Apple adalah antara syarikat yang paling berharga pada ketika ini dan adalah tidak pelik jika syarikat ini menggunakan cara yang agak dahsyat untuk mengelakkan maklumat tentang produknya yang akan datang bocor sebelum dikeluarkan secara rasmi.

Banyak syarikat juga melakukan perkara yang sama namun Apple mempunyai insentif yang lebih jauh.

Malah, ia merupakan antara syarikat yang paling banyak ditiru di dunia dan kebocoran maklumat secara konsisten boleh memberikan kesan buruk kepada kewangan serta memberikan kelebihan kepada pesaing dan peniru.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 8 cara dahsyat Apple gunakan untuk menjaga kerahsiaan produk yang belum dikeluarkan.

8. Upah syarikat forensik digital untuk dedahkan kebocoran

apple ambil perisik forensik cegah kebocoran maklumat

Memang tak dapat disangkal terdapat sebilangan kakitangan Apple yang suka membocorkan maklumat syarikat kepada pihak akhbar.

Trend ini sangat biasa sehinggakan memo tentang amaran kepada kakitangan terhadap pembocoran maklumat syarikat kepada akhbar juga bocor.

Tidak cukup dengan itu, perincian tentang mesyuarat di mana eksekutif syarikat membincangkan cara menangkap pembocor maklumat, juga bocor. Sebagai respon, Apple berusaha keras untuk mendedahkan kebocoran.

Malah, Apple mengikat kontrak perkhidmatan syarikat forensik digital seperti Global Security untuk mengesan dokumen syarikat yang bocor kembali ke sumbernya.

Setakat ini, Global Security berjaya mendedahkan beberapa kakitangan Apple yang membocorkan maklumat tentang produk yang belum dikeluarkan.

Ia juga bekerjasama dengan pembekal Apple untuk mengesan pembocor bersama-sama dengan mereka yang memperoleh kemasukan tanpa izin ke kawasan larangan atau mencuri paten, prototaip dan produk siap.

7. Saman pembekal

apple saman pembekal cegah kebocoran maklumat

Beberapa tahun dahulu, sebuah syarikat pembuat kaca sapphire yang dikenali sebagai GT Advanced telah bankrap.

Syarikat ini kemudiannya mengemukakan tuntutan terhadap Apple ketika tuntutan denda $50 juta yang dikenakan oleh Apple terhadap GT Advanced yang menyebabkannya musnah.

Tidak diketahui tentang maklumat terperinci saman tersebut kerana kedua-dua syarikat menandatangani perjanjian tanpa pendedahan. 

Walau bagaimanapun, dari keterangan terhad peguam GT Advanced yang dikemukakan di mahkamah, diketahui bahawa Apple menyaman GT Advanced kerana syarikat itu membocorkan maklumat tentang iPhone 6 yang masih belum dikeluarkan.

Peguam GT menggambarkan persetujuan di antara Apple dengan GT sebagai "menindas dan menyusahkan".

Menurut laporan, Apple kerap menyaman pembekalnya kerana maklumat bocor dikesan kembali ke fasiliti pembekal.

Para pembekal tidak boleh enggan membayar tuntutan kerana ia adalah sebahagian daripada syarat tersenarai dalam kontrak.

Apple dan GT kemudiannya bersetuju menyelesaikannya dengan kos $3.5 juta.

6. Gunakan bekas ejen perisik

apple ambil bekas ejen perisik cegah maklumat bocor

Salah satu daripada pembocoran paling teruk dihadapi Apple berlaku beberapa tahun lalu apabila seorang kakitangan pembekal China iaitu Jabil, mencuri beribu-ribu casing iPhone 5c yang masih belum dikeluarkan dan memberikannya kepada wartawan.

Apple bertindak balas dengan mengumpulkan sepasukan bekas tentera Amerika dan ejen perisik untuk memantau pembekal China, dikenali sebagai Pasukan Keselamatan Produk Baru.

Setiap ahli pasukan ini faham bahasa Cina jadi bahasa bukanlah satu penghalang.

Pasukan ini mempunyai akses tanpa had ke kilang pembekal di mana mereka mengaudit bekalan kilang dan memeriksa tong sampah untuk mengesahkan tiada bahan yang hilang.

Pasukan ini dilihatkan sebagai satu kejayaan besar, walaupun berlaku satu insiden di mana mereka menangkan beberapa pekerja yang menggali terowong untuk menyeludup produk Apple keluar dari kilang.

5. Guna nama kod untuk prototaip dan produk

apple guna kod nama untuk prototaip dan belum dikeluarkan

Apple menggunakan kod nama bagi semua prototaip dan produk yang belum dikeluarkan.

Dengan cara ini, tiada siapa yang akan tahu tentang produk tersebut walaupun kod namanya bocor.

Sebagai contoh, "Gizmo" adalah nama kod bagi jam Apple, "Systems" bagi Mac OS manakala iPhone diberikan nama kod "Purple".

iPhone dikembangkan dalam sebuah "lockdown room" khas yang diberi nama kod "Purple dorm".

Kakitangan yang bekerja dalam bilik ini mematuhi peraturan yang ketat seperti tidak boleh bercakap tentang prototaip iPhone di luar bilik berkenaan.

Komputer Power Macintosh 7100 diberi nama kod bersempena ahli astronomi Carl Sagan, namun Carl tidak kagum selepas mengetahuinya.

Apple membalas dengan menamakan semula kepada "Butt-headed Astronomer", membuatkan Carl memfailkan saman terhadap nama kod "Butt-headed Astronomer" dan kemudiannya "Cark Sagan".

Namun, Carl tewas dalam kedua-dua saman. Dia dan Apple kemudiannya mencapai persetujuan untuk memberikan nama kod "LAW" kepada komputer itu, yang bermaksud "Lawyers are Wimps" (Peguam adalah Pengecut).

Penamaan kontroversi ini berterusan bagi Mac OS 7.5, yang juga dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun 1994.

Ia pada mulanya diberi nama kod Mozart tetapi ditukarkan kepada Capone selepas Apple mengetahui bahawa Windows telah menamakan Windows 95 yang terbaru sebagai Chicago.

Pemilihan Capone oleh Apple adalah untuk membuat jenaka tentang Al Capone yang satu ketika dahulu menguasai jenayah di Chicago.

4. Bina bilik tertutup khas

apple bina bilik lockdown cegah maklumat bocor

Apple sanggup menamatkan kontrak dengan pembekal dan kontraktor untuk menjaga maklumat mereka, namun itu masih tidak cukup ketat jika dibandingkan dengan bagaimana syarikat ini melayan pekerja mereka sendiri.

Seperti kontraktor, kebanyakan pekerja Apple sendiri tidak tahu tentang produk yang belum dikeluarkan.

Kakitangan hanya diberitahu apa dan bila yang mereka perlu tahu.

Setiap pekerja tahu ada sesuatu yang sedang dilakukan apabila mereka melihat seorang tukang kayu masuk ke pejabat mereka.

Walau bagaimanapun, selaras dengan dasar Apple, mereka tidak bertanya soalan kerana mereka tahu akan ada orang yang bercakap dengan mereka jika mereka perlu terlibat.

Tukang kayu tersebut kemudiannya membina bilik tanpa tingkap yang hanya terbuka untuk kakitangan yang dibenarkan dan bilik ini dikenali sebagai "lockdown room".

Ini merupakan tempat lahirnya kebanyakan produk dan perkhidmatan yang dibangunkan oleh Apple.

3. Ikat prototaip dengan rantai basikal

apple guna rantai basikal ikat ipad

Apple membangunkan iPad dalam salah satu bilik lockdown dan menurut individu yang menulis kod untuk iPad, dia adalah orang ke-6 yang menyentuh iPad sebelum dikeluarkan dan salah seorang daripada empat orang yang dibenarkan masuk ke dalam bilik lockdown yang mempunyai prototaip iPad.

Apple membina bingkai mengelilingi iPad tersebut mereka tidak tahu bagaimana rupa produk tersebut.

Malah, mereka juga tidak dapat menggerakkan tablet itu kerana Apple mengikatnya ke meja dengan rantai basikal.

Apple mengambil gambar setiap bahagian meja yang mengandungi iPad agar mereka dapat mengesan gambar yang bocor dengan membandingkan corak butiran kayu.

Para pembangun kod juga memberitahu nama dan nombor keselamatan mereka yang bekerja dalam bilik tersebut dicatat.

Mereka dilarang secara keras daripada bercakap dengan sesiapa sahaja tentang, termasuk majikan dan isteri mereka. 

2. Bina restoran khas untuk kakitangan

apple bina restoran khas untuk kakitangan

Untuk mencegah kakitangan daripada menyebarkan maklumat sulit, Apple sanggup memisahkan para pekerja dengan orang awam.

Ini apa yang berlaku pada tahun 2012, apabila Apple membina restoran eksklusif untuk kakitangannya sahaja di bekas ibu pejabatnya di Cupertino, California.

Pada ketika itu, Apple sudah mempunyai sebuah restoran dalam ibu pejabat Cupertino namun ia terbuka untuk pelawat dengan syarat mereka diiringi oleh pekerja.

Rupa-rupanya, kehadiran pekerja yang mengiringi pelawat tidak menghilangkan ketakutan Apple bahawa pesaing dan wartawan mungkin berkunjung untuk cuba mencuri dengar perbualan. 

Oleh itu, Apple membina restoran kedua khas untuk kakitangannya.

1. Melarang pekerja bercakap mengenai Apple dalam talian

apple larang kakitangan cakap tentang syarikat dalam talian

Apple mempunyai garis panduan terperinci mengenai apa yang boleh diperkatakan oleh pekerjanya mengenai syarikat dan rakan sekerja mereka.

Peraturan ini terpakai walaupun pekerja tersebut tidak memperkenalkan diri mereka sebagai pekerja Apple.

Sebagai contoh, tiada kakitangan yang boleh bercakap tentang pekerja lain tanpa kebenaran dari kakitangan yang terlibat.

Kakitangan tidak boleh menulis tentang Apple di blog atau laman sesawang, walaupun jika ia milik mereka atau Apple, atau komen mengenai khabar angin tentang Apple di mana sahaja di internet, walaupun itu hanya pendapat mereka sendiri.

Peraturan ini meliputi pekerja-pekerja yang memperkenalkan diri mereka sebagai pekerja Apple di media sosial.

Apple berkata bahawa kakitangannya harus bersikap dengan cara yang boleh diterima secara sosial kerana orang akan menganggap mereka sebagai wakil syarikat.

Sebagai contoh, mereka tidak boleh memberikan komen mengenai apa-apa perkara kontroversi di internet. 

Rujukan:

1. The Next Web

2. Techno Buffalo

3. Secrecy

3. Business Insider




Hakcipta iluminasi.com (2017)