amerika syarikat superpower

Pada awal abad ke-21, Amerika Syarikat berdiri megah di hadapan dunia sebagai satu-satunya kuasa besar.

Sejak kejatuhan Kesatuan Soviet sedekad sebelum itu, tentera dan ekonomi Amerika Syarikat kelihatan terlalu gah berbanding pesaing-pesaingnya.

Kebudayaan negara ini, dari muzik, ke filem, kepada seluar jeans biru yang dieksport ke seluruh dunia diguna pakai dengan begitu meluas.

Saintis politik Francis Fukuyama mengisytiharkan ia sebagai kemenangan demokrasi liberal dan penamat sejarah. 

china vs amerika syarikat

Walau bagaimanapun, keseimbangan kuasa global berada dalam aliran yang tetap. Amerika Syarikat akan kekal sebagai kuasa besar untuk beberapa tempoh akan datang, namun terdapat beberapa negara lain yang mengikuti rapat.

Ahli ekonomi meramalkan bahawa dalam masa beberapa dekad, penguasaan ekonomi Amerika akan berkurangan. iluminasi.com kongsikan 8 buah negara yang berpotensi menjadi kuasa besar dunia selepas Amerika Syarikat.

8. Arab Saudi

arab saudi kuasa besar

Arab Saudi adalah negara ke-12 terbesar di dunia dan dari segi sumber semula jadi, negara ini adalah yang kedua terkaya di dunia.

Kerajaan Timur Tengah ini terletak di atas rizab minyak dan gas asli yang bernilai tinggi di rantau ini, sekitar RM145 trilion. 

Kekayaan sumber alam ini menyediakan modal kewangan dan politik bagi Arab Saudi. Sebagai ahli OPEC (Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak) yang paling berpengaruh, Arab Saudi mempunyai pengaruh yang besar terhadap bekalan dan harga petroleum global.

Dengan kebanyakan negara di dunia yang masih bergantung kepada minyak, ini adalah sesuatu yang perlu diambil berat oleh rakan-rakan dan musuh negara ini. 

minyak arab saudi 392

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Arab Saudi telah menambah keupayaan ketenteraan yang besar, dengan perbelanjaan melebihi semua negara lain selain Amerika Syarikat, China, dan Rusia.

Pada tahun 2015, Arab Saudi memimpin gabungan sembilan negara Afrika dan Timur Tengah untuk berperang di Yaman.

Ini menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk menggunakan kekuatan tentera mereka yang semakin meningkat dan mempunyai pengaruh yang cukup untuk meyakinkan beberapa sekutu dalam membantu mereka.

Dengan kuasa Barat yang semakin hilang pengaruh di Timur Tengah, Arab Saudi dilihatkan berpeluang untuk menjadi kuasa penentu di rantau ini. Dari sini, ia berpotensi menjadi global yang hebat.

7. Iran

pemerintah iran ayatollah ali

Iran menghabiskan sebahagian besar 1980-an terjerat dalam konflik dengan jiran, Iraq. Dengan pencerobohan yang diketuai oleh Amerika Syarikat pada tahun 2003 menjadikan negara itu huru-hara dan menyingkirkannya sebagai kuasa serantau, Iran cuba mencari jalan keluar.

Kerajaan Iran telah membiayai kumpulan pemberontak dan melakukan yang terbaik untuk memastikan Iraq terus lumpuh dan tidak stabil.

Iraq yang lemah juga membalas serangan Iran dan matlamat utama adalah untuk mengawal medan minyak Iraq yang luas secara langsung atau tidak langsung. Ini akan meningkatkan kekuatan dan pengaruh Iran, baik di Timur Tengah dan di seluruh dunia.

iran superpower

Walaupun memiliki penduduk berpendidikan tinggi lebih daripada 80 juta orang, rizab minyak ke-4 terbesar di dunia, program nuklear yang maju dan tentera yang semakin berteknologi tinggi, namun sekatan yang dipimpin oleh Amerika Syarikat masih menjadi faktor seretan besar terhadap ekonomi Iran.

Menurut IMF, Amerika Syarikat mungkin telah mengaut sebanyak 15% hingga 20% daripada KDNK Iran sejak tahun 2011.

Jika dan apabila sekatan-sekatan ini ditarik balik dan ekonomi tidak lagi dibelenggu AS, Iran mungkin dipertimbangkan menjadi kuasa global dengan pantas.

6. Jepun

presiden jepun shinzo abe

Pada akhir tahun 1945, Jepun berada dalam kehancuran. Kekalahan dalam Perang Dunia Kedua telah memusnahkan hampir setiap bandar dan pekan, dan sekitar 3 juta orang Jepun telah terkorban.

Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat mahu Jepun berkhidmat sebagai benteng terhadap komunisme di Timur.

Dengan bantuan kewangan Amerika yang mengalir masuk dan masyarakat Jepun yang mempunyai nilai tinggi terhadap etika kerja, Jepun kembali berdiri dengan begitu pantas. 

Menjelang 1980-an, Jepun memiliki ekonomi kedua terbesar di dunia dan dianggap sebagai kuasa besar yang sedang menaik.

tentera jepun 695

Sejak itu, pertumbuhan Jepun telah terhenti, dengan saingan lama mereka China mengatasi mereka sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia.

Walau bagaimanapun, Jepun tidak boleh diketepikan sepenuhnya sebagai kuasa besar yang berpotensi.

Jepun berada dalam kedudukan yang kuat untuk menjadi peserta utama sebagai kuasa terbesa dunia, malah mereka juga melabur dalam program angkasa lepas.

Memandangkan pengaruh ekonomi negara ini yang besar dan kehebatan teknologi yang sangat tinggi, tak banyak negara yang mampu menyaingi Jepun. 

5. Rusia

vladimir putin

Sejarah Rusia menjadi contoh yang luar biasa tentang bagaimana sesebuah negara boleh menjadi kuasa besar dunia dengan begitu pantas dan musnah dalam sekelip mata.

Ketika Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939, pihak perisikan British percaya bahawa Poland adalah lebih kuat daripada Rusia.

Hanya beberapa tahun kemudian, Kesatuan Soviet menjadi kuasa penting yang memainkan peranan utama dalam mengalahkan Jerman Nazi dan menduduki kebanyakan Eropah Timur.

Pada awal tahun 1990, tiada siapa pun yang meramalkan kejatuhan pantas superpower komunis ini, namun pada tahun 1992, Kesatuan Soviet pupus selama-lamanya.

Dan selepas 2 dekad, kekuasaan Rusia berkembang sekali lagi. Belanjawan tentera Rusia, dalam kedua-dua istilah sebenar dan peratusan KDNK, adalah antara yang tertinggi di dunia.

Sebahagian besar Ukraine, pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet, sekali lagi menjadi mangsa Rusia.

tentera rusia 787

Dengan perikatan NATO yang semakin merudum, negara Baltik seperti Estonia, Latvia, dan Lithuania berasa bimbang mereka mungkin menghadapi nasib yang sama.

Sementara itu, Rusia berasa cukup yakin untuk meracun para pembangkang yang kononnya berada di bawah perlindungan kuasa seperti Great Britain, seolah-olah tanpa rasa takut untuk ditolak.

Rusia masih bergantung kepada minyak dan ekonominya dilanda rasuah. Walau bagaimanapun, ia masih merupakan satu-satunya lima negara yang mempunyai kuasa veto terhadap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Rusia masih dilihatkan mempunyai kuku yang tajam dalam bentuk persenjataan terbesar senjata nuklear di dunia. Adalah benar-benar munasabah bahawa Rusia boleh menuntut semula posisinya sebagai kuasa besar abad ke-21.

4. Brazil

jair bolsonaro

Bersama-sama Rusia, India, dan China, Brazil melengkapkan kuartet asal negara BRIC, iaitu 4 buah negara besar dengan tahap pembangunan ekonomi maju yang baru.

Mereka dinamakan oleh Jim O'Neil dari Goldman Sachs pada tahun 2001, berikutan ramalan bank pelaburannya bahawa negara-negara ini akan menjadi 4 daripada 5 negara dengan ekonomi terbesar di dunia menjelang tahun 2050.

Sejak itu, empat negara ini yang disertai oleh Afrika Selatan pada tahun 2010, telah membentuk pakatan politik, bekerjasama dengan isu-isu seperti perdagangan dan penjagaan kesihatan serta membentuk bank bersama untuk membiayai projek pembangunan di seluruh dunia.

Gergasi Amerika Selatan ini berhadapan dengan masalah kemiskinan dan ketidaksamaan pendapatan yang ketara.

Ini amat menarik kerana kekayaan gabungan oleh 6 orang terkaya di Brazil adalah melebihi 100 juta penduduk paling miskin di negara itu.

tentera brazil

Walau bagaimanapun, Brazil diberkati dengan kekayaan alam yang luas. Medan minyak Tupi, yang ditemui di pantai Rio de Janeiro pada tahun 2008, mengandungi anggaran 8 bilion tong minyak.

Penemuan kedua terhadap tapak minyak luar pesisir adalah lebih besar dan akan menyaksikan Brazil menyertai barisan pengeksport minyak utama dunia.

Brazil juga mempunyai sekitar 30% daripada hutan hujan di dunia dan ia dipenuhi dengan banyak sumber seperti nikel, mangan, tembaga, bauksit dan kayu.

3. India

perdana menteri india narendra modi

Menjelang 2025, ramalan menyatakan bahawa India akan menggantikan China sebagai negara dengan populasi tertinggi di dunia.

Walaupun China menghadapi bom masa demografi disebabkan oleh dasar seorang anak yang baru sahaja ditarik balik, India mempunyai tenaga kerja terbesar dan paling muda di dunia.

Ledakan dalam populasi ini dipadankan dengan pertumbuhan ekonomi yang mengagumkan dan sesetengah pakar percaya bahawa ekonomi India akan mengatasi Amerika Syarikat menjelang tahun 2050.

India diapit oleh Pakistan ke barat dan China ke utara, dan kuasa-kuasa ini secara tradisinya bermusuhan.

Pakistan dan India berperang pada tahun 1965, dan pada tahun 1967 satu pertikaian sempadan membawa mereka ke dalam konflik ketenteraan dengan China.

tentera india

Walau bagaimanapun, India kini mempunyai kekuatan ketenteraan yang cukup untuk berasa selamat walaupun berdekatan dengan musuh-musuh berpotensi yang kuat ini.

Pasukan ketenteraan India mempunyai senjata nuklear sekitar 100 kepala peledak dan berkemampuan melancarkannya dari darat, laut dan udara.

Dua kapal pembawa pesawat, dengan yang ketiga dalam pembinaan, bermakna India adalah salah satu daripada beberapa negara yang mampu mempamerkan kekuatan tentera yang ketara di mana saja di seluruh dunia.

Peningkatan kekuatan ekonomi India, keupayaan ketenteraan dan program angkasa lepas telah disokong oleh kuasa luar.

Negara ini menjadi pusat kepada perniagaan start-up bernilai berbilion dolar lebih daripada mana-mana negara di dunia, kecuali Amerika Syarikat dan China.

Malah, industri filem Bollywood di India menghasilkan lebih banyak filem dan menjual lebih banyak tiket berbanding Hollywood di Amerika Syarikat.

2. China

presiden china xi jinping 917

Napoleon Bonaparte pernah menggambarkan China sebagai seekor singa yang sedang tidur dan beliau memberi amaran bahawa apabila ia bangun, seluruh dunia akan gementar.

Dalam tempoh hampir keseluruhan abad ke-20, China agak lemah, berpecah-belah dan bermasalah, dilanda perang saudara dan dengan jirannya.

Kini, pada abad ke-21, singa ini akhirnya terjaga. Dalam istilah ekonomi, China sudah menjadi kuasa besar.

KDNK China lebih daripada RM50.4 trilion, hanya berada di belakang Amerika Syarikat, dan apabila diselaraskan kepada KDNK pariti kuasa beli,  China berada di senarai teratas. 

Bank-bank China membiayai projek infrastruktur yang luas di 78 negara di seluruh dunia. Ini telah dijelaskan sebagai jawapan China terhadap Pelan Marshall (oleh Amerika Syarikat) dan projek infrastruktur terbesar dalam sejarah.

tentera china 339

Pelaburan yang besar ini akan membolehkan akses China ke sumber dan pasaran asing, membeli sekutu di seluruh dunia dan berpotensi menyaingi Amerika Syarikat sebagai kuasa besar.

Walaupun China masih di belakang Amerika Syarikat dari segi ketenteraan, namun jurang itu tidak sebesar seperti sebelum ini. itu

James Fannel dari Pusat Geneva untuk Dasar Keselamatan meramalkan bahawa pada tahun 2030, China akan mempunyai lebih banyak kapal perang operasi daripada Angkatan Laut Amerika Syarikat dan akan menjadi kuasa ketenteraan dominan di Asia.

1. Kesatuan Eropah

kesatuan eropah superpower

Amerika Syarikat mempunyai KDNK sebanyak RM81.5 trilion dan menghabiskan lebih RM2.52 trilion setahun terhadap mesin ketenteraan yang paling berkuasa di planet ini.

Tidak ada mana-mana negara yang hampir menyamai jumlah ini, tetapi koleksi negara-negara yang membentuk Kesatuan Eropah mampu menyainginya.

Oleh sebab itu, adalah munasabah untuk mengelaskan Kesatuan Eropah sebagai kuasa besar.

Pada tahun 2018 KDNK Kesatuan Eropah adalah sebanyak RM79 trilion, meletakkannya sangat hampir dengan Amerika Syarikat.

Walaupun Kesatuan Eropah tidak mempunyai tentera gabungan atau masih belum membentuknya, beberapa negara anggotanya mempunyai keupayaan ketenteraan yang sangat besar.

Ini termasuk lebih daripada 1.5 juta anggota tentera aktif, bahkan lebih daripada 1.2 juta tentera Amerika Syarikat.

kesatuan eropah 265

Eurofighter Typhoon yang dibina sebagai projek bersama antara United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, dan Sepanyol disebut-sebut sebagai pesawat tempur paling maju dan berteknologi tinggi di dunia.

Jean-Claude Juncker, presiden Kesatuan Eropah, baru-baru ini mengatakan bahawa masa telah tiba bagi kesatuan itu untuk menjadi kuasa global.

Walau bagaimanapun, masih belum dapat dilihat sama ada kesatuan ini yang masing-masing mempunyai keutamaan dan kepentingan yang berbeza, adalah sebuah projek yang mampan.

Rujukan:

1. Europa

2. Guardian

3. BBC


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)