Oleh pada 01 Sep 2017 kategori

Semasa berlangsungnya Sukan SEA di Kuala Lumpur pada tahun 2017, berlaku sedikit kekecohan apabila berlaku kesilapan ketika mencetak gambar bendera negara-negara jiran sehingga banyak laman web dalam negara kita digodam oleh beberapa pihak yang terlampau berang.

Tidak dinafikan, bendera kebangsaan merupakan salah satu simbol yang paling mudah dikenali bagi sesebuah negara. Kebiasaannya, agak mudah bagi sesiapa pun untuk mengenal pasti bendera yang dipunyai oleh sesebuah negara, terutama sekali apabila bendera tersebut sering dilihat dalam acara-acara sukan besar seperti Olimpik dan Piala Dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, adakalanya kekeliruan boleh berlaku apabila terdapat negara yang mempunyai bendera seakan-akan sama. Kami kongsikan 10 set bendera yang kelihatan serupa jika dilihat sekali imbas, tapi sebenarnya berbeza:

1. Romania & Chad

Dalam banyak-banyak bendera negara di dunia, dua bendera inilah yang paling seiras. Ini disebabkan rekaan, saiz dan pemilihan warna serta kedudukannya adalah saling tak tumpah.

Kalau ditunjukkan secara berasingan, kebarangkalian untuk silap mengenal pasti adalah tinggi. Jika diperhatikan secara teliti, barulah anda boleh nampak perbezaan ton warna pada kedua-dua bendera.

2. Thailand & Costa Rica

thai costa rica

Thailand dan Costa Rica berada pada kedudukan yang jauh bertentangan dalam peta dunia namun kedua-duanya mempunyai bendera yang sama. Cuma warna saja yang diterbalikkan.

3. Poland, Indonesia, Monaco & Singapura

monaco poland indonesia singapura bendera

Inilah yang menjadi kontroversi hangat ketika Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Bendera Poland dan Indonesia jika diperhatikan hanya terbalik warnanya.

Manakala bendera Indonesia mempunyai jalur dan warna yang serupa dengan bendera Monaco, cuma saiz bendera sahaja yang berlainan.

Singapura juga mempunyai bendera yang seakan-akan sama namun ia mempunyai logo bulan sabit dan lima bintang pada jalur merah di bahagian atas.

4. Itali, Mexico, Ireland & Ivory Coast

ireland ivory coast italy mexico bendera

Kedua-dua bendera Itali dan Mexico mempunyai jalur tegak yang sama warnanya. Apa yang membezakannya hanyalah jata negara yang diletakkan di tengah-tengah bendera Mexico.

Ireland dan Ivory Coast juga kelihatan serupa dengan Itali dan Mexico. Namun kedua-duanya menggantikan warna jingga dengan merah serta diterbalikkan kedudukan.

5. India, Niger & Hungary

india niger hungary

India dan Niger mempunyai tiga jalur dengan pilihan warna yang sama. Kedua-duanya juga mempunyai objek bulat di tengah-tengah bendera.

Hungary tidak mempunyai objek bulat di tengah dan mempunyai ton warna yang agak berlainan.

6. New Zealand & Australia

new zealand australia bendera

Kedua-dua bendera New Zealand dan Australia menggunakan panji biru British yang berlatarbelakang warna biru dengan Union Jack di bahagian bucu belah atas. Kedua-duanya juga menonjolkan elemen buruj Bintang Pari (Southern Cross).

Walau bagaimanapun, kedua-dua rekaan bendera ini berbeza dari pelbagai aspek : (1) rekaan buruj yang berbeza iaitu lima bintang putih dengan tujuh bucu bagi bendera Australia dan empat bintang merah-putih dengan lima bucu bagi New Zealand; (2) penambahan bintang "Komanwel" keenam pada bendera Australia; dan (3) ton warna biru dan merah yang berlainan.

7. Luxembourg & the Netherlands

luxembourg the netherlands bendera

Orang Belanda mula menggunakan warna merah, putih dan biru dengan jalur melintang pada bendera mereka sejak pertengahan abad ke-17 lagi. Bendera the Netherlands ini diinspirasikan oleh bendera Perancis dengan jalur menegak selepas Revolusi Perancis pada tahun 1789.

Walaupun lokasi Luxembourg berada berhampiran Belanda, namun benderanya bukan diinspirasikan atau diambil daripada Belanda. Ia direka sendiri dengan saiz yang lebih lebar dan menggunakan ton biru berbeza.

8. Senegal, Mali, Ghana, Guinea, Cameroon & Bolivia

guinea mali bolivia senegal cameroon ghana

Kesemua bendera ini menggunakan tiga warna asas yang sama iaitu hijau, kuning dan merah walaupun ada beberapa ton yang berbeza.

Bendera Guinea dan Mali merupakan dua versi bendera yang diterbalikkan posisi warnanya. Senegal dan Cameroon pula mempunyai bintang di tengah-tengah bendera. Manakala Ghana dan Bolivia menggunakan jalur dan kombinasi warna yang sama namun mempunyai objek hiasan utama yang berbeza.

9. Norway & Iceland

bendera negara nordic iceland norway finland denmark faroe islands sweden

Kesemua bendera negara Nordic ini mempunyai rekaan yang sama dengan tanda salib melintang yang digelar Scandinavian Cross yang melambangkan agama Kristian.

Rekaan bendera ini mula digunakan oleh Denmark pada tahun 1748 dan diikuti oleh negara-negara lain selepas abad ke-18. Manakala penggunaan tiga warna pula dimulakan oleh Norway.

10. Malaysia & Amerika Syarikat

bendera malaysia amerika

Kedua-dua bendera ini mempunyai persamaan kerana menurut sejarah, ia dicedok daripada dua rekaan bendera yang seakan-akan serupa.

Bendera Malaysia pada asalnya meminjam elemen-elemen daripada bendera East India Company (EIC) manakala bendera Amerika pula menggunakan elemen daripada bendera Grand Union yang sama seperti bendera EIC.

Beza kedua-dua bendera Malaysia dan Amerika terletak pada rekaan di dalam petak biru dan juga bilangan jalurnya merah-putihnya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)