cara tentukan berlian tulen

Di antara 1 dan 3 bilion tahun yang lalu sekitar 300 di bawah permukaan Bumi, kebanyakan daripada berlian semula jadi di dunia ini terhasil. 

Berlian diperbuat daripada karbon tulen dan terhasil di bawah tekanan dan suhu ekstrem untuk tempoh yang lama.

Untuk terbentuk, atom-atom karbon dimampatkan sehingga ia mula membentuk struktur kristal dengan suhu sekitar 400 darjah Celcius dan tekanan 430,000 paun per inci persegi.

perut bumi

Seiring waktu, berlian-berlian yang berada di dalam Bumi ini bergerak ke permukaan, sama ada melalui letusan gunung berapi atau pergeseran zona subduksi, yang boleh membawa bahagian mantel Bumi atas ke permukaan di mana berlian dapat digali.

Berlian pertama ditemui manusia adalah sekitar 2.500 tahun yang lalu di India dan sejak itu ia telah membuatkan manusia terkesima dengan kecantikannya.

Berlian-berlian semulajadi di Bumi paling banyak berpusat di negara-negara seperti di Rusia, Bostwana, Angola, Kanada dan Afrikan Selatan. 

lombong berlian di rusia

Disebabkan permintaan yang tersangat tinggi terhadap permata berharga ini dan harganya yang terlalu mahal, terdapat banyak bentuk sintetik yang diperbuat daripada karbon (dalam makmal) atau dihasilkan daripada bahan yang hampir serupa dengan penampilan dan kualiti berlian.

Kemahiran hebat dalam menghasilkan berlian buatan dalam makmal ini membuatkan kita sangat sukar untuk membezakannya dengan berlian tulen.

Berlian sintetik

berlian sintetik

Sesiapa yang biasa menghabiskan masa dalam melakukan kajian atau membeli berlian semestinya mengetahui istilah kubik zorkonia. Kubik zirkonia adalah antara salah satu jenis berlian bukan semula jadi, bersama-sama berlian buatan manusia, zirkon, moissanite, nilam putih, garnet kaca dan sintetik, serta yang lain.

Sebelum kita mempelajari cara untuk membezakan berlian tulen dengan yang palsu atau buatan, adalah penting untuk kita memahami tentang permata-permata palsu ini.

Berlian buatan manusia

berlian buatan manusia

Sejak tahun 1954, manusia telah menghasilkan berlian komersial secara artifisial dengan meniru tekanan dan suhu mantel Bumi di dalam makmal.

Walaupun bagaimanapun, percubaan sebelum itu telah dilakukan pada lewat abad ke-19 di mana Tracy Hall merupakan penyelidik pertama yang berjaya melarutkan karbon dan kemudiannya merangsang pertukarannya menjadi berlian.

Berlian yang dihasilkan dalam makmal ini mempunyai ciri-ciri fizikal seperti berlian semula jadi tetapi ia jauh lebih "muda". 

Berlian juga boleh dihasilkan dengan menggunakan proses pengendapan yang dikenali sebagai CVD. Dalam proses ini, lapisan filem berlian didepositkan di atas substrat silikon untuk membentuk berlian yang kelihatan seperti berlian sebenar sehinggakan hanya mesin canggih sahaja dapat membezakannya.

Kubik Zirkonia

cubic zirkonia

Ini adalah bentuk kristal kubik sintetis dari zirkonium dioksida, sejenis batu yang keras dan biasanya tidak berwarna yang kelihatan hampir sama dengan berlian. Ia merupakan pengganti yang paling biasa digunakan bagi berlian.

Kubik zirkonia dihasilkan secara komersial pada tahun 1976 dan sangat tahan lama, murah serta mempunyai penampilan yang sangat mirip dengan berlian.

Zirkon

berlian zirkon

Tak seperti kubik zirkonia, zirkon bukanlah batu permata sintetik tetapi sebenarnya merupakan antara salah satu batu berharga tertua di Bumi.

Malah, ia mungkin lebih tua daripada berlian.

Ia merupakan berlian tiruan yang paling popular dan mempunyai kilauan serta pantulan dalaman yang sama dengan berlian tulen.

Walaupun kekerasannya kurang berbanding kubik zirkonia, zirkon adalah batu yang sangat cantik sehinggakan ia boleh menipu mata anda sebagai berlian.

Batu-batu permata lain

perbezaan berlian tulen dan tiruan

Ada banyak batu permata sintetik dan semula jadi yang boleh meniru penampilan serta efek berlian, termasuk moissanite sintetik, berlian hibrid, safir putih, spinel, garnet sintetik malah kaca biasa. 

Cara mengenalpasti berlian tulen

Dengan wujudnya terlalu banyak berlian buatan dan tiruan di pasaran, proses membeli berlian sebenar sangatlah mencabar dan menakutkan. Dari mata kasar, hampir kesemua daripada kita tidak dapat membezakan batu-batu permata ini.

Namun naib baik ada beberapa ujian yang mudah serta cara profesional untuk menentukan sama ada berlian anda adalah tulen atau tidak.

Kaedah profesional

cara tentukan berlian palsu

Cara yang paling mudah dan boleh diharapkan untuk menentukan ketulenan berlian sudah tentunya dengan membawa berlian anda ke tukang emas yang mempunyai penguji berlian, antara salah satu alat untuk mengukur kualitinya.

Berlian mengalirkan haba dengan cara yang berbeza daripada batu permata lain, kubik zirkonia atau sintetik tiruan. Jadi, mesin penguji berlian ini akan mengukur betapa cepatnya haba bergerak melalui batu permata dan dapat menentukan sama ada ia tulen atau tidak.

Berlian buatan manusia yang mana terdiri daripada karbon akan memberikan hasil positif apabila diuji menggunakan cara ini, jadi cara lain boleh dilakukan.

Dengan menggunakan "loupe", sejenin kanta pembesar tangan yang direka khas untuk batu permata, tukang emas dapat mengesan sebarang cantuman di dalam batu tersebut.

Cantuman ini adalah kecacatan halus yang berlaku dalam berlian semulajadi, namun ia tidak ada dalam berlian buatan manusia walaupun kelihatan seperti tulen.

Ujian di rumah

Jika anda tidak mahu membelanjakan want atau masa untuk ke kedai emas, terdapat beberapa cara yang menarik untuk menguji di rumah sama ada berlian ada tulen atau tidak.

Ujian air

ujian air berlian

Walaupun cara ini tidak begitu berkesan untuk berlian buatan manusia, namun ia boleh membezakan kubik zirkonia atau berlian tiruan yang lain. Untuk ujian ini, anda perlukan gelas yang berisi air.

Berlian tulen akan tenggelam ke dasar gelas disebabkan oleh ketumpatannya manakala kebanyakan tiruan akan terapung, tenggelam perlahan-lahan atau melayang-layang di tengah-tengah air.

Ujian suratkhabar

ujian suratkhabar berlian

Ambil suratkhabar dan lalukan berlian tulen anda di atas tulisan yang ada, dan dakwat tersebut akan menjadi kabur sepenuhnya. Jumlah permukaan yang banyak pada berlian dan kualiti pantulannya akan membuatkan anda tidak dapat melihat menembusinya.

Jika anda melakukan perkara yang sama menggunakan berlian palsu, anda masih dapat melihat tulisan tersebut walaupun ia sedikit kabur.

Ujian haba

ujian haba berlian

Jika anda panaskan berlian tulen selama 20 hingga 30 saat, dan kemudiannya memasukkan ke dalam gelas berisi air, ia tidak akan rosak.

Tetapi jika anda melakukan perkara yang sama terhadap berlian palsu, haba dari api akan meningkatkan tenaga dalaman batu tersebut. Jadi jika anda memasukkannya ke dalam gelas berisi air, retakan dalaman akan berlaku dan menjadi kabur.

Ini jelas bahawa ia adalah palsu atau tiruan.

Ujian kertas pasir

ujian kertas pasir berlian

Menggosokkan kertas pasir pada berlian tulen tidak akan meninggalkan sebarang kesan kerana berlian asli sangat tahan lama dan merupakan mineral paling keras yang pernah ditemui.

Sebaliknya, kesan calar akan terhasil pada berlian palsu jika digosok dengan kertas pasir.

Ujian lampu UV

ujian lampu uv berlian

Jika anda memiliki lampu ultraungu, maka proses mengenalpasti berlian tiruan adalah sangat mudah.

Sekitar 30% daripada berlian akan bersinar biru di bawah lampu ultra ungu, walaupun permata yang berkualiti tinggi tidak akan menghasilkan pancaran UV.

Sebaliknya, berlian palsu akan bersinar dalam pelbagai warna atau langsung tidak menunjukkan sebarang tindakbalas.

Walaupun ujian ini tidak 100% tepat, namun ia merupakan ujian saringan yang mudah sebelum mencuba salah satu daripada pilihan yang diberikan.

Ujian kabus

ujian kabus berlian

Jika anda menghembuskan udara hangat dari nafas anda ke berlian tulen, kabus di permukaannya akan hilang dengan pantas sekitar 1 hingga 2 saat.

Masa yang lebih lama akan diambil oleh berlian palsu iaitu kira-kira 3 hingga 4 saat jika perkara yang sama dilakukan.

Sekali lagi, ini bukanlah cara yang ideal untuk membezakan berlian semula jadi dengan buatan manusia, tetapi ia adalah cara yang sangat berkesan untuk mengenalpasti berlian tiruan dan juga kubik zirkona.

Rujukan:

1. International Gem Society IGS

2. Surface And Coatings Technology Journal

3. Science

4. Scientific Reports Journal



Hakcipta iluminasi.com (2017)