KDNK per kapita sering dianggap penanda taraf hidup sesebuah negara kerana ia mencerminkan kekayaan purata setiap penduduk yang tinggal di negara tersebut.
Oleh itu, kaedah standard ini digunakan untuk membandingkan betapa miskin atau kaya sesebuah negara dengan negara-negara yang lain.
Bagi Malaysia, KDNK per kapita pada tahun 2017 adalah sebanyak RM38,977, berada di kedudukan 66 daripada 187 buah negara. Jumlah ini adalah hasil peningkatan tahunan sebanyak 6.06%, daripada RM13,782 pada tahun 1998.
BESARKAN TEKS A- A+
Jadi dengan ini iluminasi.com ingin berkongsi dengan para pembaca 7 negara paling miskin di dunia berdasarkan KDNK per kapita.
7. Mozambique
Dengan KDNK per kapita sebanyak RM4,877, Mozambique adalah negara ke-7 termiskin di dunia. Rasuah dikatakan adalah masalah paling besar di negara ini, yang menghalang kejayaan ekonomi setiap rakyat.
Kebanyakan penduduk Mozambique di pedalaman membelanjakan kurang daripada RM5 setiap hari.
Lebih malang lagi, disebabkan kekurangan akses peralatan, ramai petani tidak dapat untuk menuai sebanyak yang mungkin sekaligus gagal mendapatkan pendapatan yang lebih.
Situasi ekonomi di negara ini menjadi semakin buruk disebabkan infrastruktur yang sangat teruk dan kekurangan akses terhadap perkara asas seperti air bersih.
6. Malawi
Dengan lebih 85% daripada 16 juta penduduk Malawi tinggal di kawasan luar bandar dan bergantung sepenuhnya kepada pertanian subsisten, ekonomi negara ini menjadi sangat rapuh dan amat bergantung kepada bantuan asing.
Pada tahun 2013, Presiden Joyce Banda telah menjual jet presiden dan 60 buah kereta mewah untuk memberikan bantuan makanan kepada golongan miskin serta menanam tanaman untuk memerangi kekurangan zat makanan.
Pada Januari 2015, Malawi dilanda banjir yang dahsyat membuatkan hampir 250,000 orang kehilangan tempat tinggal dan menghancurkan sekitar 64,000 hektar tanah pertanian, memburukkan lagi masalah ekonomi negara ini.
KDNK per kapita bagi Malawi adalah sebanyak RM4,524 menjadikannya negara ke-6 paling miskin di dunia.
5. Niger
Niger adalah negara yang paling besar di Afrika barat dan sebahagian besar daripada kawasannya merangkumi Gurun Sahara. Ini membuatkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh dilakukan penduduknya menjadi terhad.
Negara ini terkurung dengan daratan dan miskin dari segi sumber alam. Walaupun begitu, negara ini mempunyai rizab minyak namun disebabkan korupsi dan masalah dalaman membawa kepada masalah ekonomi yang sangat teruk.
20% daripada negara ini tidak diliputi oleh padang pasir namun tetap mengalami kemarau berkala, perubahan iklim yang menguatkan lagi kesan ancaman gabungan daripada desertifikasi tanah pertanian dan salinisasi air minuman.
Sebagai negara ke-5 paling miskin di dunia, jumlah KDNK per kapita bagi Niger adalah sebanyak RM4,420.
4. Liberia
PBB telah mengisytiharkan bahawa Liberia adalah negara defisit makanan. Terletak di bahagian selatan Afrika, Liberia telah terkesan dengan teruknya oleh perang saudara yang berlangsung selama 14 tahun yang telah memecah-belahkan negara ini.
Selain itu, ekonomi negara ini hancur disebabkan wabak Ebola. Namun, sebelum ini ekonomi Liberia bergantung kuat terhadap bantuan asing.
Dan walaupun Liberia bergantung kepada industri pertanian, namun harga beberapa produk telah menurun mengikut masa membuatkan sukar untuk mendapat keuntungan.
Sebanyak 70% penduduk negara ini hidup di bawah garis kemiskinan dan KDNK per kapita adalah sebanyak RM3,503.
3. Burundi
Terletak di rantau Great Lakes di Afrika, Burundi mempunyai sejarah perselisihan etnik dan rampasan kuasa tentera yang secara konsistennya menggelincirkan prospek jangka masa panjang dalam pembangunan negara.
Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), lebih daripada 80% populasi negara ini hidup di bawah garis kemiskinan.
Pergolakan politik sekali lagi menggegarkan negara ini sepanjang tahun 2015, walaupun terdapat peningkatan yang dibuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
KDNK per kapita Burundi adalah sebanyak RM3,249, iaitu yang ke-3 paling rendah di dunia.
2. Republik Afrika Tengah
Ekonomi Republik Afrika Tengah sangat bergantung kepada industri berlian yang dieksport, merangkumi di antara 40 hingga 55% daripada pendapatan eksport negara.
Malangnya, dianggarkan separuh daripada berlian-berlian ini dijual di pasaran gelap yang telah menafikan hasil cukai kerajaan dan telah membantutkan usaha ahli perniagaan yang rajin dan berusaha melakukan perkara dengan cara yang betul.
Selain itu, perbalahan merebutkan sumber dan juga kawalan membawa kepada kemiskinan dan penderitaan yang luar biasa di negara ini. Hasilnya, republik ini menjadi negara kedua paling miskin di dunia dengan KDNK hanya sebanyak RM2,605 per kapita.
1. Republik Demokratik Kongo
Walaupun republik ini mempunyai kaya dengan sumber alam semula jadi minyak dan pertanian, namun malangnya KDNK per kapita 2018 yang diunjurkan hanyalah pada kadar RM1,858 per kapita, yang menjadikannya negara termiskin di dunia disebabkan sistem politik yang tak stabil.
Terdapat rusuhan politik yang sangat teruk sejak kebelakangan ini kerana Presiden Joseph Kabila yang mengambil alih kuasa selepas pembunuhan bapanya pada tahun 2001 semakin menjadi-jadi.
Majoriti populasi republik ini kekal hidup di bawah garis kemiskinan dan menganggur.
Rujukan: