargill-MacMillan (Amerika Syarikat)

keluarga cargill macmillan 538

Sumber Foto: toprichests.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$49 bilion

Keluarga Cargill adalah keluarga ke-5 terkaya di Amerika Syarikat. Keluarga ini memiliki 88% syarikat Cargill, korporasi milik persendirian terbesar di negara tersebut. Syarikat Cargill diasaskan oleh William W. Cargill selepas perang saudara pada tahun 1865.

Menurut Forbes, Keluarga ini mempunyai bilionaire terbanyak berbanding keluarga kaya lain, iaitu seramai 14 orang. 

7. Keluarga Arnault (Perancis)

bernard arnault keluarga arnault 653

Sumber Foto: toprichests.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$51.5 bilion

Keluarga Arnault adalah pemilik LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton SE, atau lebih dikenali sebagai LVMH. Selain Louis Vuitton, LVMH memliki lebih 70 jenama lain termasuklah Dom Perignon, Bulgari, Sephora dan Tag Heuer.

Bernard Arnault adalah individu paling kaya di Perancis.

6.  Keluarga Slim (Mexico)

carlos slim helu keluarga slim 25

Sumber Foto: toprichests.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$62.6 bilion

Keluarga Slim menguasai pasaran terbersar telekom di Amerika Latin melalui syarikat mereka iaitu America Movil. Keluarga ini berasal dari Lubnan namun telah bermastautin di Mexico. Sebelumnya, mereka dikenali sebagai Keluarga Salim. 

Tradisi perniagaan yang diturunkan dari generasi ke generasi menjadikan keluarga ini sebagai keluarga paling kaya di Mexico, dan Carlos Slim Helu sebagai individu terkaya di negara Amerika Selatan tersebut. 

Carlos pernah menjadi individu terkaya di dunia antara tahun 2010 hingga 2013. Beliau adalah pengasas Grupo Carso, sebuah konglomerat yang menguasai 40% nilai ekuiti di Mexico Stock Exchange. 

Empayar perniagaan tersebut dibantu oleh anak-anak lelaki beliau.  

5. Keluarga Mars (Amerika Syarikat)

keluarga mars

Sumber Foto: toprichests.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$78 bilion

Penggemar coklat pasti kenal akan jenama coklat Mars. Keluarga ini memperolehi sebahagian besar pendapatan daripada gula-gula. Mars Inc. merupakan syarikat gula-gula persendirian terbesar di dunia. 

Mereka telah beroperasi sejak tahun 1911 lagi. Franklin Mars adalah pengasas syarikat tersebut, namun anak beliau Forrest perlu diberi kredit atas penghasilan Mars Bar dan M&Ms.  

4. Keluarga Koch (Amerika Syarikat)

keluarga koch

Sumber Foto: thenypost.files.wordpress.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$82 bilion

Keluarga Koch adalah pemilik Koch Industries, syarikat persendirian kedua terbesar di dunia, yang merupakan sebuah konglomerat multinasional dengan penglibatan dalam industri minyak, hartanah, penternakan, perdagangan komoditi, bahan kimia, kewangan, baja dan barangan rumah. 

Pada tahun 1940, Fred C. Koch mengasaskan syarikat berkenaan sebagai syarikat penapisan minyak, namun hanya mencapai kejayaan setelah diambil alih oleh 2 orang anak lelaki beliau iaitu Charles dan David. 

3. Keluarga Walton (Amerika Syarikat)

keluarga walton sam walton bersama anak anak

Sumber Foto: wonderslist.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$130 bilion

Sam Walton membina empayar peniagaan pusat beli belah dalam masa yang singkat. Pada sekitar hujung 1940an dan awal 1950an, Sam telah bekerja di pelbagai rangkaian kedai bagi mendapatkan pengalaman. 

Pada Julai 1962, Sam membuka kedai beliau sendiri iaitu Walmart, yang dikenali sebagai Walmart Discount City pada ketika itu. Walmart yang pertama ini bertempat di Roger, Arkansas. 

Sehingga tahun 2016, kedai berkenaan beroperasi di bawah Wal-Mart Stores Inc.. Sam telah merevolusikan industri tersebut, mengelak daripada persaingan di bandar dan lebih memberi fokus kepada pekan-pekan kecil.

Beliau adalah pakar dalam selok belok perniagaan meliputi pengedaran, pemilihan dan kontrak pembekal. 6 orang waris beliau memiliki 54% stok Wal-Mart. 

Syarikat ini adalah majikan bukan kerajaan terbesar di dunia, dengan anggaran pekerja seramai 2.1 juta orang pada tahun 2015. 

2. Keluarga Rothschild (Jerman)

keluarga rothschild keluarga kaya dunia

Sumber Foto: arabnyheter.info

Anggaran Nilai Kekayaan: US$350 bilion - US$1 trilion

Keluarga Rothschild telah dikaitkan dengan perbankan antarabangsa sejak akhir kurun ke-17 lagi. Mayer Rothschild, pengasas sebenar keluarga ini, merupakan seorang pengurus kewangan dan pembantu yang disukai oleh keluarga diraja Jerman. 

Beliau menggunakan pengaruh dan posisi beliau sebagai pembantu diraja bagi mengembangkan perniagaan perbankan bagi aristokrat Jerman.

Apabila anak-anak beliau dewasa, mereka diberi peranan untuk menguruskan hal-hal perbankan tempatan di Frankfurt, London, Naples, Paris dan VIenna. Daripada situ, sebuah empayar kewangan telah lahir. 

Motto keluarga ini adalah Concordia Integritas Industria yang membawa maksud 'Harmoni, Integriti, Industri'.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keluarga Rothschild, sila KLIK SINI

1. Keluarga al-Saud - House of Saud (Arab Saudi)

keluarga al saud house of saud

Sumber Foto: media.winnipegfreepress.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$1.4 trilion

Keluarga al-Saud telah memerintah Arab Saudi dengan kuasa mutlak sejak kurun ke-17 lagi. Keluarga ini masih berkuasa walaupun setelah penubuhan sistem kerajaan moden pada tahun 1932. 

Sehingga tahun 2016, keluarga al-Saud dan kerajaan Arab Saudi diterajui oleh Raja Salman bin Abdulaziz al Saud. Tidak mengejutkan, sebahagian besar sumber kekayaan keluarga ini diperolehi daripada penguasaan rizab minyak Arab Saudi. 

Sambungan Senarai Keluarga Paling Kaya Di Dunia

11. Keluarga Hearst (US$32 bilion) - Amerika Syarikat

12. Keluarga Diraja Thailand  (US$30 bilion) - Thailand

13. Keluarga S.C. Johnson (US$28.8 bilion) - Amerika Syarikat

14. Keluarga Lee (Byung-Chull)  (US$26.6 bilion) - Korea Selatan

15. Keluarga Johnson (US$26 bilion) - Amerika Syarikat

16. Keluarga Thomson (US$25.5 bilion) - Amerika Syarikat

17. Keluarga Lee (Shau-Kee) (US$24.1 bilion) - China

17. Keluarga Fissolo (US$24.1 bilion) - Itali

19. Keluarga Duncan (US$22.4 bilion) - Amerika Syarikat

20. Keluarga Ambani (US$21.5 bilion) - India

21. Keluarga Chearavanont (US$19.9 bilion) - Thailand

22. Keluarga Jobs (Steve) (US$19.7 bilion) - Amerika Syarikat

23. Keluarga Kwok (US$19.5 bilion) - Hong Kong

24. Keluarga Kwek/Quek (US$18.9 bilion) - Malaysia

25. Keluarga Albrecht (US$18.2 bilion) - Jerman

26. Keluarga Newhouse (US$18 bilion) - Amerika Syarikat

27. Keluarga Otto (US$17.7 bilion) - Jerman

28. Keluarga Premji (US$17 bilion) - India

29. Keluarga Lauder (US$16.5 bilion) - Amerika Syarikat

30. Keluarga Hinduja (US$15.6 bilion) - Britain

Persoalan: Keluarga manakah paling kaya di Malaysia selain keluarga Kwek/Quek?

SAMBUNGAN: 10 Keluarga Paling Kaya di Asia.

Rujukan: 

  1. list25.com
  2. investopedia.com
  3. forbes.com
  4. msn.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)