Oleh pada 30 Nov 2021 kategori

Seorang peminat filem pasti akan berasa sangat kecewa apabila filem yang dinanti-nantikan tidaklah sehebat seperti yang disangkakan. Namun, perasaan berbeza dirasai apabila menonton filem yang dijangka gagal sebaliknya merupakan sebuah filem yang hebat.

Ada beberapa filem yang mendapat kritikan teruk dan dijangka tidak mendapat sambutan sebelum ditayangkan. Ia ternyata berubah apabila filem itu mula ditayangkan di layar perak. Bukan sahaja menjadi box office tetapi turut disambung beberapa siri seterusnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah 7 filem yang hebat dan berjaya tetapi disangkakan akan gagal teruk pada mulanya.

7. IT (2017)

it

Apabila muncul berita bahawa Andy Muschietti ingin melakukan versi adaptasi baru ke atas novel terkenal Stephen King berjudul "IT", perkara itu menjadi bahan ejekan di internet.

Malah, apabila Entertainment Weekly mendedahkan bahawa pelakon Bill Skarsgard bakal membawa watak Pennywise yang menakutkan, ia turut menjadi bahan ketawa di media sosial. Orang ramai menganggap filem ini akan menjadi satu jenaka dan akan gagal teruk.

Apabila treler (sedutan) filem ini mula ditayangkan, semua orang terdiam dan ia menjadi bualan. Apabila "IT" masuk ke pawagam, filem itu berjaya mendapat keuntungan sebanyak USD 700 juta diikuti filem sekuel seterusnya.

6. Gone Girl (2014)

gone girl

Filem Gone Girl pada mulanya dianggap sebagai filem thriller Amerika yang biasa dan tiada apa yang istimewa mengenainya. Pengkritik tidak meletakkan harapan yang tinggi ke atas filem ini dan menganggap ia adalah usaha pihak produksi untuk membuat keuntungan kecil.

Apabila filem ini ditayangkan beberapa bulan kemudian, ia menjadi bualan ramai. Filem yang mempunyai sentuhan bijak dan jalan cerita yang tidak disangka-sangka ini mengejutkan ramai orang.

Gone Girl menjadi box office dan berjaya mengutip keuntungan sebanyak USD 370 juta, menjadikannya salah satu filem paling menguntungkan pada tahun itu.

5. Kingsman: The Secret Service (2014)

kingsman

"Kingsman" adalah novel grafik yang dihasilkan oleh Mark Miller pada tahun 2012 dan ia tidak begitu dikenali sebelum diadaptasikan oleh 20th Century Fox ke dalam versi filem. Apabila treler filem arahan Matthew Vaughn ini mula ditayangkan, ia hanya mendapat sambutan sederhana.

Namun, sesebuah treler itu tidak melambangkan keseluruhan filem sebenar. Sekali pandang, filem ini kelihatan seperti filem komedi biasa dengan bajet yang besar.

Apabila ia mula ditayangkan di pawagam, filem ini menjadi kegilaan peminat di seluruh dunia. Filem Kingsman: The Secret Service ini berjaya mengutip hampir USD 500 juta dan filem sekuelnya pula Kingsman: The Golden Circle berjaya mengutip sebanyak USD 410 juta.

4. 21 Jump Street (2012)

21 jump street

Idea untuk menghasilkan semula 21 Jump Street dalam bentuk filem dianggap sebagai idea gila dan ramai menyangka ia akan menjadi satu filem yang gagal. Ketika itu, pelakon utamanya iaitu Channing Tatum tidaklah begitu popular seperti sekarang.

Ramai menganggap Channing Tatum tidak dapat membawakan watak komedi dengan baik walaupun digandingkan dengan pelakon Jonah Hill.

Namun, filem itu berjaya menambat hati penonton sehingga membuatkan Sony Pictures untuk menghasilkan sekuel 22 Jump Street dua tahun kemudian.

3. Casino Royale (2006)

casino royale

Sebelum filem Casino Royale diumumkan, siri filem James Bond berada pada tahap paling teruk. Filem sebelumnya iaitu Die Another Day dikritik teruk dan peminat amat kecewa kerana ia adalah filem terakhir Pierce Brosnan sebagai James Bond.

Apabila Daniel Craig dinamakan sebagai James Bond seterusnya, dunia filem menjadi kecoh. Orang ramai melihat Craig sebagai calon yang tidak sesuai kerana tiada pelakon James Bond sebelum ini berambut perang sehingga digelar sebagai "James Blond". Ramai menyangka Casino Royale akan menjadi filem gagal.

Segala berubah apabila Casino Royale mula ditayangkan. Ia dianggap sebagai salah satu filem James Bond terbaik dan Daniel Craig mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang pelakon James Bond terhebat. Bahkan, Craig adalah pelakon paling lama memegang watak James Bond.

2. Iron Man (2008)

iron man

Pada hari ini, adalah agak mustahil untuk mana-mana filem Marvel untuk gagal. MCU (Marvel Cinematic Universe) adalah francais filem terbesar dalam sejarah. Filem Avengers: Endgame menjadi filem paling berjaya dan mengutip USD 1 bilion dalam minggu pertama tayangannya di seluruh dunia.

Sedekad yang lalu, filem MCU sebenarnya dianggap sebagai satu risiko yang besar. Ramai yang tidak menaruh harapan besar ketika filem Iron Man sedang dalam penggambaran.

Pelakon utamanya, Robert Downey Jr pula dianggap kontroversi kerana sering terlibat dalam masalah dan ketagihan dadah. Namun, filem Iron Man berjaya menjadi box office dengan kutipan menghampiri USD 600 juta.

1. John Wick (2014)

john wick

Pada tahun 2014, syarikat produksi Lionsgate sendiri begitu yakin bahawa filem John Wick akan gagal dan hanya mengeluarkan treler pertama filem itu 27 hari sebelum ia ditayangkan di pawagam.

Namun, filem yang hanya menelan belanja USD 20-30 juta dan dianggap filem aksi gred "B" Keanu Reeves itu berjaya menjadi salah satu francais filem aksi terhebat abad ke-21.

Sebanyak tiga siri filem John Wick telah ditayangkan dan sebanyak dua lagi akan menyusul bagi melengkapkan kisahnya. Kini, John Wick adalah antara lima francais filem Lionsgate paling berjaya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)