budaya unesco

Seperti yang sudah diketahui oleh kebanyakan peminat sejarah, pihak UNESCO telah membuat senarai tapak UNESCO dalam usaha melindungi monumen dan tapak bersejarah sejak Konvensyen Warisan Dunia pada tahun 1972. Malah, di Malaysia kita juga mempunyai beberapa Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf UNESCO.

Namun, mungkin ramai orang tidak tahu bahawa sejak 2003, UNESCO juga telah melindungi pelbagai jenis warisan budaya dan tradisi di seluruh dunia yang diwarrisi secara turun temurun. 

Ia adalah tradisi dan cara hidup yang diwarisi daripada generasi sebelumnya dan terus diwarisi kepada generasi seterusnya. Hal ini termasuklah seni persembahan, ritual, acara perayaan, tradisi lisan, pengetahuan, kemahiran, amalan dan kraf yang mewarnai setiap komuniti, negara dan budaya.

1. Pizzaiuolo

Walaupun terdapat banyak restoran yang menjual piza, tradisi membuat piza di Naples, Itali, merupakan tradisi yang dilindungi oleh UNESCO. Sejak 2017, organisasi ini telah mengiktiraf amalan kulinari ini yang secara rasminya dikenali seni Neapolitan “Pizzaiuolo” sebagai bentuk seni yang melibatkan pengetahuan teknikal yang diturunkan secara turun-temurun.

Seni ini diamalkan oleh "Pizzaiulo", tukang masak piza yang pakar dalam mencipta piza gaya Neapolitan. Sekitar 3,000 Pizzaiuoli kini tinggal dan bekerja di Naples, tempat seni itu berasal. Seperti mana-mana bentuk seni, orang yang mengamalkannya dikelompokkan ke dalam kategori mengikut kemahiran tertentu mereka. Iaitu, tukang roti, Pizzaiuolo, dan Master Pizzaiuolo.

2. Diet Mediterranean

Pemakanan lazat negara-negara dalam lembangan Mediterranean (Cyprus, Croatia, Sepanyol, Greece, Itali, Maghribi, dan Portugal) sendiri dianggap sebagai tradisi penting yang layak mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai tradisi yang mesti dilindungi.

Diet Mediterranean merangkumi pengetahuan, kemahiran, ritual dan simbol khusus yang berkaitan dengan penanaman, memasak dan penggunaan makanan. Bukan itu sahaja, tetapi seni pertukangan yang terlibat dalam menghasilkan pinggan mangkuk yang berkaitan juga merupakan elemen penting kepada keseluruhan adat ini.

3. Seni penghasilan jam di Jura Arc 

Wilayah Jura Arc di Switzerland dan Perancis ialah kawasan di mana seni pertukangan dan seni pembuatan jam tangan kekal teguh. Seluruh landskap bandar dan sosial disi telah dibentuk oleh tradisi. Bukan itu sahaja, kehadiran pembuat jam yang berkemahiran tinggi yang mempraktikkan dan mempromosikan seni yang rumit ini membantu UNESCO untuk mengiktirafnya sebagai tradisi yang mesti dilindungi. 

Apabila tradisi itu diiktiraf pada tahun 2020 di bawah "Ketukangan Pembuatan Jam Mekanikal dan Mekanik Seni," UNESCO menyatakan bahawa ia bukan sahaja menyampaikan nilai seperti ketepatan masa, kesabaran dan ketekunan, tetapi amalan itu juga mempunyai dimensi falsafah yang kukuh.

4. Kaedah mengawal runtuhan salji di pergunungan Switzerland

Pergunungan Alps mempunyai penduduk yang agak padat dan ancaman runtuhan salji (avalance) melanda masyarakat tempatan setiap kali musim sejuk. Untuk menangani perkara ini, penduduk tempatan telah membangunkan beberapa pengetahuan penting, amalan budaya, dan serta strategi pengurusan sepanjang berabad-abad.

Pengetahuan tradisional ini terus berkembang dan telah dilengkapkan hari ini dengan penambahan instrumen pengukuran moden dan pemetaan risiko. Traidisi ini telah mendapat pengiktirafan UNESCO pada tahu 2018 sebagai "Pengurusan Risiko Runtuhan Salji".

5. Proses pembuatan Couscous (Kuskus)

Kaedah penyediaan, pembuatan, dan penggunaan couscous di Algeria, Mauritania, Maghribi dan Tunisia dianggap sangat simbolik. Penuh dengan makna sosial dan budaya yang dikaitkan dengan perpaduan dan kebersamaan, ia dianggap sebagai proses upacara yang penting.

Tidak hairanlah apabila UNESCO memasukkan tradisi ini ke dalam senarainya pada tahun 2020. Dari penanaman bijirin kepada pengisaran benih dan memasak dan penggunaan hidangan, setiap peringkat proses adalah ritualistik dan melibatkan set alat dan perkakas tertentu.

6. Terragona Castells

Terragona Castells merupakan satu pertandingan membina menara tertinggi dari badan manusia. Setiap tahun, puluhan kumpulan akan bertanding dimana kumpulan yang berjaya membina menara tertinggi akan dikira sebagai pemenang. Tradisi ini telah dimasukkan dalam senarai UNESCO pada tahun 2010.

Artikel mengenainya pernah kami tulis dahulu dalam artikel Menara di Sepanyol ini hanya dicipta menggunakan tubuh badan manusia. Sesiapa sahaja boleh membantu menyokong tapak  menara ini, tetapi hanya mereka yang mempunyai pengetahuan yang diturunkan dari generasi ke generasi sahaja yang boleh memanjat dan membentuk menara ini.

7. Kaligrafi Arab

tulisan kaligrafi 239

Tulisan Arab dicirikan oleh gaya kursif dan menawarkan banyak kemungkinan untuk ekspresi kaligrafi. 28 huruf abjad Arab, ditulis dari kiri ke kanan, mempunyai empat bentuk berbeza bergantung pada kedudukannya dalam perkataan dan ayat.

Secara tradisinya, ia menggunakan dakwat kaligrafi yang diperbuat daripada campuran madu, jelaga hitam dan kunyit dimana bahan semula jadi juga digunakan untuk membuat qalam atau pen buluh. Kaligrafi Arab juga muncul sebagai unsur hiasan dalam pelbagai bentuk daripada ukiran kayu hinggalah sulaman. Varian modennya termasuk "calligraffiti" yang dilukis pada dinding, papan tanda dan bangunan.

Kredit:

  1. UNESCO
  2. Tree Hugger
  3. DW


Hakcipta iluminasi.com (2017)