Fedian Paleka youtuber yang dipenjara 12 tahun : Mirror
Setiap daripada kita pernah melakukan kesilapan dan mungkin pernah melakukan kejahatan. Cuma, kita tidaklah mewar-warkannya kepada orang ramai kerana kita sedar tindakan kita itu salah dan boleh menyebabkan kita dihukum atau didenda.
Namun, era kemajuan teknologi masa kini menyaksikan manusia makin hilang sifat malu itu dan mereka dengan bangganya merakam gambar atau video tindakan mereka yang salah itu dan tanpa segan silu berkongsikannya dengan orang ramai melalui akaun media sosial mereka sama ada Facebook, Tiktok, Twitter, YouTube dan sebagainya.
BESARKAN TEKS A- A+
Kali ini, mari lihat beberapa individu yang ditangkap dan dipenjarakan atas kesilapan bodoh mereka sendiri yang bukan sahaja merakamkan tindakan salah mereka, tetapi memuat naik video tersebut di laman video popular dunia, Youtube.
1. Hannah Sabata
Hannah Sabata sewaktu zaman remajanya pada tahun 2012 pernah melakukan satu kegiatan jenayah. Ketika Sabata berumur 19 tahun dia merompak sebuah bank yang sudah tentulah satu kesalahan berat. Perkara ini diburukkan lagi apabila dia pulang ke rumah dan merakam video dirinya mempamerkan wang dan dadah.
Dia turut memperincikan bagaimana dia mencuri kereta dan kemudian merompak bank. Dia memuat naik video bertajuk “Chick Bank Robber”. Penerangannya dalam video tersebut adalah, “Saya baru sahaja mencuri kereta dan merompak sebuah bank. Sekarang saya kaya, saya boleh membayar bantuan kewangan kolej saya dan esok saya akan pergi membeli-belah. Saya suka GREENDAY!”.
Seperti yang dijangka, sebaik sahaja penguatkuasa undang-undang melihat video itu, dia segera ditangkap. Dia dijatuhi hukuman 10 hingga 20 tahun dan walaupun dia dibebaskan dengan parol pada satu masa, ianya telah dibatalkan dan dia dihantar semula ke penjara selepas itu.
2. Monalisa Perez
Pada 2018, Monalisa Perez dan teman lelakinya cuba melakukan aksi berbahaya dan saspen yang kemudiannya ingin dimuat naik di YouTube. Monalisa akan menembak sebuah buku ensiklopedia yang dipegang oleh Pedro Ruiz, pada jarak dekat Ideanya ialah buku itu adalah begitu tebal sehingga ia mematikan peluru tersebut.
Menurut Ruiz, tujuannya adalah untuk melihat sama ada peluru berkaliber .50 boleh menembusi buku. Ia adalah aksi pertamanya di saluran YouTube baharunya. Dan walaupun Perez membantah, dia akhirnya bersetuju dengan aksi itu. Semasa kamera merakam aksi itu, dia menarik picu.
Peluru itu mengoyakkan buku dan mengenai Ruiz lalu membunuhnya. Perez didakwa dengan hukuman bunuh tahap dua dan dijatuhi hukuman penjara 180 hari, hukuman ringan itu akibat daripada tiada niat yang jelas.
3. Charlotte Fischer dan Johnson Larose
Charlotte Fischer dan Johnson Larose mendapat idea unik untuk menyorok dalam pusat beli-belah Target sehingga pusat tersebut ditutup, dan kemudiannya merakamkan tindakan mereka bersiar-siar di dalamnnya pada waktu malam. Tindakan ini jelas salah kerana menceroboh kawasan persendirian.
Ketika merakamkan video tersebut, mereka tahu bahawa mereka mungkin dikenakan denda oleh Target kerana tahu itu adalah tindakan yang salah. Apa yang mereka dapat sebaliknya adalah hukuman yang lebih berat iaitu tuduhan jenayah dan hukuman tujuh tahun penjara.
Tuduhan rasmi ke atas mereka adalah pencerobohan jenayah dan juga konspirasi. Mereka juga telah dilarang daripada kembali ke Targe. Video itu masih disiarkan di YouTube dan pasangan itu memperoleh beberapa ribu pengikut selepas memuatnaik video itu. Ada jumlah pengikut yang ramai pun sudah tidak berguna lagi kerana perlu menetap di penjara tujuh tahun.
4. Evan Emory
Lelaki ini telah datang ke sebuah kelas di sekolah rendah tempatan dan menghiburkan para pelajar dengan menyanyikan lagu. Lagu yang dinyanyikan adalah lagu yang sesuai didengari oleh kanak-kanak kelas tersebut yang berada di Tahap Satu.
Namun, dia sebenarnya merancang untuk melakukan sebuah prank. Dia mengambil video reaksi kanak-kanak menontonnya menyanyikan lagu dan melakukan suntingan terhadap lagu yang dinyanyikan itu dengan menggantikannya dengan lagu yang mempunyai unsur seksual.
Para ibu bapa yang menonton video yang disunting itu sangat marah dan telah mengambil tindakan undang-undang kerana memalukan anak-anak mereka. Emory didakwa membuat bahan seksual kanak-kanak, iaitu satu jenayah. Kerana didapati bersalah, dia dijatuhi hukuman penjara 60 hari dan 200 jam perkhidmatan masyarakat.
5. David Murray dan Timur Khayrov
Anda mungkin pernah melihat video di YouTube tentang pelumba jalanan dan kadangkala orang yang memiliki kereta sport memandu di lebuh raya pada kelajuan yang melampau justeru membahayakan pemandu jalan raya yang lain.
David Murray dan Timur Khayrov telah bertindak merakam sendiri aksi mereka memandu dan berlumba pada kelajuan 100 mp/h (161km/h) dalam kereta McLaren mereka dari Scotland ke Wales. Video tersebut dirakam untuk sebuah saluran YouTube, Vehicle Villains.
Apabila pihak polis menemui video tersebut yang dimuatnaik di YouTube, kedua-du individu ini telah ditangkap. Akibatnya, mereka dikenakan hukuman penjara 8 bulan akibat memandu secara merbahaya dan melebihi had kelajuan tersebut. Kedua-duanya juga diarah menjalani 200 jam kerja-kerja sukarelawan dan dilarang memandu selama 18 bulan.
Kredit: