Bencana atau insiden tanah runtuh boleh berlaku di mana-mana sahaja yang terdapat kawasan bukit dan gunung. Tanah runtuh merujuk kepada sebarang bentuk pergerakan jisim yang dicirikan oleh pergerakan batu, tanah, atau serpihan lain menuruni bukit dibantu oleh graviti.

Tanah runtuh boleh berlaku di bawah air yang mengakibatkan tanah runtuh di dasar laut. Walaupun majoriti tanah runtuh yang dialami di seluruh dunia disebabkan oleh pelbagai faktor, pencetus terbesar adalah kewujudan air yang berlebihan seperti ketika musim hujan. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Di Malaysia juga, kita seringkali menyaksikan kejadian tanah runtuh apabila musim hujan tiba dan hujan turun dengan lebatnya untuk beberapa hari. Kali ini kami ingin kongsikan 7 kejadian tanah runtuh paling dahsyat yang pernah direkodkan di dunia yang mengakibatkan kehilangan banyak nyawa manusia.

7. Huaraz, Ancash, Peru (Disember 1941) - 5,000 Kematian

tanah runtuh peru 1941

Pada Disember 1941, penduduk Huaraz, sebuah bandar Peru di wilayah Ancash, awalnya langsung tidak menyangkan glasier yang berundur di atas bandar mereka  akan mendatangkan malapetaka kepada penduduknya dan meragut ribuan nyawa yang tinggal di bandar tersebut.

Sejurus sebelum subuh pada 13 Disember 1941, bencana melanda bandar Peru ini apabila tanah runtuh mengakibatkan ais glasier terhempas ke Tasik Palcacocha, menghasilkan ombak besar yang memusnahkan sepenuhnya empangan di tasik itu. Akibatnya, sejumlah besar air yang sarat dengan lumpur, batu dan ais, ke lembah di bawah dengan daya yang luar biasa tinggi.

Satu lagi empangan di Tasik Jircacocha berhampiran juga dipecahkan oleh air glasier yang mengalir, mengakibatkan air yang mengali keluar dari kedua-dua tasik itu membanjiri bandar Huaraz dan tragedi ini telah meragut lebih 5,000 nyawa

6. Gunung Kelud Jawa Timur, Indonesia (Mei 1919) - 5,000+ Kematian

lahar gunung kelud

Gunung Kelud, di Jawa Timur, Indonesia, cukup terkenal sebagai gunung berapi yang sangat aktif dan berbahaya dan telah meletus kira-kira 30 kali pada masa lalu membunuh beribu-ribu orang. Salah satu letusan paling dahsyat gunung berapi ini berlaku pada 19 Mei 1919.

Pada haritu terserbut, lebih 38 juta meter padu air dikeluarkan dari tasik kawah gunung berapi yang telah mengumpul sejumlah besar sedimen dan membentuk lahar maut. Lahar bergerak menuruni gunung dengan halaju yang tinggi dan menghanyutkan dan menenggelamkan semua rumah dan penduduk tempat yang berada di laluannya.

5. India Utara, Kedarnath, India (Jun 2013) - 5,700 Kematian

tanah runtuh kedarnath india 2013

Salah satu bencana alam terburuk dalam sejarah India berlaku pada Jun 2013, apabila banjir kilat yang mengorbankan kira-kira 5,700 orang di negeri Himalaya, Uttarakhand. Hujan monsun yang tidak henti-henti dikatakan sebagai penyebab utamanya.

Walau bagaimanapun, sebilangan ahli alam sekitar, saintis, dan orang awam yang berpendidikan berpendapat sebaliknya. Menurut mereka, campur tangan manusia yang tidak bertimbang rasa dalam ekosistem gunung Himalaya telah menyebabkan ekosistem itu sangat rapuh dan terdedah kepada bencana.

Pelancongan yang tidak terkawal di rantau ini telah menggalakkan pertumbuhan pesat hotel, jalan raya dan kedai di seluruh wilayah tanpa menghiraukan undang-undang alam sekitar dan tuntutan ekosistem. Tumbuhnya empangan hidroelektrik di Uttarakhand juga merupakan satu lagi faktor penting yang bertanggungjawab terhadap kerosakan alam sekitar.

Hujan lebat sebelum ini telah direkodkan di wilayah itu yang turut menyebabkan banjir kilat, tetapi kemusnahan yang dihasilkan pada 2013 adalah luar biasa. Dipercayai air banjir tidak mempunyai alur keluar kerana kebanyakan laluan yang dilalui air sebelum ini kini tersumbat oleh pasir dan batu.

4. Yungay dan Ranrahirca, Peru (Mei 1970) - 22,000 Kematian 

avalanche peru

Pada bulan Mei 1970, gempa bumi mencetuskan satu siri besar tanah runtuh dan gelongsoran batu dan salji yang menimbus bandar Yungay dan Ranrahirca di Peu. Hampir 22,000 orang terkorban dalam bencana alam ini.

Saliran runtuhan itu menempuh jarak 16.5 kilometer. Ia akhirnya membawa 50-100 juta meter padu air, lumpur, dan batu yang sampai ke perkampungan Yungay dan menenggelamkan dan menimbus semua hidupan di bawahnya. 

3. Tragedi Armero, Tolima, Colombia (November 1985)  - 23,000 Kematian

tragedi armero

Sebuah gunung berapi yang tidak aktif, Nevado del Ruiz di Tolima, Colombia, tiba-tiba hidup pada 13 November 1985, mendatangkan malapetaka di kampung dan pekan berhampiran dan membunuh seramai 23,000 orang. Aliran piroklastik dari kawah gunung berapi telah mencairkan glasier di gunung itu dan menghantar lahar maut, tepu dengan lumpur, ais, salji, dan serpihan gunung berapi.

Lahar ini kemudiannya menuruni gunung dengan kelajuan yang membunuh ke arah kawasan perumahan betul-betul di bawahnya. Lahar tidak lama kemudian menyelubungi bandar Armero, membunuh beribu-ribu orang di sana dan beberapa bandar berdekatan lain seperti Chinchiná.

2. Tragedi Vargas, Vargas, Venezuela (Disember 1999)  - 30,000 Kematian

tragedi vargas

Musim Sejuk 1999 menyaksikan hujan lebat yang luar biasa di negeri Vargas Venezuela. Hujan itu mencetuskan beberapa siri banjir kilat besar dan kecil serta aliran serpihan yang meragut kira-kira 30,000 nyawa di wilayah itu.

Seperti yang dianggarkan, kira-kira 10% penduduk Vargas terkorban dalam bencana ini. Seluruh bandar Carmen de Uria dan Cerro Grande lenyap sepenuhnya di bawah dasar lumpur, dan sejumlah besar rumah dihanyutkan ke lautan berdekatan.

1. Haiyuan, Ningxia, China (Disember 1920) - 100,000+ Kematian

tanah runtuh haiyuan 684

Gempa bumi di Haiyuan pada mangnitud 8.5 skala Ritcher adalah gempa bumi kedua paling dahsyat di dunia pada Abad ke-20. Ia menjana satu siri 675 tanah runtuh besar yang menyebabkan kemusnahan besar-besaran kepada nyawa dan harta benda.

Bencana alam yang melanda daerah luar bandar Haiyuan pada petang 16 Disember 1920 ini dikatakan meragut lebih 100,000 nyawa. Selain itu, ia merosakkan kawasan seluas kira-kira 20,000 kilometer persegi. Kawasan yang paling teruk terjejas termasuk pusat gempa bumi di Daerah Haiyuan di kawasan yang kini dikenali sebagai Wilayah Autonomi Ningxia Hui, serta wilayah Gansu dan Shaanxi.

Daerah Haiyuan sahaja kehilangan lebih daripada 50% penduduknya dalam bencana itu. Salah satu tanah runtuh juga telah menimbus seluruh kampung di Daerah Xiji.

Kredit:

  1. World Atlas
  2. Ranker
  3. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)