Banyak sukan yang ada masa kini sudah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu. Bergantung pada jenis sukan, setiap pertandingan biasanya akan menarik ribuan hingga puluhan ribu penonton yang datang ke pusat pertandingan untuk menyokong atlit atau pasukan kegemaran mereka bertanding.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis sukan yang pernah sangat popular satu ketika dahulu tetapi tetapi sudah pupus ditelan zaman. Kebanyakan permainan sebegini makin kurang dimainkan memandangkan ia mendatangkan risiko kecederaan yang serius kepada peserta, penonton, dan kadang-kadang haiwan yang terlibat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi beberapa jenis sukan zaman dahulu yang tidak lagi wujud dan dimainkan lagi pada masa kini. Melihatkan kepada beberapa elemen negatif yang wujud pada sesetengah sukan ini, ada bagusnya juga sesetengah sukan ini tidak lagi dimainkan pada masa kini.

1. Perlumbaan chariot

perlumbaan chariot

Sukan perlumbaan kereta ini begitu popular di Yunani kuno dan Rom. Perlumbaan chariot adalah antara sukan dalam Sukan Olimpik yang terawal serta dalam banyak perayaan Yunani dan Rom.

Sukan ini mengandungi elemen ganas dan peserta mempunyai risiko untuk terbunuh. Dalam sesebuah pertandingan, pemandu mencambuk bukan hanya kuda mereka tetapi juga pesaing mereka. Kereta kuda yang laju cenderung untuk berlanggar dan pemandu sering terbunuh atau cedera parah akibat perlanggaran ini.

Walaupun sangat merbahaya, sukan ini dianggap sebagai hiburan kepada penonton. Sukan berbahaya seperti ini adalah salah satu cara untuk seorang hamba atau orang miskin untuk meningkatkan status mereka dalam kehidupan kerana mereka akan memperoleh hadiah wang tunai yang cukup lumayan.

2. Jousting

jousting

Sukan yang cukup popular pada abad ke 15. Malah, sukan ini juga ada dipaparkan dalam beberapa filem Barat. Dalam sukan ini, peserta yang terdiri daripada dua penunggang baju perisai akan menghadapi satu sama lain di tengah padang padang.

Keduanya akan bergerak pantas sambil menunggang dan menuju ke arah satu sama lain dengan menghunuskan tombak ke arah lawan mereka. Setiap peserta akan cuba menjatuhkan pesaingnya dari kuda atau memecahkan perisainya.

Sukan ini secara umumnya tidak lagi dipertandingkan kerana terdapat elemen keganasan dan risiko tinggi kecederaan. Ianya digantikan dengan sukan equestrian sejak abad ke 17 yang turut sama menguji kepakaran penunggang kuda mengawal haiwan tunggangan mereka.

3. Naumachia

naumachia 234

Naumachia merupakan satu lagi sukan yang mengandungi elemen keganasan untuk tujuan hiburan. Kapal khas yang dibina diletakkan di arena perlawan yang penuh air dan dinaikikru yang akan berlawan umpama sebuah pertempuran sebenar di laut.

Kebiasaannya, peserta yang terlibat dalam sukan ini terdiri daripada banduan ataupun hamba yang tidak mempunyai pilihan selain daripada memenagi pertarungan ini untuk terus hidup.

Naumachiae merupakan sebuah sukan bukan sahaja merugikan nyawa ramai manusia, tetapi perlaksanaannya melibatkan begitu banyak wang yang dibazirkan untuk pembinaan kapal dan syukurlah sukan sebegini tidak lagi dipertandingkan pada masa kini.

4. Balingan musang ke udara

Satu lagi sukan purba yang melibatkan penyiksaan terhadap haiwan untuk keseronokan pada abad ke 17 dan 18. Satu pasukan yang terdiri daripada 2 orang akan memang setiap hujung kain atau tali getah.

Kemudian, beberapa ekor musang akan dilepaskan ke dalam gelanggang pertandingan dan dibiarkan berlari bebas dalam gelanggang. Sebaik sahaja musang tersebut didapati melintas kain yang dipegang oleh sesuatu pasukan, mereka berdua akan cuba menarik tali tersebut sekuat yang mungkin sehingga menyebabkan musang tersebut melambung tinggi ke udara.

Pasukan yang berjaya melambungkan musang tersebut ke udara paling tinggi dikira sebagai pemenang. Kebiasaannya, musang-musang yang terlibat akan mengalami kecederaan parah dan trauma. Ada baiknya juga sukan sebegini pupus buat selama-lamanya kerana ia langsung tidak mendatangkan manfaat.

5. Knattleikr

knattleikr

Knattleikr adalah sejenis sukan kuno yang dimainkan oleh orang Vikings dan suka ini dianggap serupa dengan lacrosse moden. Pemain menggunakan kayu pemukul dan tangan mereka untuk memukul bola kayu keras ke arah gol.

Penggunaan badan atau fizikal sangat digalakkan dan merupakan sebahagian daripada objektif keseluruhan permainan. Dua pasukan akan berlawan dan setiap peserta akan dipadankan dengan seorang lagi peserta dari pasukan lawan dan keduanya hanya boleh berlawanan antara kedua mereka sahaja dan tidak boleh mengganggu orang lain.

Selain mengejar lawan anda, peserta juga dibenarkan untuk memukul lawan dan menjatuhkan mereka ke tanah. Walaupun dilihat sangat kasar, jarang kedengaran peserta yang terbunuh akibat sukan ini.

6. Pankration

pankration 478

Pankration adalah salah satu sukan paling popular pada Sukan Olimpik awal dan mula diperkenalkan ke Sukan Olimpik pada tahun 648 SM. Orang Yunani kuno menganggap sukan itu sebagai sukan yang menguji kekuatan dan teknik peserta.

Sukan ini boleh dianggap sebagai kombinasi antara sukan tinju dan gusti. Peserta bebas menggunakan apa cara sekalipun tetapi mereka tidak dibenarkan menggigit serta mencederakan mata, hidung dan mulut lawan mereka.

Peserta akan berlawan dan keadaan badan mereka berminyak dan bogel. Peserta yang menyentuh tanah sebanyak 3 kali dikira sebagai kalah. Sekiranya sukan ini dipertandingkan di luar Sukan Olimpik, peserta akan berlawan sehingga salah seorang daripada mereka mati atau mengaku kalah.

7. Hayunan pemukul

Sukan ini dikatakan berasal dari India dan merupakan cara terbaik untuk meningkatkan kekuatan para askar ketika itu. Malah, pasukan tentera British yang menjajah India kemudiannya turut memasukkan sukan ini sebagai rutin askar mereka untuk meningkatkan kekuatan fizikal askar mereka.

Menariknya, sukan ini pernah dipertandingkan dalam Sukan Olimpik musim panas pada tahun 1904 dan 1932 yang kedua-duanya dipertandingkan di Amerika Syarikat. Walaupun berasal dari India, sukan ini popular di Amerika Syarikat sehinggalah tahun 1950-an sebelum pupus ditelan zaman.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)