Ada sesetengah pengunjung taman tema gemar menaiki permainan roller coaster kerana mahukan "keseronokan" dan keterujaan permainan tersebut bergerak laju secara menjunam. Dalam bahasa mudanya, mereka gemarkan "adrenaline rush" yang terhasil daripada permainan ini.
Namun, tidak semua yang berani menaiki roller coaster berani melakukan sukan ekstrim bungee jumping. Walaupun kedua-duanya seakan sama dari konsep pergerakan jatuhan secara menjunam, tidak ramai yang berani mencuba bungee jumping atas faktor gayat berada di tempat tinggi.
BESARKAN TEKS A- A+
Bagi yang tidak tahu, sukan bungee jumping dikategorikan sebagai sebuah sukan ekstrim memandangkan risiko besar yang terdapat padanya. Hanya sedikit kesilapan atau kerosakan kecil pada alatannya mampu membuatkan pengguna terkorban. Maka, tidak hairanlah kebanyakan syarikat insurans atau takaful meletakkan klausa bahawa pihak mereka tidak akan menanggung sebarang pampasan sekitaranya terjadi kecelakaan daripada permainan ini.
Menariknya, walaupun dianggap sebagai sejenis sukan ekstrim, bungee jumping sebenarnya berasal daripada sebuah ritual yang diamalkan oleh sebuah masyarakat orang asli di Vanuatu. Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 7 lokasi bungee jumping tertinggi di dunia.
7. Empangan Kölnbrein, Austria - 169m
Empangan Kölnbrein yang terletak di Austria ini dibuka pada tahun 1979. Ianya terletak di Carinthia dan merupakan antara empangan tertinggi di Eropah. Walau bagaimanapun, fasiliti untuk sukan bungee jumping hanya dibuka pada tahun 2010 apabila satu laluan pejalan kaki dibina bagi membolehkan pelancong mengakses bahagian tengah empangan ini.
Lokasi ini berada di tangga ke 7 dalam senarai ini dimana penerjun akan membuat terjunan setinggi 169 meter. Sekiranya anda seorang penerjun bungee jumping dan mahukan lebih cabaran, mungkin boleh ke sini terlebih dahulu sebelum ke lokasi-lokasi lain di bawah ini.
6. Jambatan Niouc, Switzerland - 190m
Fasiliti pusat bungee jumping di sini menyajikan pengalaman yang unik dimana para penerjun akan melakukan terjunan ke dalam gaung. Para penerjun akan melakukan terjunan dari atas jambatan ini yang juga merupakan jambatan gantung tertinggi di dunia.
Selain bungee jumping, terdapat tarikan lain seperti sebuah buaian gergasi yang tergantung daripada jambatan ini. Para pelancong juga boleh berjalan meniti jambatan gantung besi ini dan bagi yang gayat, ianya pasti menakutkan kerana jambatan ini turut bergoyang.
5. Jambatan Europabrücke, Austria- 192m
Kawasasan pergunungan Alps sememangnya menyajikan pemandangan gunung-ganang yang sangat mengasyikkan. Di Jambatan Europabrücke yang terletak di Australia pula, peminat bungee jumping boleh melakukan terjunan dari atas jambatan ini yang merupakan salah satu jambatan tertinggi di Eropah.
Fasiliti bungee jumping ini dikelolakan oleh syarikat Rupert Hirner Bungy Jumping dan para penerjun akan membuat terjunan setinggi 192 meter, meletakkannya sebagai lokasi ke 5 bungee jumping tertinggi dunia.
4. Jambatan Bloukrans, Afrika Selatan - 216m
Dengan ketinggian terjunan 216 meter, lokasi ini memegang takhta sebagai lokasi keempatan tertinggi di dunia untuk terjunan bungee jumping. Ianya terletak di Jambatan Bloukrans, Afrika Selatan dan mula dibuka untuk terjunan komersial pada tahun 1990.
Dari atas jambatan, penerjun dapat melihat pemandangan kawasan sekitar yang amat mengagumkan. Malah, terdapat laluan pejalan kaki tambahan yang dibina bagi membolehkan pelancong memanjat ke bahagian atas gerbang jambatan itu untuk melihat pemandangan sekeliling.
3. Empangan Contra, Switzerland - 220m
Salah satu filem Bond bertajuk Golden Eyeshot tayangan tahun 1995 telah melonjakkan nama tempat ini sebagai salah satu lokasi bungee jumping paling popular di dunia. Video di atas merupakan paparan terjunan di kawasan ini yang telah dimuatkan dalam filem Golden Eyeshot.
Kesemua fasiliti bungee jumping di seluruh dunia hanya membenarkan terjunan dilakukan pada waktu siang. Namun, fasiliti disini memberikan kelainan kerana penerjun juga dibenarkan untuk membuat terjunan pada waktu malam.
2. Menara Macau, China - 338m
Fasiliti bungee jumping komersial yang kedua tertinggi di dunia terletak di China atau lebih tepat lagi di Menara Macau. Menara setinggi 338 meter ini dilengkapi dengan platform peninjau pada bahagian atasnya yang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan sekitaranya dengan lebih jelas.
Fasiliti terjunan ini terletak pada ketinggian 233 meter dan diuruskan ole syarikat AJ Hackett. Kerana lokasinya di menara ini, maka ianya turut dilengkapi alatan dan tali khas yang akan menghalang penerjun daripada tergantung dan menghentam menara ini.
1. Jambatan Balinghe, China - 370m
Pada ketinggian 377.25 meter, Balin atau Jambatan Balinghe merupakan antara jambatan tertinggi di dunia. Jambatan ini memiliki kepanjangan 2237 meter merentasi Sungai Balin yang terletak di daerah Guizhou di China.
Pada 12 Januari 2019 yang lalu, pihak Guinness World Records baru sahaja mengiktiraf fasiliti bungee jumping disini adalah yang tertinggi di dunia. Pada hari yang bersejarah ini, 12 orang penerjun bungee jumping professional dan 6 orang penerjun amatur telah membuat terjunan bersejarah untuk mengukur ketinggian bungee jumping di sini.
Kredit: