Oleh pada 27 Nov 2019 kategori

Sejarah perfileman di negara kita telah bermula sejak awal tahun 1900-an lagi apabila diperkenalkan oleh penjajah British. Filem pertama yang dihasilkan dan ditayangkan adalah filem Leila Majnun (1933) yang diadaptasi daripada cerita cinta klasik rakyat Timur Tengah.

Sejak itu, negara kita menghasilkan ramai para pelakon yang berbakat seperti P. Ramlee, Aziz Sattar, Siput Sarawak, Azean Irdawaty dan ramai lagi. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa beberapa pelakon Malaysia juga pernah mendapat tawaran lakonan antarabangsa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pasti ramai mengetahui bahawa Ibrahim Pendek merupakan pelakon Malaysia pertama membintangi filem Hollywood dan Dato Michelle Yeoh banyak membintangi filem Hong Kong dan Hollywood. Kali ini, kami ingin mengenengahkan kepada anda beberapa lagi pelakon tempatan yang mendapat tawaran berlakon di peringkat antarabangsa.

1. Tiara Jacquelina

tiara jacquelina

Pelakon yang popular pada era 90-an ini pernah banyak membintangi filem tempatan dan pernah mendapat pencalonan di anugerah Oscar melalui filem Puteri Gunung Ledang.

Tiara juga pernah mendapat tawaran berlakon dalam sebuah filem Hollywood berjudul Beyond Rangoon (1995) di mana dia memegang watak sebagai kerani hotel.

2. Angelica Lee

angelica lee

Pelakon kelahiran negeri Kedah ini memulakan karier lakonannya di Hong Kong dan Taiwan. Dia mula dikenali selepas memenangi anugerah Aktress Terbaik dalam Anugerah The Golden Horse di Taiwan menerusi filem seram terkenal The Eye (2002).

Sejak itu, Angelica mula mendapat banyak tawaran berlakon dalam filem luar seperti The Thieves (2012) dan The Garden of Evening Mists (2019). Dia juga ditawarkan berlakon dalam filem komedi romantik tempatan Ice Kacang Puppy Love (2010).

3. Rosyam Nor

rosham nor kabali

Pelakon lelaki ini sering dikenali sebagai Hero Malaya kerana banyak melakonkan watak-watak utama dalam filem. Pada tahun 2016, Rosyam Nor ditawarkan untuk berlakon dalam filem Kollywood (Tamil) bersama pelakon legenda Rajinikanth berjudul Kabali.

Kali ini, dia ditawarkan untuk memegang watak antagonis berbanding watak hero yang sering digalasnya.

4. Debbie Goh

debbie goh

Wanita kelahiran negeri Johor ini merupakan seorang model dan bekas Miss Malaysia Chinese International 1998. Debbie mula mencipta namanya di Hong Kong apabila membintangi beberapa drama seperti Age of Glory (2008), The Descendant (2010) dan Legend of Kublai Khan (2013).

Debbie pernah diberi peluang untuk membintangi filem fiksyen Lost In The Pacific (2016). Dia yang membawa watak sebagai Lily Young merupakan salah seorang penumpang sebuah pesawat mewah yang terhempas dan diserang oleh makhluk mutasi. Filem ini juga dibintangi beberapa pelakon Hollywood seperti Brandon Routh yang pernah memegang watak Superman pada tahun 2006.

5. Mano Maniam

mano maniam

Mano Maniam merupakan seorang pelakon komedi yang juga aktif di bidang teater. Dia pernah membintangi banyak filem antarabangsa termasuk filem Hollywood berjudul Anna and the King (1999) dan The Sleeping Dictionary (2003).

Selain itu, dia juga pernah membintangi drama bersiri Marco Polo terbitan Netflix bersama beberapa pelakon tempatan lain seperti Patrick Teoh, Sofi Jikan, Ramli Hasan Dato Michelle Yeoh.

6. Erra Fazira

erra fazira 709

Pelakon wanita ini pernah diberikan julukan sebagai Primadona Filem Melayu. Erra pernah ditawarkan untuk membintangi sebuah filem seram bersama pelakon Christopher Atkins berjudul Hidden (2011).

Dalam filem itu, dia membawakan watak Dian iaitu seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak. Filem itu juga turut dibintangi pelakon tempatan seperti Elaine Daly.

7. Pete Teo

pete teo

Pelakon yang berasal dari Tawau, Sabah, ini juga merupakan seorang penyanyi, pencipta lagu dan penerbit filem. Dia pernah membintangi beberapa filem tempatan seperti Gubra (2006), Papadom (2009), Talentime (2009), KL24: Zombies (2017) dan banyak lagi.

Pete yang pernah memenangi beberapa anugerah muzik juga ditawarkan berlakon dalam filem Hollywood iaitu Ghost in the Shell (2017) bersama-sama pelakon terkenal Scarlett Johansson. Dalam filem itu, Pete memegang watak sebagai Tony.

8. Deanna Yusoff

deanna yusoff

Deanna Yusoff merupakan pelakon terkenal era 90-an dan pernah membintangi beberapa filem tempatan seperti Chermin, Abang 92 dan Ringgit Kasorrga. Dia pernah membintangi filem beberapa filem antarabangsa seperti Return To Paradise (1998) yang dibintangi oleh Joaquin Pheonix, Vince Vaughn dan ramai lagi.

Deanna juga turut membintangi filem Anna and the King (1999) bersama-sama pelakon tempatan seperti Afdlin Shauki, Harith Iskander dan ramai lagi. Dalam filem itu, Deanna membawakan watak sebagai Lady Thiang.

9. Bront Palarae

bront palarae

Bront Palarae atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin sudah membintangi lebih 40 filem menerima pelbagai anugerah dalam dunia lakonan.

Pelakon kelahiran negeri Kedah ini telah diberi tawaran untuk beraksi dalam drama bersiri terbitan HBO berjudul Halfworlds (2015). Selain itu, dia juga banyak membintangi filem-filem dari Indonesia seperti Pengabdi Setan dan pernah dicalonkan dalam beberapa kategori anugerah perfileman di negara itu.

10. Maya Karin

maya karin

Maya Karin merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan tanah air. Dia membintangi banyak filem tempatan dan berjaya memenangi pelbagai anugerah perfileman negara.

Baru-baru ini, Maya telah diberi peluang untuk berlakon dalam filem seram Alone (2019) yang dibintangi pelakon Hollywood seperti Donald Sutherland dan Tyler Posey. Walaupun hanya untuk satu babak penting, Maya teruja berpeluang untuk menimba pengalaman bersama-sama pelakon dan pengarah hebat.

Rujukan:

1. Artis Malaysia di Persada Antarabangsa

2. Pelakon tempatan yang membintangi filem luar

3. Pelakon tempatan yang mengarumkan nama negara




Hakcipta iluminasi.com (2017)