mega tv malaysia 90an 1994

Pada masa kini, siaran televisyen berbayar di Malaysia dimonopoli oleh Astro. Walau bagaimanapun, ramai pengguna amat berang kerana mereka akan mengalami gangguan siaran ketika hujan dan kekerapa pihak Astro sendiri yang suka menayangkan rancangan yang sama berulang kali.

Masalah gangguan siaran ketika hujan itu dijangkan dapat diselesaikan apabila Astro mengumumkan teknologi baru yang dapat mengatasi masalah tersebut daripada berlaku. Kali ini, kami bukanlah ingin menulis panjang lebar mengenai Astro, sebaliknya MegaTV.

Bagi yang tidak tahu, MegaTV adalah siaran televisyen berbayar pertama di Malaysia. Ini bermakna, MegaTV telah wujud dahulu sebelum Astro wujud lagi dan menjadi pesaingnya. Apa yang sudah terjadi pada MegaTV? Kali ini kami akan kongsi serba sikit mengenai MegaTV memandangkan ramai generasi masa kini tidak tahu mengenainya.

Sejarah MegaTV

Cableview Services Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai MegaTV ditubuhkan pada 18 Oktober 1994 oleh sebuah konsortium yang terdiri daripada Sistem Televisyen Malaysia Berhad, Menteri Kewangan Diperbadankan, Eurocrest Sdn Bhd, Ibex TV (M) Sdn Bhd dan Sri Utara Sdn Bhd. 

Cableview Services Sdn. Bhd. dimiliki sebanyak 40% oleh Sistem Televisyen Malaysia Berhad, 30% oleh Menteri Kewangan, 12.5% oleh Eurocrest Sdn Bhd, 12.5% oleh Ibex TV (M) Sdn Bhd dan bakinya 5% dimiliki Sri Utara Sdn Bhd. 

MegaTV adalah perkhidmatan televisyen berbayar berasaskan langganan pertama di Malaysia. Ia ditubuhkan pada 18 Oktober 1994 dan mula disiarkan pada 1 November 1995 dan dikendalikan oleh TV3. Malangnya, nasibnya tidak lama kerana atas beberapa sebab, perkhidmatannya terpaksa gulung tikar dan menamatkan siaran pada 1 October 2001. 

Siaran transmisi berasaskan kabel ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad dan mula bersiaran buat pertama kalinya dari Petaling Jaya pada 1 November 1995 melalui sistem penyiaran berasaskan gelombang mikro.

Walau bagaimanapun, tidak semua rakyat Malaysia berpeluang menikmati perkhidmatan yang ditawarkan. Isyarat MegaTV ketika itu hanya diterima di lebih 30 bandar di Semenanjung Malaysia kebanyakannya di Lembah Klang dengan liputan yang meluas meliputi Sabah dan Sarawak sejak akhir tahun 1997.

Rancangan yang ditayangkan

rancangan megatv

Pelanggan yang membayar akan diberikan akses kepada 6 siaran saluran berbayar iaitu CNN, Discovery Channel, ESPN, HBO, Cartoon Network & Variety dan AXN. Selain itu, MegaTV turut menyiarkan 3 saluran percumma iaitu TV1, TV2 dan TV3, menjadikan secara keseluruhannya terdapat 9 saluran televisyen yang boleh dinikmati oleh pelanggannya.

TV1, TV2 dan TV3 ditayangkan dalam Bahasa Melayu sebagai medium penyampaiannya. Sementara itu, kesemua saluran berbayar yang dimuatkan dalam pakej MegaTV menggunakan medium Bahasa Inggeris dengan 4 daripadanya (Discovery Channel, HBO, Caartoon Network dan AXN) menyediakan sarikata Bahsa Melayu.

Kesemua program asing yang disiarkan adalah secara langsung dari Singapura dan Amerika Syarikat yang dipancarkan oleh satelit khas dan isyaratnya dikodkan dan segera dihantar ke rumah melalui laman pemancar di Bukit Lanjan dan Bukit Besi setelah diterima oleh antena Televisyen Receive Only (TVR0) terletak di bumbung Sri Pentas.

Ketika itu, pihak MegaTV memperkenalkan 2 pakej dimana pakej pertama merangkumi kesemua 6 saluran berbayar sementara pakej kedua merangkumi hanya 5 saluran berbayar sahaja tidak termasuk saluan AXN. Kos pemasangan yang dikenakan kepada pelanggan adalah RM150.

Bagi setiap pelanggan, mereka akan diberi pinjam secara percuma 1 dekoder dan antena serta beberapa aksesori. Bagi pakej 6 saluran berbayar, caj yang dikenakan adalah RM50 setiap bulan sementara pakej kedua pula hanya RM45. Bagi pelanggan yang mahukan dekoder tambahan, caj RM25 setiap bulan dikenakan.

Pelanggan juga boleh memperbaharui langganan secara tahunan dimana caj untuk pakej 6 saluran berbayar adalah RM550 (atau RM600 dengan hadiah misteri). Bagi pakej 5 saluran pula, kos tahunan adalah RM550 (atau RM600 dengan hadiah misteri).

Gulung tikar

kegawatan ekonomi

Ketika zaman kemuncaknya, pihak MegaTV mendakwa pernah memiliki seramai lbih 150,000 orang pelanggan yang membayar untuk perkhidmatannya. Malangnya, atas beberapa sebab perkhidmatannya terpaksa ditamatkan pada 1 October 2001, hampir 6 tahun selepas mula beroperasi.

Apakah yang terjadi pada MegaTV?

Antara sebab MegaTV terpaksa gulung tikar adalah masalah kutipan bayaran perkhidmatan (yang hanya boleh dibayar secara tunai dan cek) dan saingan daripada stesen televisyen percuma yang menyajikan rancangan lebih baik dan menggunakan medium Bahasa Melayu merupakan antara penyebabnya.

Selain itu, krisis ekonomi yang teruk pada tahun 1998 dan perubahan nilai matawang dollar Amerika (kerana rata-rata program adalah dari Amerika Syarikat) menyukarkan lagi MegaTV untuk bertahan. Penubuhan Astro sebagai pesaing ketika itu lagi memburukkan keadaan buat MegaTV.

Akibatnya, MegaTV terpaksa mengecilkan operasinya dengan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang mempunyai ramai pelanggan sahaja yakni di kawasan bandar. Perubahan inili menyebabkan jumlah pelanggan mereka telah berkurang secara arastik  daripada lebih 150 ribu kepada hanya sekitar 7 ribu pelanggan sahaja.

Tanggal 1 October 2001, maka berakhirlah sudah nasib MegaTV sebagai penyedia saluran televisyen berbayar pertama di Malaysia. Adakah anda berpeluang menonton siaran yang ditayangkan oleh MegaTV ketika itu?

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Web Archive


Hakcipta iluminasi.com (2017)