Menghasilkan sesebuah filem bukan sahaja untuk berkarya, tapi satu bentuk pelaburan memandangkan kos pembikinan sesebuah filem cukup besar. Maka, tidak hairanlah para pengarah dan penerbit mahukan kutipan yang besar daripada penjualan tiket bagi tayangan di pawagam.

Namun, tidak semua filem yang ditayangkan mendapat sambutang menggalakkan daripada para penggemar filem. Kita biasa melihat senarai filem dengan kutipan tertinggi, kali ini kami ingin kongsikan senarai filem tempatan dengan kuttipan paling rendah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

7. Filem Qhaliq (2018) - RM14.1k

qholiq

Qhaliq merupakan sebuah filem aksi drama Malaysia 2018 arahan Rosli Mohd Taib terbitan Aifa Motion Pictures. Filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Aliff Yasraff, Nur Risteena, Ahmad Idham, Syanie Aida, Azza Elite.

Qhaliq ditayangkan pada 14 Jun 2018 dan merupakan kegagalan komersial dan filem ini hanya mampu  memperoleh kutipan sebanyak RM14.1k sahaja. Ia diiktiraf sebagai "filem bomba pertama di Malaysia"

6. Filem Hijabsta Ballet (2017) - RM13k

hijabsta ballet

Hijabsta Ballet merupakan sebuah filem drama Malaysia 2017 arahan Syed Zulkifli yang mengisahkan tentang dua dunia yang bertembung apabila seorang balerina memilih hijab dan tidak akan memilih antara seni dan agama. Filem yang ditayangkan pada 3 Ogos 2017 ini dibintangi oleh Maimun Puteh, Betty Banafe, Aman Graseka dan Aida Khalida.

Adele, remaja perempuan memegang teguh impian ibunya dan sangat berbakat hingga mendapat biasiswa ke akademi balle ternama di Rusia tetapi kemudian tiba-tiba membuat keputusan untuk berhijab. Adele mendapat tentangan hebat apabila dia mahu menyatukan hijab dalam dunia balet.

5. Filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi (2019) - RM11k

7 hari kisah cinta langkawi

7 Hari Kisah Cinta Langkawi ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2019 arahan Anwardi Jamil. Ia mengisahkan seorang vlogger terkenal yang menggunakan laman vlognya untuk memuat naik kata-kata nasihat dan motivasi kepada pengikutnya berkenaan permasalahan cinta remaja serta cara mengatasinya.

Dibintangi oleh Mark Adam, Josiah Hogan, Peter Davis, Amai Kamarudin dan ramai lagi, filem ini ditayangkan pada 31 Oktober 2019. Menurut data yang dikeluarkan oleh pihak FINAS, filem ini hanya berjaya mengutip RM11k sahaja melalui kutipan tiket tayangan di pawagam.

4. Filem Bella & Jamie (2018) - RM9.1k

bella jamie 761

Bella & Jamie adalah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2019 arahan Fairul Nizam Ablah terbitan Mermaid Studios. Filem ini menelan belanja sebanyak RM600,000 dan antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Liyana Jasmay, Juliana Evans, Izzue Islam, Khir Rahman. Sharifah Nadia, Dynas Mokhtar dan Bell Ngasri.

Dalam filem ini persahabatan antara dua gadis iaitu Bella dan Jamie menjadi lebih rapat selepas mereka mendapat tahu ibu Bella dan bapa Jamie merancang untuk berkahwin. Namun hubungan mereka goyah apabila Bella mendapat tahu yang Jamie menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya.

3. Filem Enjin No 9 (2018) - RM7.5k

enjin no 9

Enjin No.9 merupakan sebuah filem Komedi yang diarahkan oleh Raja Azmi dan dibintangi oleh Tajul Arif, Kazar, Syarifah Syahira, Nurul Ayuni Asyiqin, Dottie, Hafiz Bahari. Filem ini merupakan sebuah filem bercorak Komedi.

Filem berbahasa Melayu ini telah ditayangkan kepada umum pada 29 Mac 2018. Filem ini mengisahkan mengenai Pak Leman yang mahu kahwin buat kali kesembilan dengan janda Wan Limah tetapi telah ditentang oleh Kak Leha, seorang wanita yang memperjuangkan hak wanita di kampung.

2. Filem Mendidih Bro (2017) - RM4k

mendidih bro

Filem Mendidih Bro merupakan sebuah filem aksi/romantik yang diarahkan oleh Z. Lokman dan dibintangi oleh Azrel Ismail, Julianna Evans, Marlyn Guinto, Yank Kassim, Adrea Abdullah, Z. Lokman, Amy Mastura. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 31 Ogos 2017.

Tidak banyak reviu yang boleh ditemui mengenai filem ini. Filem Mendidih Bro dikatakan kurang mendapat sambutan berikutan kurangnya promosi atau hebahan dibuat produksi.

1. Filem Bidong: The Boat People (2018) - RM3.5k

bidong the boat people

Bidong: The Boat People merupakan sebuah filem drama Malaysia 2018 arahan Yusof Kelana terbitan YKS Film Maker Sdn Bhd. Ia dibintangi oleh Taufiq Hanafi, Irene Wong, Livonia Ricky Guing, Lawrence Poh, Abby Nour, Man Raja Lawak.

Diilhamkan dari satu kisah benar, ia mengisahkan mengenai bagaimana seorang gadis bernama Kien Bidong yang mahu kembali ke Pulau Bidong sebagai memperingati detik kelahirannya di sana. Filem ini ditayangkan pada 1 Mac 2018

Pada September 2018, Sinar Harian menyenaraikan filem ini sebagai salah satu daripada 10 filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah 2018. Sehingga kini, filem ini kekal dengan rekod filem denga kutipan palling rendah sepanjang zaman.




Hakcipta iluminasi.com (2017)