Kepadatan populasi manusia di sesebuah kawasan memainkan peranan penting terhadap beberapa perkara. Antaranya adalah pertumbuhan ekonomi, kadar jenayah dan lain-lain lagi. 

penempatan paling padat di atas muka bumi

Semakin padat sesebuah kawasan itu, semakin tinggi persaingan di antara penduduk. Kebiasaannya, kawasan yang mempunyai kepadatan yang sangat tinggi adalah kawasan yang didiami golongan miskin.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi 10 kawasan penempatan paling padat di dunia yang masih wujud sehingga kini.

10. Ap Lei Chau - Hong Kong

pulau ap lei chau

Terletak di Hong Kong, pulau ini terdahulu dikenali sebagai Pulau Aberdeen kerana terletak di Pelabuhan Aberdeen dan Selat Aberdeen. Ia merupakan sebahagian daripada Wilayah Selatan.

Dengan keluasan 1.3 kilometer persegi dan penduduk seramai 86,782 orang, Ap Lei Chau merupakan pulau kedua terpadat di dunia dengan kepadatan 66,755 per kilometer persegi.

9. Wilayah Tondo, Manila - Filipina

wilayah tondo

Tondo adalah daerah paling besar dari segi populasi dan keluasan di antara 16 daerah di Manila, Filipina. Menurut sumber, daerah ini telah wujud semenjak tahun 900 yang diperintah oleh Jayadewa yang memegang pangkat Senapati yang bermaksud laksamana dalam bahasa Sanksrit.

Seramai 630,604 penduduk mendiami daera Tondo yang berkeluasan 9.10 kilometer persegi, menjadikannya sebagai penempatan ke-9 paling pada di dunia iaitu 69,297 penduduk per kilometer persegi.

8. Mathare slums, Nairobi - Kenya

mathare slums

Tempat ke-8 paling padat di dunia terletak di Nairobi, Kenya. Mathare merupakan sebuah kawasan yang tersangat sesak dan dipenuhi dengan orang-orang miskin di Kenya. Lembah Mathare yang merupakan kawasan "slums" tertua, mempunyai populasi 180,000. Jumlah itu menjadi sebahagian daripada 500,000 penduduk kawasan ini secara keseluruhan.

Keluasannya adalah 1 per 3 daripada keluasan daerah Tondo di kedudukan ke-9 dunia, namun populasinya yang sangat tinggi membuatkan kawasan ini mempunyai kepadatan di antara 60,000 hingga 100,000 per kilometer persegi.

7. Kibera, Nairobi - Kenya

kibera nairobi

Terletak kira-kira 40 kilometer dari Mathare yang berada di kedudukan ke-7 paling padat di dunia adalah Kibera, bandar Nairobi, Kenya. Ia bukan sahaja merupakan kawasan paling padat dan miskin di Kenya, malah di seluruh benua Afrika.

Kebanyakan penduduk di sini tersangat miskin dengan pendapatan kurang daripada RM4.20 sehari. Kadar pengangguran tersangat tinggi dan ramai penduduk di sini yang dijangkiti HIV. Kes-kes seperti serangan dan juga rogol sangat biasa di Kibera.

Banci sebelum ini yang mengatakan Kibera didiami 1 hingga 2 juta penduduk adalah tidak benar. Kibera yang berkeluasan antara 2.3 hingga 2.5 kilometer persegi diduduki kira-kira 170,000 hingga 260,000 penduduk, dengan kepadatan antara 74,000 hingga 114,000 penduduk per kilometer persegi.

6. Rocinha favela, Rio de Janeiro - Brazil

rocinha favela

Di Brazil, kawasan yang didiami penduduk miskin dikenali sebagai "favela", dan Rocinha merupakan "favela" paling besar di Brazil. Ia terletak selatan Rio de Janeiro di antara Sao Conrado dan Gavea.

Terbina di atas lereng bukit yang sangat curam, ia berkeluasan 0.86 kilometer persegi dan didiami oleh hampir 70,000 penduduk. Kepadatan di Rocinha mencecah sehingga 80,000 penduduk per kilometer persegi membuatkan ia kawasan terpadat di Brazil.

5. Dhaka Kotwali Thana, Dhaka - Bangladesh

dhaka kotwali thana

Kawasan ke-5 paling padat di dunia terletak di Dhaka, Bangladesh iaitu Dhaka Kotwali Thana. Sebanyak 31,992 buah rumah dibina di atas kawasan berkeluasan 0.67 kilometer persegi ini.

Menurut banci, populasi di kawasan ini adalah seramai 210,504 di mana 133,564 daripadanya berusia 18 tahun dan ke atas, serta 63.21% daripada jumlah penduduk adalah lelaki. Namun, kadar purata celik huruf di Dhaka Kotwali iaitu 62.4% adalah lebih baik berbanding purata celik huruf negara, iaitu 32.4%.

Kepadatan kawasan ini adalah 101,693 penduduk per kilometer persegi.

4. Santa Cruz del Islote - Colombia

santa cruz del islote

Dengan keluasan yang terlalu kecil iaitu 0.012 kilometer persegi iaitu kira-kira 1.5 saiz padang bola antarabangsa dan didiami oleh kira-kira 1,200 penduduk, Santa Cruz del Islote adalah pulau paling padat di dunia.

Terletak di Bolivar, Colombia, pulau ini mula dijumpai oleh nelayan-nelayan yang pada awalnya hanya berhenti berehat. Mendapati pulau ini tidak mempunyai nyamuk, mereka kemudiannya mula membina penempatan di sini, sehingga kini.

3. Marine Lines, Mumbai - India

marine lines

Terletak di Selatan Mumbai, India, merupakan sebuah kawasan penempatan yang merupakan kem tentera British yang dibina pada abad ke-19. Namanya diperolehi daripada Marine Battalion Lines.

Batalion tersebut kemudiannya ditukarkan kepada kuarters tentera udara. Kira-kira 202,000 penduduk mendiami kawasan yang berkeluasan 1.8 kilometer persegi ini, memberikan kepadatan 114,001 penduduk per kilometer persegi, iaitu ke-3 paling padat di dunia.

2. Mong Kok, Kowloon Peninsula - Hong Kong 

mong kok hong kong 38

Mong Kok atau singkatan MK merupakan kawasan paling padat di Hong Kong ketika ini. Ia terletak di daerah Yau Tsim Mong, di selatan Semenanjung Kowloon, Hong Kong. Mong Kok juga merupakan kawasan membeli-belah utama di Hong Kong.

Ia terdiri daripada kedai-kedai, restoran dan pusat hiburan. Mong Kok diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai kawasan paling sibuk di dunia, dengan keluasan 1.1 kilometer persegi yang didiami oleh 143,000 penduduk memberikan kepadatan setinggi 130,000 penduduk per kilometer persegi.

1. Dharavi slums, Mumbai - India

dharavi slump

Kawasan paling padat di dunia, terletak di negara dengan populasi kedua tertinggi di dunia iaitu India. Penempatan miskin ini dibina pada tahun 1883 ketika era penjajahan British.

Dharavi mempunyai di antara 500,000 hingga 1 juta penduduk. Dengan keluasan hanya 2.1 kilometer persegi, iaitu 112 lebih kecil dari Kuala Lumpur, kepadatan di kawasan ini sekitar 300,000 penduduk per kilometer persegi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)