Oleh pada 17 Dec 2017 kategori

gerakan menghalalkan lgbt

Sejak dua menjak ini makin banyak gerakan untuk menghalalkan hubungan sejenis atau homoseksual. Malah gerakan ini bukan sahaja berlaku di luar negara, malah di negara kita sendiri.

Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri menyokong gerakan ini, yang kononnya mempunyai misi menegakkan hak sivil manusia.

Ia menimbulkan kebimbangan yang teramat dahsyat di kalangan masyarakat. Walaupun ada negara yang membenarkan perkara ini berlaku, namun masih banyak yang menolak perbuatan terkutuk ini.

Terdapat banyak usaha yang dilakukan bagi mengubati masalah ini.

terapi rawatan terhadap golongan homoseksual lgbt

iluminasi.com ingin berkongsi 5 cara terapi penyembuhan yang sangat kejam dilakukan terhadap golongan homoseksual.

1. Seksaan menggunakan dadah / ubat

penyeksaan menggunakan dadah terhadap golongan lgbt

Mungkin cara ini, iaitu fasiliti psikiatri untuk merawat masalah homoseksual dianggap sebagai satu cara lama. Namun, ia masih wujud sehingga kini. Seorang jurugambar, Paola Paredes dibenarkan masuk ke dalam sebuah klinik ini pada tahun 2017, yang terletak di Ecuador.

Paola melihat dengan mata sendiri bagaimana pesakit-pesakit mengalami situasi buruk di termasuklah rawatan yang begitu sadis menggunakan dadah.

Pusat rawatan ini dikatakan mengambil kesempatan ke atas lesen pusat pemulihan dadah yang diperoleh. Pelbagai jenis dadah diberikan kepada pesakit homoseksual, hampir berdekad lamanya.

Dadah tersebut akan membuatkan pesakit mengaitkan perasaan seronok dirasai oleh golongan homoseksual dengan kesakitan yang amat sangat.

Dan dengan kesakitan dan seksaan yang dirasai, ia mungkin membuatkan perasaan nafsu terhadap golongan sejenis akan hilang.

2. Pengkasian fizikal

golongan homoseksual dikasi secara fizikal

Waktu yang dianggap sebagai tempoh terburuk bagi komuniti homoseksual kemungkinan adalah pada tahun 1940-an ketika berlakunya Perang Dunia Kedua. Mereka yang didapati terlibat dengan masalah ini akan dizalimi dengan teruk, itu pun kalau belum mati dibunuh.

Pesakit akan dihantar oleh pihak keluarga ke pusat psikiatri jika didapati bermasalah, dan masalah homoseksual dianggap sebagai masalah mental. 

Ia secara tak langsung membuatkan pesakit tak ada pilihan, dan tak mampu membuat keputusan sendiri. Pusat-pusat psikiatri ini berjanji kepada ahli keluarga bahawa mereka akan memulihkan masalah seksual pesakit.

Dan antara cara yang paling kejam boleh difikirkan adalah dengan mengasi (buang testis) pesakit. Walaupun ia tidak kerap berlaku (kebanyakan oleh Nazi Jerman) namun ia pernah dijalankan.

Mereka yang dikurung dalam kem tahanan bersetuju untuk dikasi bagi mengurangkan tempoh tahanan.

3. Pengkasian secara kimia

Pengkasian bukan sahaja dilakukan secara fikizal, tetapi juga secara kimia. Pengkasian kimia dilakukan bagi mengurangkan nafsu dan aktiviti seks. Campuran dadah anaphrodisiak diberikan kepada pesakit, dan digunakan sehingga kini.

Di negara-negaraa tertentu, hukuman penjara bagi perogol dan pedofil akan dikurangkan jika bersetuju untuk dikasi secara kimia.

Malah, terdapat kes di mana golongan homoseksual yang tidak mahu mempunyai nafsu yang mereka punyai, memohon agar dikasi secara kimia, 

4. Lobotomi

lobotomi

Lobotomi adalah pembedahan dimana secebis tisu otak dipotong. Pembedahan seperti ini ini dilakukan untuk mengurangkan masalah mental yang dialami oleh pesakit.

Walaupun rawatan ngeri ini tidak lagi dilakukan kini, namun ia pernah digunapakai di Amerika Syarikat sehingga tahun 1981.

Tempurung kepala pesakit ditebuk dan kemudiannya menggunakan leukotome untuk mengeluarkan selaput putih pada otak.

5. Terapi renjatan elektrik

terapi menggunakan visual keyed shocker

Homoseksual tidak lagi digelar sebagai masalah mental, namun golongan ini masih berasakan bahawa mereka mengalami masalah mental kerana label yang diberikan kepada mereka sukar untuk dibuang.

Ia membuatkan mereka mencari bantuan bagi penyakit ini. Terdapat satu rawatan yang dijalankan oleh doktor, dengan menggunakan peranti yang dikenali sebagai "visual keyed shocker".

Apabila gambar yang terpapar menaikkan nafsu golongan LGBT ini, pesakit akan mengalami renjatan elektrik. Gabungan visual dan renjatan ini adalah sejenis terapi bagi memulihkan masalah ini.

Prinsip asas psikologi rawatan ini adalah sama dengan kaedah 1, di mana otak akan mengaitkan visual atau paparan yang menaikkan nafsu pesakit, dengan kesakitan akibat renjatan. Jadi, pesakit tak lagi berasakan apa yang dilihat sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

Lebih buruk, bukan bahagian badan seperti tangan atau kaki yang menerima renjatan mengerikan ini, namun ia dipasangkn pada kemaluan pesakit. Ia digunakan secara meluas sebagai terapi serta digunakan di rumah.


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)