bungee jumping

Bagi anda yang gemarkan sukan ekstrim dan tidak takutkan ketinggian, sukan "bungee jumping" semestinya wujud dalam wishlist sukan yang ingin dicuba sekurang-kurang sekali dalam seumur hidup. Walaupun diikat dengan tali keselamatan, sememangnya tidak ramai yang betul-betul berani mencubanya.

Penerjun yang ingin membuat terjunan perlulah memakai abah-abah yang diikat disambung dengan kabel atau tali elastik yang diikat pada jambatan, bangunan, kren atau apa-apa sahaja sktruktur atau binaan di kedudukan yang lebih tinggi.

Tidak kira sama ada anda pernah atau tidak pernah mencuba bungee jumping, pernahkah anda tertanya-tanya daripada manakah asalnya sukan ekstrim ini? Kali ini iluminasi ingin berkongsi sedikit sebanyak sejarah sukan bungee jumping ini yang semakin popular di seluruh dunia.

Asal-usul Bungee Jumping

bungee jumping di pulau vanuatu

Sekiranya anda tidak tahu, idea mengenai Bungee Jumping ini diinspirasikan daripada amalan sebuah etnik orang asli yang menetap di Pulau Pentecost, Vanuatu. Apabila musim menuai, golongan lelaki akan membuat ritual penerjunan daripada tempat tinggi ke tanah.

Mereka akan membina sebuah menara yang diperbuat daripada ranting-ranting kayu. Kemudian, setiap penerjun akan mengikat kaki mereka dengan akar kayu yang panjang dan anjal sebelum melakukan terjunan. Dalam ritual ini, kepala setiap penerjun akan mencecah tanah.

Secara tradisinya, upaca penerjunan ini biasanya dilakukan antara bulan April dan Jun sebagai salah satu ritual sempena musim menuai yang disambut setiap tahun. Tempoh masa antara April dan Jun ini juga dipilih kerana pada ketika ini, akar-akar kayu berada dalam keadaan lembap dan elastik, cukup kuat untuk menampung berat badan setiap penerjun.

Upacara penerjunan ini dilakukan sebagai simbolik berdoa agar mereka memperoleh hasil pertanian yang banyak pada tahun berikutnya. Sementara itu, bagi penerjun ianya juga simbolik bagi seorang lelaki yang akan masuk ke alam dewasa. Ketika berumur 7 atau 8 tahun, iaitu setelah bersunat, setiap kanak-kanak lelaki akan melakukan penerjunan pertama mereka sebagai simbolik penghijrahan mereka dari alam kanak-kanak ke alam orang dewasa.

menara kayu bungee jumping

Secara tradisinya, hanya orang lelaki yang dibenarkan untuk membuat penerjunan. Walau bagaimanapun, kaum wanita dibenarkan untuk datang melihat acara ritual ini dan memberi sokongan moral kepada para penerjun. Pembinaan menara kayu ini bukanlah mudah dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Golongan lelaki yang terlibat dalam acara penerjunan ritual ini biasanya akan tinggal bersama di dalam pondok selama beberapa minggu sementara membina menara kayu ini. Menara kayu yang dibina juga mempunyai beberapa platform berbeza ketinggian dimana mereka yang lebih muda akan membuat terjunan daripada platform yang lebih rendah sementara mereka yang lebih berpengalaman akan membuat terjunan daripada platform yang lebih tinggi.

Ketika dalam fasa persiapan ini juga, setiap lelaki yang terlibat tidak dibenarkan bergaul dengan mana-mana wanita. Mereka dikehendaki meluangkan masa untuk membersihkan dan melapangkan fikiran sebelum melakukan terjunan.

Sebelum membuat penerjunan, seorang daripada ahli komuniti ini yang pakar akan memilih akar yang sesuai untuk diikat pada kedua-kedua kaki penerjun. Akar yang dipilih adalah berlainan bagi setiap penerjun, bergantung kepada ketinggian dan berat badan penerjun. Pemilihan akar yang sesuai ini sangat penting untuk memastikan setiap penerjun tidak tercedera selepas membuat lompatan.

Setelah akar diikat kemas pada kaki penerjun, mereka akan menyilangkan kedua-dua tangan di dada sebelum membuat terjunan. Setiap penerjun juga akan terjun sejauh yang mungkin daripada menara kayu demi keselamatan mereka. Akar kayu akan tersentap sebelum penerjun jatuh ke tanah. Teknik terjunan yang betul amatlah penting bagi mengelakkan risiko kecederaan terutamanya pada bahagian kepala penerjun.

Idea penciptaan sukan Bungee Jumping

sukan ekstrim bungee jumping

Mengikut sejarah, sekumpulan pemuda daripada Oxford University Dangerous Sports Club iaitu David Kirke, Geoff Tabin dan Simon Keeling adalah antara orang yang terawal melakukan aksi terjunan yang dikenali sebagai bungee jumping ini. Mereka mendapat idea untuk melakukan terjunan ini berdasarkan amalan ritual etnik orang asli di Pulau Vanuatu.

Terjunan pertama telah dilakukan dari Clifton Suspension Bridge pada ketinggian 76 meter. Malangnya mereka telah ditangap oleh pihak polis tidak berapa lama kemudian. Walau bagaimanapun, mereka tetap meneruskan aktiviti penerjunan dengan membuat penerjunan dari beberapa jambatan di Amerika Syarikat. Salah satu penerjunan yang dibuat di Amerika Syarikat telah ditaja dan disiarkan oleh salah sebuah syarikat penyiaran, seterusnya meluaskan pengaruh dan konsep aktiviti penerjunan ini ke seluruh dunia.

Semenjak dari awal sukan ekstrim ini diperkenalkan, berjuta-juta terjunan telah dilakukan oleh manusia dari seluruh dunia. Untuk keselamatan setiap penerjun, pihak operator biasanya akan melakukan semakan keselamatan yang ketat bagi memastikan kabel atau tali dan alatan yang digunakan selamat bagi setiap penerjun.

Kes kecederaan atau kematian sangat-sangat jarang dilaporkan dalam sukan ini. Sekiranya berlaku, ianya berkemungkinan besar berpunca daripada kesilapan pihak operator mengira kepanjangan tali yang sesuai digunakan. Beranikah anda mencuba sukan ini, sekurang-kurangnya sekali seumur hid

Kredit:

  1. Encyclopaedia Britannica
  2. WikiPedia

tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)