gempa bumi paling teruk di dunia

Gempa bumi paling teruk biasanya tidak diambil kira dari berapa kuat gegarannya. Biasanya ia diambil kira melalui kadar kematian, kepadatan populasi dan ketahanan bangunan untuk menyerap gegaran. Beberapa bencana seperti gempa bumi Lautan Hindi pada 2004 dan gempa bumi Sendai di Jepun pada 2011 yang menghasilkan tsunami yang akan menambah lagi angka korban jiwa dan kerosakan.

Manakala 2 gempa bumi paling kuat pernah direkodkan seperti di Chile pada 1960 dan 2010 hanya mengorbankan sedikit nyawa. Berikut adalah senarai gempa bumi paling teruk pernah berlaku dari tahun 1950 dan ke atas.

6. Gempa bumi Kashmir (Kashmir bawah jajahan Pakistan)

gempa bumi kashmir

Sebuah gempa bumi berukuran 7.6 magnitud telah berlaku pada 8 Oktober 2005 di bahagian Kashmir jajahan Pakistan dan juga beberapa bahagian negara India dan Afghanistan. Bencana ini mengorbankan sekurangnya 79,000 orang dan lebih dari 32,000 bangunan runtuh di Kashmir sahaja.

Dengan korban tambahan di India dan Afghanistan, ia menjadikan gempa bumi ini salah satu yang terburuk berlaku pada masa itu. Bukan itu sahaja malah faktor waktu juga memburukkan lagi keadaan apabila ratusan ribu mangsa yang terselamat terpaksa menghadapi musim sejuk yang hampir tiba.

5. Gempa bumi Sichuan (Daerah Sichuan, China)

gempa bumi sichuan

Gempa bumi yang berlaku di Sichuan pada 2008 telah mengakibatkan lebih dari 5 juta orang penduduk kehilangan tempat tinggal. Bencana ini juga telah menyebabkan hampir separuh dari bandar Beichuan musnah akibat gelombang gempa bumi dan limpahan air dari tasik berdekatan.

Gempa bumi yang berlaku pada 12 Mei 2008 itu menyebabkan kerosakan kekal yang dahsyat kepada kawasan pergunungan di daerah Sichuan. Pusat gempa bumi yang berukuran 7.9 magnitud itu terletak di bandar Wenchuan, kira-kira 100km dari barat daya Chengdu, di mana 80% bangunan didirikan di kawasan mendatar. Akan tetapi, kesemua bandar dan kampung di kawasan pergunungan telah terjejas dengan teruk.

4. Gempa bumi Peru (barat Peru)

gempa bumi peru

Gempa bumi yang berlaku pada 31 May 1970 ini pada asalnya bermula di bahagian persisir pantai Peru. Ia telah menghasilkan kejadian tanah runtuh yang besar dan memusnahkan kebanyakan struktur bangunan yang tidak kukuh. Dianggarkan lebih kurang 70,000 orang telah terkorban.

Kawasan yang paling teruk terjejas ialah bandar-bandar berhampiran pantai di mana terletaknya pusat gempa dan juga di lembah Sungai Santa. Tanah runtuh yang paling teruk berlaku dari gunung tertinggi di Peru iaitu Gunung Huascarán, terletak di kawasan barat Andes. Runtuhan tanah dan salji yang laju itu telah menelan perkampungan Yungay, sebahagian besar Ranrahirca dan memusnahkan banyak lagi kampung lain yang berdekatan.

3. Gempa bumi Lautan Hindi dan Tsunami (basin Lautan Hindi)

tsunami aceh

Pada 26 Disember 2004, tepat jam 7.59 pagi waktu tempatan telah berlaku satu gempa bumi dasar laut dengan 9.1 magnitud di perairan Indonesia di Sumatera. 7 jam selepas itu, satu tsunami telah berlaku akibat gempa bumi itu sehingga melintasi Lautan Hindi dan merosakkan kawasan pantai sejauh Afrika Timur. Sesetengan kawasan merekodkan ombak setinggi 30 kaki (9 meter) dan lebih apabila ia menghentam perlabuhan.

Tsunami besar ini telah membunuh sekurang-kurangnya 225,000 orang di lebih dari sedozen negara. Negara yang paling terjejas ialah Indonesia, Sri Lanka, India, Maldives dan Thailand. Pihak berkuasa Indonesia menganggarkan lebih dari 200,000 kematian berlaku di negara itu sahaja, terutamanya Aceh yang terletak di bahagian utara Sumatera.

2. Gempa bumi Tangshan (Barat laut China)

gempa bumi tangshan

Bencana yang juga dikenali sebagai gempa bumi besar Tangshan ini berlaku pada 28 Julai 1976 dengan kekuatan 7.5 magnitud. Gempa bumi ini hampir meranapkan lombong bijih di China dan juga bandar perindustrian Tangshan yang terletak kira-kira 110km dari timur Beijing. 

Dari segi jumlah korban pula laporan rasmi mengatakan sejumlah 242,000 orang maut, tetapi mungkin melebihi sehingga 655,000 orang. Bencana ini juga mengakibatkan 700,000 orang cedera dan kerosakan yang berlaku sangatlah hebat hingga mencapai ke Beijing. Kebanyakan kematian adalah disebabkan oleh runtuhan bangunan yang tidak kukuh di mana ketika kejadian berlaku kebanyakan mangsa sedang tidur.

1. Gempa Bumi Haiti (Hispaniola)

gempa bumi haiti

Gempa bumi yang berlaku di Haiti pada 2010 telah memusnahkan kawasan metropolitan Port-au-Prince dan mengakibatkan lebih 1.5 juta orang kehilangan tempat tinggal. Gegaran pada pukul 4.53 petang, 12 Januari itu berlaku kira-kira 25km dari barat daya ibu negeri Haiti iaitu Port-au-Prince. Ia bermula dengan gegaran berukuran 7.0 magnitud dan kemudiannya disusuli pula dengan 2 lagi gempa bumi iringan bersaiz 5.9 dan 5.5 magnitud.

Beberapa lagi gegaran menyusul pada hari-hari seterusnya termasuk satu gegaran berukuran 5.9 magnitud yang melanda pada 20 Januari di Petit Goâve, sebuah bandar yang terletak kira-kira 55km dari barat Port-au-Prince. Haiti tidak pernah dilanda gempa bumi sebesar ini sejak dari kurun ke-18. Kejadian paling hampir dengan kekuatan gegaran ini berlaku pada 1984 iaitu sebanyak 6.9 magnitud dan gempa bumi berukuran 8.0 magnitud yang melanda Republik Dominican pada 1946.

Rujukan:

1. britannica

2. livescience

3. nbcnews


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)