Oleh pada 24 Sep 2017 kategori

Setiap perniagaan ada pasang-surutnya. Tahun 2017 menampakkan beberapa syarikat yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia mengumumkan tarikh akhir operasi keseluruhan atau sebahagian syarikat mereka secara tiba-tiba. Kami sediakan senarai 6 syarikat ternama tersebut.

1. Chatime (Mac 2017)

Sumber foto: palmmall.my

Sebaik Chatime mengumumkan untuk meninggalkan Malaysia, ia mengejutkan jutaan pelanggan tetapnya di sini. Chatime kemudian mendedahkan bakal membuat penjenamaan semula sebagai "Tealive" pada awal bulan Mac.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Masalah ini dipercayai berpunca daripada pelanggaran perjanjian oleh Loob Holding yang didakwa telah menggunakan bahan mentah yang tidak diluluskan. Oleh itu, La Kaffa International Holding menamatkan francais di Malaysia berhubung ketidaksafahaman terbabit.

Kemaskini : Kini Loob Holding pemilik asal Chatime Malaysia telah membuat jenama baru iaitu Tealive. Chatime Malaysia diambil alih oleh Will Group, sebuah syarikat Bumiputera yang ditubuhkan oleh Aliza Ali

Untuk fahami masalah yang berlaku kepada Loob Holding dalam menguruskan Chatime sila klik sini

2. Tora Aman (April 2017)

6 syarikat di malaysia yang gulung tikar sepanjang 2017 2

Sumber foto: facebook.com/norazreenomar

Satu lagi berita sedih buat para penggemar komik. Salah sebuah syarikat penerbitan komik utama di negara kita, Tora Aman telah menamatkan operasinya secara rasmi pada 31 Mei 2017.

Mula beroperasi sejak tahun 1993, syarikat ini cukup sinonim dengan menerbitkan manga dari Jepun dan manhwa dari Korea Selatan. Tora Aman bertanggungjawab menterjemah pelbagai komik kegemaran ramai seperti Great Teacher Onizuka, Slam Dunk, Doraemon dan Detective Conan.

Namun, peningkatan platform komik atas talian telah menjahanamkan jualan mereka. Dengan masa depan yang suram, mereka memilih untuk menamatkan perniagaan dengan mengadakan jualan penutupan gudang besar-besaran selama seminggu.

Dilaporkan, sebuah buku komik yang biasanya dijual dengan harga RM8 dilelong pada harga serendah RM2.

3. Tour Les Jours (Mei 2017)

6 syarikat di malaysia yang gulung tikar sepanjang 2017 3

Sumber foto: domokunest.blogspot.com

Pada Mei 2017, masyarakat dikejutkan pula dengan berita kedai roti Korea dengan konsep Perancis popular, Tous Les Jours secara tiba-tiba mengumumkan untuk menghentikan perniagaan mereka menerusi Facebook.

Apa yang lebih menyedihkan ialah bukan satu, tapi kesemua 4 cawangan yang terletak di Bangsar, Empire Damansara, Empire Shopping Gallery dan WOLO Bukit Bintang akan ditutup buat selama-lamanya. 

Menurut sumber tidak rasmi, mereka hanya tidak beroperasi buat sementara waktu untuk tujuan pengubahsuaian. Namun, notis tersebut secara jelas menyatakan sebaliknya. Pasti ramai yang sudah mula merindui pastri dan kopi yang disajikan Tous Les Jours.

4. True Fitness (Awal Jun 2017)

6 syarikat di malaysia yang gulung tikar sepanjang 2017 4

Sumber foto: Malay Mail Online

Negara sekali lagi digemparkan dengan penutupan operasi secara mendadak oleh pusat kecergasan, True Fitness yang mula disebarkan melalui media sosial pada awal Jun. Kesemua 3 cawangan seluruh negara iaitu di pusat beli-belah Jaya 33, Taipan Subang dan Sunway Giza ditutup secara serentak tanpa sebarang notis pemberitahuan.

Anggaran hampir 10,000 ahli terjejas dimana segelintir mereka telah membayar yuran mencecah RM8,000 untuk keahlian seumur hidup. Terdapat dakwaan mengatakan majikan pusat senaman itu gagal membayar komisyen berjumlah RM66,000.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak True Fitness menerusi laman web mereka, perniagaan berkenaan sudah tidak berdaya maju dari segi kewangan disebabkan keadaan pasaran yang sentiasa berubah.

Bagaimanapun, pihak True Fitness yang sudah beroperasi sejak 12 tahun lalu itu dikhabarkan sudah menyelesaikan isu terbabit dimana para ahlinya boleh menebus sesi latihan peribadi di Chi Fitness dan menuntut sehingga RM25,000 dari MCCT.

5. Nature Republic Malaysia (Jun 2017)

6 syarikat di malaysia yang gulung tikar sepanjang 2017 5 984

Sumber foto: locatedat.com

Penutupan secara mengejut Nature Republic Malaysia pertama kali diumumkan melalui Facebook rasmi mereka pada akhir bulan Jun. Nature Republic merupakan salah satu jenama produk kosmetik dari Korea yang cukup terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Pelanggan setia kedai tersebut tertanya-tanya tentang status syarikat berkenaan. Difahamkan, reputasi Nature Republic Co tercalar setelah penangkapan terhadap pengasas serta bekas CEOnya, Jung Woon-ho kerana terlibat dengan kes perjudian haram pada tahun lepas. Selain itu, beliau juga didakwa atas beberapa kesalahan lain seperti keganasan dan melobi. Beliau dipenjarakan sejak bulan Oktober.

Meskipun terdapat beberapa dana ekuiti persendirian dan pelabur China yang berminat dalam 73.88% saham yang dimiliki oleh Jung, ketiadaannya telah menyebabkan kerugian besar sejak tahun lalu. Pada fasa pertengahan pertama tahun 2017,  kerugian yang dianggarkan ialah 1.8 billion Won iaitu sekitar RM6.76 juta.

6. Caltex (Jun 2017)

6 syarikat di malaysia yang gulung tikar sepanjang 2017 6

Sumber foto: paultan.org

Tidak seperti syarikat-syarikat di atas, Caltex tidak menarik diri dari pasaran Malaysia. Akan tetapi, arahan pemberhentian operasi secara mengejut kepada 15 stesen minyak Caltex pada 30 Jun lalu masih mengejutkan rakyat Malaysia.

Hampir 200 pekerja terpaksa menganggur selepas Chevron Malaysia mengeluarkan surat penamatan operasi kepada 15 stesen minyak Caltex.

Menurut laporan FMT, seorang pemilik stesyen minyak yang terjejas mendakwa mereka dipaksa untuk menanggung kos pemasangan dan penyelenggaraan bagi terminal pembayaran luar yang sepatutnya ditanggung oleh Caltex. 

Rujukan:

1. worldofbuzz.com

2. wikipedia.org

3. says.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)