Sukan sepatutnya menyeronokkan dan menyihatkan bukan? Namun anda perlulah berhati-hati kerana kebanyakan sukan mempunyai sedikit risiko kecederaan dan ada juga yang berisiko tinggi. Menurut kajian yang dilakukan NEISS atau National Electronic Injury Surveillance System, ada beberapa sukan paling berisiko mendapat kecederaan dan dianggap sukan yang berbahaya. Kami ingin kongsikan bersama anda 10 sukan paling banyak menyebabkan kecederaan di dunia.

10. Lacrosse

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sukan Lacrosse semakin mendapat sambutan di kalangan peminat dan penubuhan Liga Lacrosse pada tahun 1999 di Amerika Syarikat membuatkan jumlah kecederaan akibat sukan ini meningkat. Lebih 40% kecederaan disebabkan terseliuh atau kekejangan. Sukan yang kelihatan seperti gabungan ragbi dan bola baling ini menggunakan alat khas untuk menangkap dan melemparkan bola.

Oleh sebab sukan ini agak berbahaya, setiap pemain diharuskan memakai alat perlindungan seperti pelindung kepala, bahu serta tangan. Walaupun sukan ini belum tersebar luas ke seluruh dunia namun kecederaan akibat dari sukan ini yang telah dilaporkan adalah setinggi 90,000 kes setahun.

9. Kasut roda

skating

Sukan kasut beroda sangat popular sejak awal tahun 70-an lagi. Terdapat dua jenis sukan kasut beroda yang paling popular iaitu Roller Skating dan In-line Skating.

Bagi sukan Roller Skating, jumlah kecederaan setahun adalah lebih daripada 81,000 kes manakala In-line Skating pula mencatat sebanyak 17,000 kes menjadikan jumlah keseluruhannya hampir mencecah 100,000 kecederaan setahun. Kes kecederaan yang paling tinggi melibatkan mereka yang berumur 5 hingga 14 tahun di mana pada peringkat awal latihan sememangnya mereka lebih cenderung untuk jatuh. Peluang untuk cedera adalah lebih tinggi kepada mereka yang kurang bersukan dan pertama kali mencuba kasut roda.

8. Snowboarding dan Skiing

snowboarding

Sukan papan luncur salji ini merupakan sukan musim sejuk yang memerlukan tempat khusus untuk bermain seperti kawasan pergunungan yang diliputi sajli. Sukan yang memerlukan ketinggian lokasi dan juga kelicinan ais ini mencatatkan lebih kurang 103,000 kecederaan setahun dan 38,585 daripadanya melibatkan mereka yang berusia 15-24 tahun. Kaum lelaki mendominasi jumlah kecederaan dengan 2/3 daripada jumlah itu berbanding wanita. Sama seperti sukan lain, mereka yang banyak mengalami kecederaan adalah yang baru belajar atau pertama kali mencubanya.

7. Papan selaju

skateboarding

Sukan papan selaju atau skateboarding ini mungkin tidak begitu asing dengan remaja yang tinggal di pusat bandar. Ia juga dikenali sebagai salah satu sukan ekstrim yang kerap menyebabkan kecederaan. Purata sebanyak 130,000 jumlah kecederaan yang dilaporkan setiap tahun disebabkan oleh sukan ini. 59,000 daripada jumlah itu berpunca daripada mereka yang berumur antara 5-14 tahun dan 56,000 kes lagi dalam lingkungan umur 15-25 tahun. Jurang perbezaan jantina agak besar di mana 110,000 kecederaan ini dirasai oleh kaum lelaki. Walaupun sukan papan selaju atau skateboarding ini pada asalnya hanya dimainkan untuk bersuka ria dan beriadah, namun semakin lama sukan ini menjadi semakin rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menjadi juara mana-mana pertandingan.

6. Sukan renang

renang

Disebabkan tubuh manusia tidak dijadikan untuk bernafas di dalam air seperti hidupan laut, risiko sukan berbahaya ini juga terpaksa dihadapi oleh perenang yang mahir dan berpengalaman. Walau bagaimanapun, kes lemas bukanlah penyebab utama kecederaan sukan renang. Sebaliknya ia sering berpunca daripada kekejangan otot, pengsan dan lain-lain lagi. Purata tahunan sebanyak 202,000 kecederaan yang dilaporkan termasuk kecederaan menggunakan peralatan di kolam renang, keadaan lantai licin dan pelbagai lagi.

5. Bola sepak

bola sepak

Tidak hairanlah jika sukan paling digemari ramai ini mempunyai jumlah kecederaan yang tinggi. Sukan ini menjadi bahaya disebabkan peserta bukan sahaja berisiko untuk cedera malah boleh mencederakan dan dicederakan oleh pihak lawan mahupun pasukan sendiri. Dilaporkan lebih kurang 226,000 kecederaan yang berlaku setiap tahun berpunca daripada sukan ini. Bahagian dari paras pinggang hingga ke bawah merupakan tempat paling banyak mengalami kecederaan. Aduh!

4. Besbol/sofbal

baseball

Walaupun sukan ini memerlukan penggunaan kayu pemukul yang keras, namun kebanyakan kecederaan yang terjadi bukanlah berpunca daripada kayu pemukul. Dilaporkan sukan ini menyebabkan sebanyak 282,000 kes kecederaan setahun dan kes-kes itu melibatkan bahu terkehel akibat balingan, cedera bahagian lutut akibat larian, kecederaan di bahagian kepala akibat terkena bola yang laju dan sebagainya. 

3. Bola sepak Amerika

american football

Salah satu sukan yang terkenal dengan kecederaan di kalangan remaja ialah American Football. Walaupun sukan ini tidak begitu popular di Asia, namun jumlah kecederaan yang dilaporkan akibat sukan ini ialah sebanyak 489,000 kes setahun. Namun, daripada jumlah itu, hanya 2% sahaja yang memerlukan rawatan lanjut di hospital. Hal ini demikian kerana sukan ini mewajibkan pemain memakai perlindungan badan yang sesuai dengan tahap kelasakannya. Seperti sukan-sukan yang lain, paling ramai cedera ialah pemain amatur yang berusia 5-14 tahun manakala golongan wanita hanya menyumbang sebanyak 3% sahaja daripada jumlah kecederaan yang dilaporkan.

2. Bola keranjang

basketball

Anda mungkin tidak menyangka sukan bola jaring memperolehi jumlah kes kecederaan tinggi berbanding bola sepak bukan? Bukan itu sahaja, malah jumlah kecederaan yang dicatatkan akibat sukan ini adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada sukan bola sepak. Sebanyak 528,000 kecederaan yang dilaporkan setiap tahun dan sebahagian besarnya terjadi kepada pemain lingkungan umur 15-24 tahun. Pemain yang lebih muda iaitu berumur 5-14 tahun pula mencatatkan jumlah kecederaan sebanyak 165 ribu kes. Ini disebabkan mereka perlu banyak berlatih lompatan di dalam sukan ini yang meninggikan risiko kecederaan di bahagian tulang dan otot.

1. Lumba basikal

lumba basikal

Jumlah kecederaan akibat sukan ini mencecah sehingga 541,000 kes setahun dengan sebahagian besar darinya adalah mereka yang berumur 5-14 tahun iaitu sebanyak 206,000 kes. Kecederaan adalah perkara biasa bagi pelumba basikal yang baru mencuba atau belajar menunggangnya. Kecederaan akibat sukan ini juga adakalanya menjadi begitu serius apabila diambil kira kelajuan dan keadaan permukaan jalan serta halangan yang sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia jika berlaku kemalangan. Antara sukan lumba basikal yang paling berisiko menghadapi kecederaan adalah lumba basikal ekstrim, offroad dan juga lumba pecut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)