berlian terbesar dunia

Walaupun ramai pihak yang percaya harga berlian adalah mahal kerana ianya dianggap rare dan sukar ditemui, ianya hanyalah mitos sama sekali. Sebenarnya, berlian tidak begitu popular sehinggalah syarikat De Beers meyakinkan semua orang melalui kempen iklan yang sangat berjaya bahawa cincin pertunangan seharuslah bertatahkan berlian.

Ini secara tidak langsung telah meningkatkan status berlian dan sejak itu, industri barangan kemas berasaskan berlian terus berkembang. Perkara ini pernah kami dedahkan dalam artikel "Konspirasi Batu Berlian : Apa Yang Membuatkan Ianya Begitu Berharga?" satu ketika dahulu.

Walaupun berlian biasa mungkin tidak begitu berniilai, batu berlian bersaiz gergasi  adalah sesuatu yang jarang ditemui dan oleh itu nilainya juga lebih tinggi. Malah ada di antaranya yang yang dijadikan sebahagian daripada mahkota yang dipakai oleh ratu daripada dari pelbagai negara.

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi pula 7 batu berlian terbesar dan terberat yang pernah ditemui.

7. Millennium Star

millennium star

The Millennium Star adalah batu permata koleksi Millennium Jewels De Beers dari tahun 2000. Berlian kasar asli ialah 777 karat (155.4 g). De Beers melancarkan Millennium Star dan koleksi lain pada tahun 2000 untuk menandakan pertukaran ke milenium baru.

Selebihnya koleksi Millennium Jewels menampilkan 11 berlian biru unik yang mempunyai berat keseluruhan 118 karat (23.6 g). De Beers tidak pernah benar-benar menilai harga berlian Millennium Star tetapi dilaporkan berlian ini diinsuranskan dengan harga $127,453,500 yang dipercayai hanya sebahagian kecil dari nilai sebenarnya.

6. Berlian Incomparable

berlian incomparable

Berlian Incomparable adalah berlian coklat terbesar yang pernah ditemui. Berlian yang asli yang tidak dipotong adalah 890 karat (178 g) tetapi akhirnya dipotong menjadi kira-kira 14 batu dengan pelbagai ukuran. Ia adalah berlian potong ketiga terbesar selepas Cullinan I dan Cullinan II.

Selama bertahun-tahun, potongan berlian ini tidak terjual dan menjadi misteri selama bertahun-tahun. Namun, berlian ini muncul kembali pada tahun 2013 apabila tukang barang kemas dari Lubnan, Mouawad mendedahkan kalung L'Incomparable. Kalung Mouawad ini bernilai $55 juta, diiktiraf Guinness World Records sebagai kalung termahal di dunia.

5. Lesotho Legend

lesotho legend

Lesotho Legend telah ditemui pada awal 2018 oleh syarikat Gem Diamonds Ltd. di lombong mereka di Letseng, Lesotho. Dengan berat 910 karat (182 g), Lesotho Legend adalah berlian kelima terbesar yang pernah dijumpai.

Kualiti Lesotho Legend juga luar biasa, ia diklasifikasikan sebagai berlian warna "D" Jenis IIa, yang bermaksud ia adalah jenis berlian yang paling tulen secara kimia. Ini menjadikan Diamond Lesotho salah satu berlian paling berharga di dunia dan ia dijual pada harga $40 juta pada bulan Mac.

4. Star of Sierra Leone

star of sierra leone

The Star of Sierra Leone adalah berlian terbesar yang pernah ditemui di Republik Sierra Leone yang telah menghasilkan beberapa berlian terkenal lainnya. Secara keseluruhan, Star of Sierra Leone adalah berlian berkualiti tinggi terbesar keempat, tetapi dianggap sebagai berlian aluvial terbesar yang pernah dijumpai.

Berlian ini adalah 969 karat (193.8 g). Beberapa bulan setelah ditemui pada awal tahun 1972, tukang emas New York City yang terkenal Harry Winston membeli Star of Sierra Leone dengan harga $2.5 juta. The Star of Sierra Leone dipotong menjadi beberapa berlian yang lebih kecil dan enam dari berlian itu dimasukkan ke dalam satu kerongsang yang dijual dengan harga yang tidak didedahkan kepada pembeli persendirian pada tahun 1975.

3. Berlian Excelsior

berlian excelsior 148

Berlian Excelsior ditemui pada 30 Jun 1983 di kawasan lombong Jagersfontein di Afrika Selatan. Untuk beberapa dekad berikutnya, Diamond Excelsior adalah berlian terbesar yang pernah ditemui sehingga penemuan berlian Cullinan pada tahun 1905. Beratnya adalah 995.2 karat (194.35 g).

Tidak seperti berlian besar lain dalam senarai ini, sejarah berlian Excelsior tidak didokumentasikan dengan baik dan dianggap misteri. Selama bertahun-tahun, berlian Excelsior disimpan dalam peti besi sehinggalah pemiliknya memutuskan untuk memotongnya menjadi batu-batu kecil.

2. Lesedi La Rona

lesedi la rona

Berlian Lesedi La Rona yang ditemui pada tahun 2015 ini adalah 1,109 karat (221.8 g) dan berasal dari Lombong  Lucara Karowe di Botswana. Lucara Diamond, pemilik lombong itu telah menjual Lesedi La Rona pada tahun 2017 dengan harga $53 juta.

Lesedi La Rona kini dimiliki oleh tukang emas Britain, Graff Diamonds. Pada awal November 2018, Graff mendedahkan bahawa mereka telah memotong Lesedi La Rona menjadi 60 berlian yang kini digabungkan untuk menghasilkan beberapa jenis perhiasan.

1. Berlian Cullinan

Berlian Cullinan adalah berlian terbesar yang pernah dijumpai di dunia. Ia dijumpai di sebuah lombong di Afrika Selatan oleh Sir Thomas Cullinan pada tahun 1905. Sebelum Berlian Cullinan dipotong menjadi berlian yang digilap, beratnya adalah 3.106.75 karat (621.35 g)!

Berlian kasar itu dipecah menjadi dua batu yang kemudian dipotong menjadi sembilan batu utama. Dua batu terbesar, Cullinan dan Cullinan II diberikan kepada Raja Edward II dan kini menjadi sebahagian dari permata mahkota dari United Kingdom.

Kredit:

  1. CNN
  2. SCMP
  3. Britannica Encyclopaedia
  4. TIME


Hakcipta iluminasi.com (2017)