Dibina pada tahun 1909 dan terletak di Beijing, National Library of China (NLC) atau Perpustakaan Nasional China adalah perpustakaan yang terbesar di Asia dan antara yang terbesar di dunia. Kini ia mempunyai 36.5 juta item, dan mempunyai kesusasteraan Cina dan dokumen sejarah yang terbesar di dunia.

Walaupun ia adalah perpustakaan terbesar di Asia, jika anda masuk ke perpustakaan ini, kemungkinan besar anda akan mendapati tiada tempat duduk kosong.

BESARKAN TEKS     A-  A+

national library of china 2

national library of china 3

Sebanyak 5.2 juta pengunjung menggunakan perpustakaan ini, yang dikawalselia oleh seramai 1365 staf. Ia juga menjadi tempat simpanan penerbitan rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kerajaan asing, serta koleksi kesusasteraan dalam lebih daripada 115 bahasa.

Pada awal penubuhan sekitar tahun 1909, ia dikenali sebagai Perpustakaan Imperial Peking yang dibina oleh Dinasti Qing yang ditempatkan di sebuah bangunan dengan seni bina tradisional. Ia hanya dibuka secara rasmi selepas Revolusi Xinhai pada tahun 1912.

Ketika itu, bayaran dikenakan sebanyak satu syiling tembaga untuk membaca buku. Pinjaman buku tidak dibenarkan, namun sistem itu ditukar sebelum tahun 1918. 

national library of china 5 52

4 tahun kemudian pada tahun 1916, perpustakaan ini mendapat status perpustakaan simpanan. Namun ia tidak kekal lama sebelum sekali lagi ditukar kepada Perpustakaan Nasional Peiping pada Julai 1928. Perpustakaan yang semakin membesar ini kemudiannya dipindahkan ke bangunan baru yang lebih moden, pada Oktober 1987.

national library of china 6

national library of china 4 124

Bangunan lama tersebut kini menempatkan buku-buku purba dan diberi nama NLC Perpustakaan Buku Purba. Dan pada 1999, nama perpustakaan ini ditukar buat kali terakhir, diberi nama Perpustakaan Negara China.

Buku-buku dan pelbagai barangan lain semakin bertambah membuatkan ia kemungkinan perlu dipindahkan sekali lagi. Namun arkitek yang bertanggungjawab, Jurgen Engel, telah merekabentuk kawasan tambahan seluas 77,000 meter persegi, kepada bangunan sedia ada untuk menampung lagi 12 juta buah buku.

Rujukan :

1. National Library China

2. Wikipedia

3. Red Duck




Hakcipta iluminasi.com (2017)