Negara kita amat memandangkan tinggi negara Jepun sehingga satu ketika dahulu bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed memperkenalkan polisi dasar pandang ke timur yang menjadikan Jepun sebagai sumber inspirasi. Dari segi ekonomi juga, Jepun lebih terkehadapan.

Disebabkan pelbagai keunikan yang terdapat di Jepun juga, negara ini menjadi antara negara yang paling ramai dikunjungi rakyat Malaysia setiap tahun. Ada yang datang ke sini kerana minat terhadap anime, manga, pemandangan disini dan budayanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, tidak semua yang kita lihat ditayangkan di media sosial mengenai negara ini adalah benar. Dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsi 7 mitos atau salah faham mengenai budaya disini.

1. Kadar jenayah rendah di Jepun

kadar jenayah jepun 560

Salah satu perkara besar yang sering anda dengar mengenai Jepun adalah betapa selamatnya negara ini. Tetapi ada satu sisi lain yang yang sering diabaikan ketika kadar memahami jenayah di Jepun. Jenayah ganas seperti pembunuhan sememangnya rendah di Jepun.

Tetapi ada beberapa statistik yang membimbangkan khususnya adalah statistik mengenai serangan seksual. Sudah menjadi kebiasaan kes wanita dalam kereta api bawah tanah diraba oleh orang yang tidak dikenali. Berdasarkan anggaran kerajaan, hampir 95% insiden yang melibatkan keganasan seksual tidak dilaporkan kepada polis.

2. Sushi merupakan makanan harian

sushi jepun

Sushi sememangnya sinonim dengan Jepun. Ramai orang luar menyangka bahawa sushi adalah makanan harian rakyat di Jepun dan tanggapan ini meleset sama sekali. Seperti negara lain, jenis-jenis makanan di Jepun juga pelbagai antaranya mi udon, mi soba, sup miso, tempura dan banyak lagi. 

Tinjauan yang dilakukan di Jepun terhadap orang Jepun mendapati bahawa kebanyakan orang hanya makan sushi tiga bulan sekali. Hanya satu perempat orang daripada mereka yang terlibat dengan ujikaji ini mngatakan mereka makan sushi lebih daripada sekali sebulan.

3. WiFI boleh didapati dimana sahaja

poket wifi jepun

Di media sosial, Jepun dilihat sebagai negara yang sangat maju dalam bidang teknolagi. Apabila tiba disini, jangan terkejut apabila apabila mengetahui bahawa bandar-bandar utamanya tidak maju dengan teknologi seperti yang anda fikirkan. Sekiranya anda mahukan WiFI percuma, anda mungkin akan menghadapi sedikit kesukaran.

Tidak seperti di negara lain di mana kebanyakan hotel, kafe dan juga restoran mempunyai WiFi percuma untuk pelanggan, Di Jepun, tidak banyak hotspot WiFi disediakan kerana mereka lebih bergantung kepada data daripada langganan servis di telefon. Untuk pelancong, lebih mudah sekiranya anda hanya sewa gajet "pocket WiFi".

4. Sukar melancong jika tidak boleh bertutur bahasa Jepun

papan tanda jepun

Kita secara umumnya tahu bahawa Jepun menggunakan bahasanya sendiri sebagai bahasa rasmi. Malah, bahasa Jepun juga dianggap antara bahasa yang sukar untuk dipelajari. Oleh itu, tidak menghairankan bahawa masalah bahasa ini menjadi kebimbangan bagi pelancong yang mahu ke Jepun. 

Jangan risau, pelancong dari luar biasanya tidak akan menghadapi masalah untuk melancong di sekitar Jepun kerana terdapat papan tanda bahasa Inggeris yang agak meluas, sistem pengangkutan yang sangat cekap dan boleh dipercayai, penduduk tempatan yang baik dan suka menolong serta ramai yang boleh bertutur bahasa Inggeris asas. 

5. Semua orang Jepun minat anime

anime popular jepun

Selain pemandangan di Jepun, ramai pelancong yang datang ke Jepun kerana mereka merupakan peminat anime dan manga. Memang terdapat banyak kedai untuk cenderahati dan barang koleksi untuk watak anime comel, poster dan kafe bertemakan anime tetapi tidak semua orang Jepun adalah peminat anime dan manga.

Anda mungkin pernah mendengar perkataan "otaku" yang digunakan di luar Jepun untuk merujuk kepada peminat anime dan manga namun di Jepun perkataan "otaku" mempunyai makna negatif. Seorang otaku di Jepun dicirikan sebagai seorang lelaki yang lebih tua yang mendedikasikan hidupnya untuk sesuatu dengan cara yang obses dan oleh itu menghabiskan sebahagian besar waktunya di biliknya.

6. Makanan orang Jepun kebanyakannya sihat-sihat

makanan popular jepun 98

Orang Jepun rata-ratanya mempunyai badan yang kurus dan kita mungkin menyangka ianya disebabkan pemakanan mereka. Namun, tidak bermakna kebanyakan makanan yang diambil mereka sihat. 

Anda mungkin terkejut dengan jumlah makanan goreng, makanan yang diliputi mayonis dan makanan berkarbohidrat tingg yang digemari orang tempatan. Sudah tentu orang Jepun juga makan makanan sihat termasuk ikan, sup miso, dan sayur-sayuran tetapi makanan ini biasanya dimasak di rumah. 

7. Anime adalah bentuk hiburan paling popular

beza anime manga

Anime adalah industri bernilai $20 bilion dan tidak dinafikan popularitinya. Anime sememangnya popular di Jepun, tetapi manga sebenarnya lebih popular. Manga pada umumnya dianggap sebagai versi yang lebih dewasa dan ditulis dengan penceritaan lebih mendalam, buku-buku yang menjadi asas banyak anime.

Manga adalah fenomena budaya di Jepun. Salah satu sebabnya ialah pengangkutan awam merupakan sebahagian daripada hidup masyarakat Jepun. Lebih banyak orang melakukan perjalanan ke tempat kerja atau di seluruh negara dengan kereta api. Ini memberi mereka banyak masa membaca dan manga adalah pilihan utama untuk menghabiskan masa dalam pengangkutan awam.

Kredit:

  1. Japan Info
  2. Boutique Japan
  3. Tokyo Treat
  4. The Haruna Malaysia



Hakcipta iluminasi.com (2017)