stadium bukit jalil malaysia diantara terbesar di dunia

Semua orang tahu bahawa bola sepak merupakan sukan yang paling popular di dunia. Rata-rata antara kita adalah penyokong tegar bagi sukan ini tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tambahan pula, kalau muncul musim bola sepak seperti World Cup khususnya yang menjadi kegilaan para penyokong sehingga sanggup tidak tidur malam untuk menunggu perlawanan yang bakal berlangsung. Semua sudah stand by depan tv kan? Memang sangat meriah dengan bunyi sorakan GOL! di kedai-kedai mamak mahupun di rumah bersama-sama rakan dan keluarga. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Untuk pengetahuan anda, setiap stadium mempunyai kapasiti yang berbeza. Tetapi, tahukah anda bahawa Malaysia berada di dalam carta 10 stadium bola sepak terbesar di dunia? Mesti anda tidak percaya bukan? Okay, jom kita lihat!

#10 Stadium Borg El Arab, Alexandria, Mesir.

stadium borg el arab alexandria mesir no 10 besar dunia

Kapasiti : 86,000 orang

Mesti anda tidak sangka bahawa Mesir juga berada di dalam carta ini. Ramai yang ingat Mesir hanya berpadang pasir bukan? Stadium Borg El Arab ini menyediakan 200 hotel untuk pengunjung jika mempunyai perlawanan. Selain itu, ia juga mempunyai trek lari terbesar untuk acara olahraga pada musim panas. 

#9 Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

stadium bukit jalil kuala lumpur malaysia no 9 dunia

Kapasiti : 87,411 orang

Stadium Bukit Jalil adalah stadium yang paling terkenal di Malaysia dan juga merupakan pusat sukan di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pada mulanya stadium ini dibina untuk Sukan Komanwel 1998 kerana Malaysia menjadi tuan rumah ketika itu. Kemudian, ia berterusan menjadi tuan rumah bagi Piala Asia AFC dan baru-baru ini juga telah menjadi tuan rumah untuk Sukan SEA 2017.

#8 Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

stadium terbesar no 8 gelora bung karno jakarta indonesia

Kapasiti : 88,083

Negara jiran Malaysia iaitu Indonesia juga berjiran di dalam carta 10 stadium bola sepak terbesar di dunia. "Stadium GBK" ini siap pada tahun 1962 dan sebahagiannya dibiayai oleh pinjaman dari Kesatuan Soviet. Selain itu, beberapa kelab bola sepak terbesar di dunia juga telah bermain di sini ketika mereka mengadakan friendly match di benua Asia.

#7 Stadium Wembley, London, UK.

stadium wembley london uk no 7 terbesar dunia

Kapasiti : 90,000 orang

Bagi penyokong Liga Inggeris pasti sudah kenal dengan stadium ini. Rumah bola sepak Inggeris Wembley ini dibina semula antara tahun 2002 hingga 2007 dengan anggaran kos £757 juta ($1.1 bilion). Gerbangnya pula boleh dilihat dari jauh sekitar West London. Stadium ini juga menjadi pilihan sebagai tempat konsert bagi penyanyi yang terkenal di dunia seperti Ed Sheeran, Adele dan banyak lagi.

#6 Stadium Rose Bowl, Pasadena, USA.

stadium rose bowl pasadena usa ke 6 terbesar di dunia

Kapasiti : 92,542 orang

Rose Bowl merupakan salah satu stadium yang paling terkenal dan terbesar di Amerika Syarikat. Tambahan pula, ia juga pernah menjadi tuan rumah bagi perlawanan akhir Piala Dunia 1994. Stadium ini telah menjadi landmark bagi bandar Amerika Syarikat dan California. Dengan kapasiti penonton mencapai 92,542 orang, Rose Bowl menjadi stadium bola sepak terbesar ke-6 yang ada di dunia.

#5 Stadium FNB, Johannesburg, Afrika Selatan.

stadium fnb johannesburg afrika selatan ke 5 paling terbesar

Kapasiti : 94,736 orang

Ia juga dikenali sebagai "Bandar Bola Sepak". Stadium ini merupakan stadium paling bersejarah di dunia kerana di stadium inilah buat pertama kalinya Nelson Mandela berbicara di hadapan khalayak umum selepas keluar dari penjara pada tahun 1990. Stadium FNB (First National Bank) ini dibuka pada tahun 1989 sebelum diubah suai untuk perlawanan akhir Piala Dunia 2010 antara Belanda vs Sepanyol. Para penonton kejohanan itu mungkin masih ingat lagi akan bunyi 'vuvuzela'. 

#4 Stadium Azadi, Tehran, Iran.

stadium no 4 terbesar azadi tehran iran

Kapasiti : 95,225 orang

Ia dibuka pada tahun 1973 dan Stadium Azadi ini hampir menjadi tempat utama bagi  Sukan Olimpik 1984. Namun, disebabkan terdapat berbagai isu politik menyebabkan Iran terpaksa melepaskan tawaran itu. Ia merupakan stadium bola sepak terbesar yang berada di Timur Tengah dengan kapasiti penonton sebanyak 95,225 orang. Tetapi, kenyataannya adalah stadium ini pernah tercatat dapat menampung lebih dari kapasiti sebenar iaitu lebih dari 100,000 orang. 

#3 Estadio Azteca, Mexico.

estadio azteca mexico ketiga terbesar di dunia

Kapasiti : 98,500 orang

Stadium pertama yang menjadi tuan rumah bagi dua Piala Dunia sejak pertama kali ia dibuka pada tahun 1966. Stadium Estadio Azteca inilah yang menjadi tempat terjadinya gol kontroversi yang dilakukan oleh Diego Maradona dalam perlawanan akhir Piala Dunia 1986. 

#2 Stadium Camp Nou, Barcelona, Sepanyol.

stadium camp nou barcelona sepanyol kedua paling besar dunia

Kapasiti : 99,534 orang

Stadium Camp Nou ini merupakan stadium terbesar di Sepanyol. Pasukan kelab terkaya kedua di dunia juga bermain di sini dan di stadium ini jugalah banyak pemain bintang bola sepak dunia seperti Johan Cruyff, Luis Figo, dan Lionel Messi beraksi. Sebelum ini, ia dipanggil sebagai Estadi del FC Barcelona dan pada tahun 2000 para peminat telah mengundi untuk memberi nama stadium ini sebagai "Camp Nou" secara rasminya. 

#1 Stadium Rungrado May Day, Pyongyang, Korea Utara.

stadium terbesar dunia rungrado may day pyongyang korea utara

Kapasiti : 150,000 orang

Rupanya Korea Utara bukan sahaja mempunyai ramai tentera malahan juga mempunyai stadium paling terbesar di dunia sekaligus menjadi stadium bola sepak terbesar di dunia. Selain sering menjadi tempat untuk acara olahraga, ia juga menjadi tempat bagi Arirang Festival seperti acara gimnastik dan juga festival artis. Stadium Rungrado ini dibuka pada 1 Mei 1989. 

Untuk pengetahuan anda, dalam kertas cadangan stadium ini menunjukkan bahawa ia juga merupakan tapak untuk pelaksanaan hukuman terhadap jeneral tentera yang dituduh merancang pembunuhan terhadap pemimpin negara. 

Rujukan :

1. The Biggest Football Stadiums




Hakcipta iluminasi.com (2017)