Setiap negara di dunia mempunyai budaya unik yang ada kalanya tidak terdapat di negara lagi, sebagai contoh pertandingan lawan unta yang diadakan setiap tahun di Turki. Di Sepanyol, pada setiap tahun diadakan pertandingan membina menara manusia tertinggi yang dipanggil Tarragona Castells.

Peserta yang terlibat ini digelar Castellars dan mereka akan menggunakan teknik khas dalam usaha membina menara tertinggi. Pertandingan ini sangat meriah pada setiap tahun dimana berpuluh kumpulan akan berusaha untuk membina menara tertinggi. Kumpulan yang berjaya membina menara manusia tertinggi akan dikira sebagai pemenang.

Budaya membina menara manusia ini telah bermula di Catalan beberapa ratus tahun dahulu yang dipercayai dimulakan oleh kumpulan-kumpulan penari pada abad ke 18. Pada setiap tahun, kira-kira 7000 orang datang menyaksikan pertandingan ini diadakan di Tarragona. Pertandingan ini selalunya diadakan pada minggu pertama bulan Oktober dan berlangsung selama 2 hari.

Lagi gambar-gambar menarik sempena pertandingan yang unik ini:

menara manusia

tarragona castells competition

tarragona




Hakcipta iluminasi.com (2017)